Wednesday, May 23, 2012

Dream : 2014

My dream 
is 
to graduate 
with
 Bachelor of Medicine and Bachelor of Surgery (MBBS)


as
someone's wife 
:)


Amin

*doa*

Tuesday, May 15, 2012

KFC Snack plate

Assalamualaikum! :)

Hari ni kawan aku sangat baik. *bukan lah bermaksud sebelum ni dia tak baik*. Tadi, dia pulangkan Ophthalmoscope aku. Bukan tu je, dia belikan sekali batteri baru. Masa tu aku macam : 

laaa, susah-susah je beli yang baru.

Sebelum dipinjam

Setelah dipulangkan + batteri baru! :D


Ok, bukan tu saja. Dia bagi KFC Snack Plate sekali. :) Aww sweetkan. Aku tak buat apa pun, cuma bagi dia pinjam ja :)



Alhamdulillah, jumpa kawan yang baik macam ni :) May Allah bless her always :)


Oh ya, tadikan ada fogging. Aku tak perasan pulak tadi. Mungkin sebab tak ada announcement kat pintu hostel masa aku balik dari posting.

Tiba-tiba ja tadi terdengar bunyi mesin fogging, dan secara automatiknya bau fogging tu pun timbul sekali! Dengan sepantas kilatnya aku pun menyumbat bahagian bawah pintu bilik aku dengan baju kotor, supaya asap tu tak masuk dalam bilik aku. Boleh breathlessness ok. Dah pernah terperangkap T.T

Ni lah hasil sumbatan aku

Haha. Sempoi habis :P Cam selekeh jugak la. haha! ni cara-cara untuk survive bila berlakunya fogging secara tiba-tiba. :D

hehe, bye!

Monday, May 7, 2012

Detox dulu, baru sihat :)

Assalamualaikum :)

Esok mula posting yang relax, iaitu COMMED! Oh bahagianyaaa :) Tapi aku tak nak buang masa, aku nak revise balik OBG dan Paediatrics. Sebab aku rasa macam posting tu kejap sangat, aku tak puas nak cover semuanya dalam masa sebulan. Hmmp. Boleh tengok drama, boleh, tapi kena study jugak ok! :D 

Eh tau ke yang aku dah mula part time business? Ala, business kecil-kecilan je :D Aku sekarang ni stokis Catalyst! kalau nak tau apa tu Catalyst, sila melawat laman web ni : CATALYST dan boleh juga lawat page aku untuk maklumat lanjut : Inaz Catalyst (Stockist) 

Macam-macam customer yang aku jumpa, yang ada bermacam-macam perangai. Sampai kadang-kadang tu aku rasa macam Ya Allah, kenapa ada orang macam ni T.T tak nak layan karang baru tau! haha. Tak baik. Kena layan. Customers first! Tapi kalau dah tak menang dek tangan tu, aku terpaksa la ketepikan sekejap. :) Ni semua mengajar aku untuk bersabar. nanti aku nak jadi doktor, lagi la ramai kerenah patient yang aku kena hadapi, bukan setakat patient je, tapi keluarga mereka sekali. Mesti mereka ada seribu satu persoalan yang bermain di minda, yang bakal ditanya kepada aku. Wuuuu! So, buat business sekarang ni macam practise la :D So far, aku suka buat business ni :)

Detox flu

Siapa yang ambil health supplement, mereka akan ada healing crisis, terutamanya untuk orang-orang yang tak pernah makan supplement. Siapa yang tak tahan, mesti mereka buat keputusan untuk berhenti. Sad :( Kenapa nak berhenti? Healing crisis penting sangat sebelum VCO bertindak menyihatkan kita. Ni dah berhenti awal-awal, mesti lah tak dapat effect tu kan. Lagi sekali, aku sedih :( Tapi nak buat macam mana, aku tak boleh paksa orang. Aku cuma dapat ceritakan khasiat yang aku dapat, yang betapa aku suka sangat dengan VCO tapi kalau mereka dah tak tahan dan tak sabar, macam mana mereka nak dapatkan hasil yang sama kan? Walaupun aku dah terangkan yang effect ni cuma sementara, mereka tak nak jugak sambung :( Takpe, aku akan promote pada yang percaya :) Kalau yakin, insyaAllah akan berkesan. kalau tak yakin, I'm sorry :) I cannot do anything :)

Haa, cuba tengok ni, ni la action VCO. Keluarkan sebanyak mana toksin yang ada dalam badan kita selagi dia boleh. Sebab tu la ada yang sampai nak demam, resdung dsb. jangan berhenti, kawan-kawan. This is part of the healing process. Kata nak sihat?


