Thursday, March 31, 2011

Hati, cukup-cukup lah :)


"Being nice to someone you dislike,
Doesn't mean you are fake,
It means you are mature enough,
To tolerate your attitude towards them"
(from Productive Muslim facebook page)

:)

Nice!

Manusia ni pelbagai ragam.

Ramai yang buat kita gembira, tak kurang juga yang buat kita sedih.
Pernah tak rasa sedih kat orang lain sampai nak tengok nama dia pun tak boleh?


Haha.
Dahsyat!

Ok ok, tapi sampai bila la nak perangai macam tu. Buat sesak dada, hidup pun tak gembira. Mungkin perlu lakukan perubahan : Belajar memaafkan orang!
Susah ke senang?
Bergantung.
Kadang-kadang susah, kadang-kadang senang :)

Aku Google semalam.
(Aku memang suka Google pun. Senang!)

----------------


Info-info di bawah ni menarik minat aku, sekaligus mengubah sedikit persepsi aku untuk belajar memaafkan orang. Jom baca :)

-Memaafkan tidak bererti kita melupakan apa yang telah terjadi

-Memaafkan tidak mengharuskan anda memberitahu orang lain

-Memaafkan adalah untuk diri anda bukan untuk orang yang telah menyakiti anda

-Memaafkan tidak bererti anda suka pada apa yang telah terjadi

-Memaafkan tidak bererti anda mengabaikan apa yang telah terjadi

-Memaafkan tidak bererti anda suka pada orang yang menyakiti anda

-Memaafkan tidak bererti anda mengizinkan atau membiarkan orang yang menyakiti anda kembali lagi dalam hidup anda

-Memaafkan bererti anda tidak lagi berasa marah, tetapi mungkin anda akan merasa sedih atau kasihan pada orang yang menyakiti anda

-Memaafkan bererti anda memutuskan untuk hidup di saat ini, bukan di masa lalu


Jadi, perlu maafkan atau tidak?


Perlu.
Sekurang-kurangnya untuk diri sendiri.
:)
Kesian kat hati. Cukup-cukup la hati bersedih :)

Saya sayang hati saya!


E - L - H - L

4 QUALITIES OF A DOCTOR

A doctor should have ~

the eyes of an eagle
(must be sharp)



the heart of a lion
(very brave)



the feet of a horse
(strong legs to stand for long hours)


A Lady's finger
(gentle)



Dr Santosh Pai

Saturday, March 26, 2011

Sudah di sini :)




Aku sudah kembali di Manipal. Dengan hati agak berat nak balik, ye lah, nak kena tinggalkan rumah kan. hee :) Nak buat macam mana, hati aku memang dekat dengan rumah. Sayang rumah!

5 BULAN JE LAGI
5 bulan belajar benda baru
hehe. ni ayat pemberi semangat!

Cuaca Manipal?


Panas terik! Ya Allah, sangat sangat. Aku memang tak tahan jugak la. Teringat kat aircond kat rumah tuu...rasa nak curi bawak balik sini. Dah bukak kipas laju-laju pun still panas jugak. Mana tak nya, kipas tu dok pusingkan udara panas. Ngeee.. Bertahan bertahan. Dan sekarang ni, siang-siang, Manipal blackout. nasib baik la rumah kitorg ni dah ada adapter :D Tak tau la sampai bila. Dengar kata, kerajaan diorg ni nak save elektrik. Maka, bekalan elektrik hanya diberikan mula jam 6.30 petang.


CRAZY.
DENGAN MUSIM PANAS CAM NI NAK BUAT MACAM TU.
NAK BALIK MALAYSIA SEKARANG JUGAK!

Agak-agak tak terik sangat tadi, aku keluar pergi kedai di Tiger Circle.

  • Beli Buscopan - Aku diarrhea. Bermula di LCCT. Entah kenapa. Aku pun tak tau apa sebabnya. Nak kata salah makan, tak tau apa yang salahnya -.-'' pelik! Dah alang-alang pergi 'Manipal Drug House', aku beli la lipbalm Himalaya dan Vitamin C sekali :D
  • Patil Tailors - Tempah 5 labcoat baru. 2 lengan panjang, 3 lengan pendek. Sebab? Hari-hari pakai labcoat masa posting nanti. Jadi, aku nak la pamerkan imej medic-student-yang-kemas-dan-pembersih. hehe. Nanti baru la patient yakin nak bekerjasama dengan aku :D PENTING *Aku memang dah berhajat nak tempah labcoat baru kalau aku lepas 2nd year. Labcoat lama aku dah tak bersih sangat dah*
  • Stationary Shop - Macam oven kedai tu sebab blackout tadi -.-

Ok. The End.
:)


Friday, March 18, 2011

Pasar.