Aku salute pada customer yang masih bertahan dengan VCO. Masih sabar dan bersemangat untuk ber-VCO! Walaupun dah makan 2-3 botol, tapi masih belum dapat kesan lagi. Masih dalam healing crisis lagi. Sebab apa? Lain orang, lain jangka masa untuk timbul effectnya. Mujur mereka faham :) Hee, suka suka :)


Setiap kali customer beli, aku sentiasa berdoa supaya mereka dapat khasiat yang sama dengan aku. Kalau tak sama pun, yang lebih dari aku. InsyaAllah, segalanya daripada Allah... :)

* Tadi aku terdengar :

A : Kau makan minyak tu? :D
B : Eh tak, aku dah stop dah.
A : Yekee, kenapa?
B : Pening!

Aku yang kat belakang tu pun cam hmm. Mesti orang salah faham nanti kan kalau cakap camtu? Orang lain akan ingat tu side effects VCO, padahal, bukan ye kawan-kawan :) It is part of healing process :) It is not easy to convince people. :D

Part-time business at MMMC

Assalamualaikum! :)

Ramai dah kawan-kawan batch aku yang buat business part time di MMMC :)

Ada yang jual Nasi Lemak



Ada yang jual Strawberry Cheese Tart

gambar hiasan 

Ada yang jual kerepek bayam

gambar hiasan

Ada yang promote herbalife

gambar hiasan

Ada yang jual baju dan accessories



dan ada yang promote VCO Catalyst (ok, ni aku. hehe)


Hehe, semua pakat nak kumpul duit lebih ni. Adakah tujuan kita sama? :P



Sunday, May 6, 2012

Pre-Mother's day lunch :D

5/5/2012
Mother's day seminggu lagi, tapi semua orang ada kat rumah minggu ni, maka kami celebrate minggu ni!
Mother's day everyday kan sebenarnya. hehe. tapi takpe kan kalau nak celebrate hari ni :)

Menu :
Chicken chop
Marinated meatballs
Mashed potatoes
Mushroom brown gravy
Steamed vegetables ( carrot, broccoli)
Fresh small tomatoes
Tak-sure-apa-nama-dish-last-ni

Semua orang kena hias lunch-plate masing-masing.
Inilah hasilnya! :D


Hehe. Comel kan maisng-masing punya :D 5249, forever and always :)

Saya, ex-group-leader

Assalamualaikum lagi! :D hehe. 

Aku baru lepas Paediatrics posting, dan aku lah group leader. Seronok ke jadi group leader? Seronok sebab tau schedule awal, tak seronok bila ada something wrong dalam group ataupun ada benda yang buat lecturer marah. Yes, itu sangat tak seronok. Tapi alhamdulillah, part yang tak seronok tu tak banyak pun sepanjang aku jadi leader :) Hihi. Groupmates aku ni patuh, dengar cakap, bertolak ansur jugak la sesama sendiri. Yes, ini lah yang captain mahukan. Hehe :D 


Aku JARANG pegang group, TAK PERNAH jadi leader untuk PBL, jarang manage group. Ni lah kelemahan aku. Aku kadang-kadang rimas la jugak bila aku perangai-tak-yakin-tak-yakin ni. Serius. Sangat rimas. Sampai aku rasa macam low self esteem je. :(

Tetapi, setelah aku pegang group aku selama sebulan, aku rasa aku dah nampak perubahan dalam diri aku :D Aku lebih yakin, lebih berani dan sentiasa alert. SUKA! Mana tak alertnya, sebelum start posting dah dengar desas desus yang siapa jadi group leader untuk Paeds ni selalu kena marah la, banyak kerja la, dsb. Haha. Maka, aku pun cabarlah diri sendiri untuk :

Tak kena marah dengan lecturer
Mudahkan groupmates aku untuk faham jadual
Tak menyusahkan orang lain

Evaluation : 95% tercapai. Yeay! 


Sebagai group leader, aku PERLU tau semua benda berkaitan dengan jadual sepanjang posting. Jadi bila orang tanya je, *pap* dapat bagi jawapan on the spot. Cool kan kalau jadi camtu? :D Aku cuba la hari tu untuk fikir awal-awal soalan yang mungkin akan ditanya oleh groupmates, maka aku akan clarify  awal-awal dengan lecturer. Kadang-kadang, tak terfikir la jugak. Nasib baik lecturer-lecturer aku ni jenis yang layan SMS. Senang la nak clarify benda, tak perlu cari mereka kat pejabat * balik dari hospital pun da pukul 5, kadang-kadang pukul 6 baru sampai dari Muar, letih oo*. See, perlu alert sangat! Sampaikan ada sekali tu, sambil tunggu nak naik bas balik KL kat Melaka Central pun aku boleh berusaha nak pahamkan jadual, nak susun orang ikut turn. *punyalah risau tahap maksima, tak tidur okay dalam bas. Segar bugar*

Aku turun berat dalam posting ni. Muehehehe. Yes! *tak perlu minum Herbalife untuk mencapai berat badan yang diimpikan. HAHA*

Percaya atau tidak? Sepanjang kat Manipal dulu, aku tak pernah jadi leader untuk PBL. 


Macam mana entah boleh escape. Sangatlah low self esteem aku ni. Jadi scribe pernah la. Hehe. Tapi since aku jadi leader untuk Paeds, maka secara automatik, aku akan jadi leader jugak untuk salah satu PBL sepanjang posting ni. Yes, tak dinafikan, mula-mula aku rasa cam : Eee, tak mau laaa jadi leader PBL, aku boleh ke nak handle ni?. First round, boleh laa, walaupun macam tak smooth sangat, tapi ok je :) *yela, first time sepanjang MBBS. hehe*. Second round, aku rasa lebih relax sikit, cam best la pulak. :) Alhamdulillah :) Lepas ni kalau nak aku jadi leader untuk PBL, sila sila *haha. mengada. joke joke. saja jeeee*

Sometimes, aku sebagai manusia biasa, rasa letih dan penat *sama je dua-dua tu*. Setiap hari jumaat atau sabtu atau ahad, aku akan post jadual (yang lecturer email) kat group page. Siap highlight apa yang mereka perlu tahu untuk minggu depannya. Dah edit elok-elok baru post. Jadi aku pun rasa macam : 

Haa, senang dah post kat sini, diorang tak yah tanya aku pasal jadual. aku dh siap highlight dh ni. Just download je. *happy*

Tu aku rasa laaa. Tapi tak jugak, ada jugak yang tanya aku hari-hari jadual untuk esoknya -_- Mula-mula aku layankan aja, lama-lama, aku sebagai manusia biasa ni pun penat lah jugak. *dalam hati kata : kan dh bagi jaduaaaaaallllll dah hari tu - perasaan meronta-ronta * Tapi bila fikir balik, tak baik aku ni fikir macam tu. Mana tau diorang tak boleh download ke, tak online ke

Tup tup. Tiba-tiba nampak orang yang tanya aku pasal jadual tu post something kat facebook. Oh. Ok. Fine.  Dia online rupanya -_- tak tau nak kata apa.