Kedai ikan X

ikan tenggiri fresh

Nenek tua : Ikan tenggiri, elok ke? boleh tengok insangnya?
Mak tauke ikan : manyak baik oooo. mahu angkat ka? (sambil tunjuk insang. Merah. Nampak segar)
Nenek tua : (panggil-panggil anaknya) Ani nak berapa?
(pandang tauke ikan) Berapa ni?
Mak tauke ikan : satu kg, RM22, mahu ka? potong ka?
Nenek tua : boleh boleh :)

Si tauke ikan pun muncul dari belakang kedai. Mungkin nenek tua ni nak beramah mesra, nenek tua pun bertanya

Nenek tua : Ayah kamu di mana? (yela, nenek ni kan dah lama tak pergi pasar ni. nenek ni tinggal di negeri lain)
Tauke ikan : (muka masam, muka malas jawab soalan) Kamu sudah lama tak datang kedai, mana mahu ingat
Nenek tua : Ayah kamu di mana? (mungkin nenek tua ingat tauke ikan tidak faham soalannya)
Tauke ikan : (muka masam, menyampah) kamu sudah lama tidak datang kedai, mana mahu ingat
Cucu nenek : (aik, apehal tauke ni. Nenek aku tanya mana ayah dia je, bukan nye ape pun. yang dia emo kitorg dah lama tak singgah kedai dia ni nape lak. eh)

Patut la ramai orang tak datang beli ikan kat kedai dia. Dah kurang sopan, kurang beradab dengan pelanggan, mestilah ramai yang lari. Jangan la marah kalau ramai lari. Ada lagi tauke kedai ikan yang lebih mesra pelanggan. Baru la senang hati si pelanggan nak berjual beli. :) kan?

Geleng-geleng kepala
Kedai ikan opposite kedai tu berjuta-juta lemon lagi best!
(tapi sbb ikan tenggiri dia hari ni tak berapa best, tak dapat la nak beli dari dia)


----------------

Note : Pasar pun boleh jadi tempat belajar sesuatu untuk diri sendiri. Bukan takat kenal jenis ikan ke, sayur ke, tapi boleh belajar bende-bende cam ni lah :)


Thursday, March 17, 2011

Holiday ~The Golden Triangle : Agra, I love Adelaide t-shirt and me

2 march 2011

AGRA

"The city of Love"


Aku dan t-shirt I-love-Adelaide. Hadiah dari Hang Tuah :) Tak dapat jumpa, dapat baju pun dah gembira sangat dah. Mintak mama bawakkan dari Malaysia. hehe. Tak sabar nak pakai. Memang aku dah plan nak pakai baju ni masa visit Taj Mahal, sebab baju ni sangat istimewa. Seistimewa pemberinya :) Terima kasih, awk :)

Breakfast : Roti gardenia, kari kambing dalam tin, kentang goreng :) Menyelerakan. Pastilah kerana makanan tu, makanan dari Malaysia (sebenarnya kan, aku mintak mama bawakkan roti Gardenia tu sebab roti buatan India ni kering dan kurang menyelerakan. teeheee)

Receptionist : Hello, mam, do you want to order anything for breakfast?
Aku : No, thanks (sambil telan roti cicah kari kambing ) Yummy :D

----------------

1) Taj Mahal

Sejurus selepas check-out, kami pun menuju ke kereta. Pak cik driver dah tunggu dah bersama seorang Tour Guide ; Vishnu. Dia lah yang akan bawa mengiringi kami di Taj Mahal :) Sebelum masuk Taj Mahal, kena pastikan tak ada pen, kertas, botol air dan apa-apa barang yang boleh dijadikan sampah yang akan mencemarkan kebersihan dan keindahan Taj Mahal. Bayaran masuk ke Taj Mahal la yang PALING MAHAL. rs750 (tapi yang tak acinya, tempe kena bayar rs20 je. ceh). Nak tengok salah satu daripada 7 keajaiban dunia punya pasal, kami sanggup :D


Taj Mahal depan mata
Aku macam tak percaya
Betul ke salah satu daripada keajaiban dunia ni depan mata aku?
:)
Aku tersenyum sendiri :)

Aku dan mama :)