Tak suka sebenarnya perasaan macam tu, hee, selalu la pujuk diri sendiri supaya jangan layan perasaan negatif. Tu semua hasutan syaitan yang nak kita ada perasaan yang tak baik dengan kawan. Eee, jahatnya kau syaitan! Aku irritated 5 minit je, pastu ok balik. Cool sudeh, layankan aje semua soalan mereka :D

At the end of the day, aku happy ~

apabila ada orang cakap : Thank you for being our leader for 4 weeks. Good job!
apabila mereka sangat cooperative
apabila mereka tak buat hal yang menyusahkan aku
apabila mereka tak buat hal yang menyebabkan aku kena marah

Hee, terharu okaayy :') 

I may not be the best leader for them, but I tried to be one

And bila ada cakap macam tu, aku rasa terharu :) Hilang terus penat jadi leader. hehe :) Thank you guys for cooperating. Tanpa mereka, semua kerja aku tak akan jadi smooth :)


Thank you Allah for the opportunity. I learnt more than I expected :)


I'm possible

Assalamualaikum!

Hai cantiknya blog pakai baju baru, nama baru, semuanya baru :D setiap benda perlukan perubahan. Perlu berani supaya perubahan yang diimpikan itu dapat dikecapi :)

Selama 8 bulan menyepi, banyak benda dah jadi. Yang baik ada, yang buruk ada. Eh bukan buruk, cuma yang kurang baik *yes, better choice of word*. Sekarang dah masuk 4th year! Alhamdulillah :D Happykan kan :D Nak ke tau result 3rd year? Erk, tak perlulah. Macam tak memberangsangkan pun. Huahua. tapi, tu semua tak mematahkan semangat aku untuk terus berjuang! 


Sejak masuk MBBS ni, kalau dapat 50% pn dah kira bersyukur yang tak terhingga, boleh tarik nafas lega! Wahai kawan-kawan semua, memang bestkan kalau dapat jadi doktor, tapi untuk dapat ijazah tu, fuh, panjaaannggg perjalanannya. Penuh dengan cabaran. Tapi tak bermakna kita tak boleh! KITA BOLEH! Cuma perlu berusaha berkali-kali ganda lagi! Fighting! *kalau orang korea sebut, hwaiting! - Hang Tuah cakap. Kalau salah, sila salahkan dia. haha* 

Tapi aku tak nak la dapat 50% lebih je. Macam tak best pun -_- Aim aku : nak dapat lebih 70% eceh! Tingginya cita-cita. haha. Tak apa, bagi semangat :D Kalau orang lain boleh, aku pun boleh! Kalau mereka boleh faham, kenapa aku tak boleh? Kalau mereka boleh ingat, kenapa aku tak boleh? Kalau mereka sanggup berusaha lebih, kenapa aku tak boleh? Mereka dengan aku sama sahaja, so aku pun boleh!



Balik kolej nanti, study! Since next posting ialah COMMED, maka gunakan masa dengan sebaiknya. Think wisely, dear :)

Friday, April 20, 2012

8 bulan 16 hari

Akhirnya setelah 8 bulan 16 hari bersawang tanpa apa-apa update, blog ni dah hidup kembali! :D Welcome back, inaz! :D *ceh excited sorang sorang ni kenapa entah :D* 

Monday, August 8, 2011

Happy weekend :)

Second last weekend :)

Semalam dan hari ni hari yang best! Jom aku cerita :)

Sabtu

Posting : err. ok je la. tak de la contribute pada yang best tu. Haha. 

Pukul 2 ptg, aku pegi rumah kawan aku untuk tolong dia masak-masak untuk buka puasa. Tau tak ada 3 menu utama : Ikan 3 rasa, ayam percik, sup daging. pergh! Kenyang habis laa :)

Aku suka pergi rumah tu sebab aku dapat rasakan suasana yang sangat best kat situ :) Riuh rendah dengan kerenah masing-masing. Gelak ketawa. Dapat rasa bonding diorang :) Hee :D Seronok la! Sebab tu la aku sanggup pegi awal-awal tolong diorang masak :) Sepatutnya pukul 5.30 tu ada usrah, tapi memandangkan makanan satu pun tak siap lagi, maka usrah pun di tunda selepas maghrib :)

Time buka puasa pulak, kitorang makan ramai-ramai kat lantai. Buat bulatan senget benget. Hehe. Makan ramai-ramai sambil bersembang-sembang :) Best kan bila ada sekali dalam seminggu, ada gathering macam tu :) Rasa macam berada dalam satu family kecil yang jauh diperantauan :) Entah la, tak tau macam mana nak explain apa yang aku rasa semalam :) Hee.

Bila dah habis makan, dah kenyang, semua orang solat isyak dan tarawih sama-sama :) walaupun ruang dalam rumah tu kecik, tapi muat jugak. Tu yang menambahkan kemanisan gathering semalam :) Usrah 1 jam :) Dah kenyang perut, hati pun kena isi jugak kan :D 

Happy sebab aku ada rasa sense of belonging. :) Yela, cam aku belong to a group of 10 people :) Yang setiap minggu gather kalau tak ada halangan, untuk sentiasa ingat mengingat, untuk bersembang-sembang, untk share-share, untuk bergurau senda. dan yang paling penting, untuk menambah kenalan! Makin luas lah network aku kan :) dan yang menambahkan kebestan gathering tu bila ada diselitkan dengan makan sama-sama, walaupun sesimple keropok goreng :D hehe. 

Alhamdulillah :) Bersyukur sebab ada ukhwah yang membina macam ni :)

* Tapinya, kegembiraan aku tercacat sedikit malam tu sebab ada orang komplen benda yang dia salah faham :( Tak pe lah, aku tak rugi apa-apa pun. Cuma aku sedih je bila ada orang kata macam tu tanpa mengetahui hal sebenar. isk isk isk. Aku punya lah berusaha untuk elakkan isu dengan dia pun boleh jadi isu gak -.-'' nak aku invisable pulak ke lepas ni? haha. Tak pe tak rugi :) I have other nice lovely people around me :) Sabar je lah kan :) Buat macam tak ada apa-apa jadi :) Allah kan tak suka kalau kita bermusuh kan :)

Ahad : Kemas kotak

Setelah mismatch banyak kali, aku akhirnya memerlukan 9 kotak sahaja. Ada extra satu kotak :D Dah masukkan barang-barang, nak estimate banyak mana yang aku perlu potong.Tak boleh isi penuh-penuh sebab nanti berat sangat. Siapa lah pulak nak angkat kotak ni nanti. Huhu. Hang Tuah pun pesan supaya balut kotak elok-elok :) Yelah, Hang Tuah kan pernah handle shipping kan :) Ada experience :D

Dan akhirnya tadi, bekalan yang aku bawak balik setiap kali cuti sem dan di tukar! Thank you mama, abah dan izzat :) Wee :D 

$-$
mata bersinar-sinar sebab rasa kaya
*padahal tak la kaya mana pun. haha*

Dan hari ni, aku rasa tenang sangat :) Aku malas nak fikir pasal cerita * kat atas tu. haha. Buang masa je lah.

Oh aku tau kenapa, sebab aku rasa..

BEBAS! TANPA PERLU SOROKKAN PERASAAN DAN EMOSI! AKU DAPAT JADI DIRI SENDIRI! HAHA. SUPER EXCITED PULAK :D

esok jadi separa diri sendiri balik. hoho. tak best.

:D Ok, time to sleep! :) Good night everyone :)

p/s : Kalau rasa helpless, kalau rasa macam telah di betrayed, kalau rasa macam tak menang tangan, kalau rasa sedih, cepat-cepat mengadu kat Allah :) nanti Allah bagi la jalan penyelesaian :) Allah bagi ujian untuk proses diri kita jadi orang yang lebih baik :D Yeay, saya suka!!

Sunday, August 7, 2011

Common sense.

Sedih kan bila orang tak tau hal sebenar pastu main tuduh-tuduh je orang lain ?
Aku yang dipersalahkan sebab aku buat sesuatu yang aku selalu buat.
Padahal, apa yang aku selalu buat tu berlaku setelah perkara yang dijadikan isu itu telah menjadi tidak baik untuk digunakan lagi.
Jadi, aku juga yang dipersalahkan?
Sedih sedih
:(

Sabar inaz, sabar. 13 hari lagi je nak keluar dari Manipal. hee. Kejap je lagi. Kejap je.