Sambil berjalan menuju ke arah Taj Mahal, Vishnu pun terangkan sejarah Taj Mahal. Aku dan mama dengar dengan penuh minat! :D Yela, cerita tentang Taj Mahal kan :)


Agungnya cinta Shah Jahan kepada Mumtaz. Sampai sanggup habiskan duit dan kerah 20 ribu tenaga untuk membina sebuah Taj Mahal untuk isterinya. Yela, mana lah tak sayang, Mumtaz dah lahirkan 14 anak untuk dia (5 orang meninggal ketika mereka masih kecil), dah la cantik :) keturunan Parsi. Pembinaan Taj Mahal mengambil masa selama 22 tahun! Lama kan :)
Tapi sayang, tak tahu betul ke tak cerita yang aku dengar. Semua yang terlibat dalam pembinaan kene kerat jari. Sebab Shah Jahan tak nak seni yang sama di bina di tempat lain. huhu. Betul ke? Kesiannya :(


Semua 30 juzuk Ayat Al-Quran diukir kat dinding Taj Mahal. Nampak tak? Masuk Taj Mahal seolah-olah masuk Al-Quran :) Perumpaan :)

Taj Mahal ni diperbuat daripada batu marmar yang hanya terdapat di Agra, dan juga batu permata dari pelbagai tempat di seluruh dunia. Seni ukiran ni tak terdapat di mana-mana tempat lain pun, HANYA DI AGRA. Dan, kalau nak tahu, Taj Mahal berubah warna mengikut masa.

Terbit matahari - 'yellowish'
Tengahari - 'white'
Malam - 'white pearl'

Eee. cantik sangat lah!
Sangat gembira!
Tapi, aku dan mama tak dapat tengok semua. Cuma waktu pagi je. Tu pun, memang sangat sangat cantik :)

Barulah senang hati aku nak jawab soalan-soalan ni bila balik kampung. hehe

Satu : Study kat India? dah pergi Taj Mahal belum?
Dua : Haa, ni mesti dah pernah tengok Taj Mahal ni. Cantik tak?
Tiga : Eh, duduk India, kalau tak tengok Taj Mahal, memang tak lengkap. Dah tengok dah?

India = Taj Mahal
Taj Mahal = India

Aku nak datang lagi. Sebelum tinggalkan Taj Mahal, aku pandang je bangunan marmar tersergam indah tu. Aku rasa sayu pulak nak tinggalkan tempat tu. hee :) Aku nak datang lagi, ya, nak datang lagi bersama-sama Abah, Izzat, Nabil dan semestinya Hang Tuah. :)

Aku : Bye-bye Taj Mahal. Aku nak datang lagi. Nanti aku datang lagi ya bersama yang lain :) Stay precious

2) Kedai marmar


Mula-mula, tuan kedai menerangkan cara-cara Taj Mahal diukir. Cuba bayangkan, masa tu tak ada bekalan elektrik. Memang sangat rumit. Sangat memerlukan kepakaran, kesabaran. Dan, hasil kerja mereka sangat kemas. Taj Mahal di bina di tepi Sungai Yamuna, sebab mereka memerlukan bekalan air untuk potong marmar. Patut la 22 tahun baru siap.

Tuan kedai : Do you want me to show you our marble products?
Mama : yes, sure :) (mama tak plan pun nak beli, nak tengok-tengok je, sedap kan hati tuan kedai)
Aku : (tengok-tengok je lah, marble kan mahal)

Pintu bilik pun dibuka, kami pun masuk. Bila kami masuk je, pintu pun ditutup dan dikunci. Gulp gulp. hoho. Cuak gak la. Hanya ada aku, mama, seorang pekerja dan tuan kedai. Tuan kedai tu pun tunjuk la hasil seni diorang. Memang sangat cantik. Aku pun amazed tengok hasil ukiran yang sangat halus tu. Tapi, mak ai, harga dia, MAHAL gila. haha. Biasa la, marble kan :) Lagi banyak ukiran, lagi banyak batu permata, lagi lama masa yang diambil untuk siapkan, lagi la mahal benda tu. Aku dan mama ingatkan tu je la produk yang dia ada, jadi kami pun beli lah satu. Dapat beli satu je la, sebab mahal. hee. Tu pun cam teragak-agak. Tuan kedai tu cam scary je, siap kunci pintu segala. Takut gak kalau tak beli, nanti DIA TAK BAGI KELUAR.

Lepas je mama sign resit, satu lagi pintu kedai di buka.

What? Ada rupanya bahagian kedai yang ada marble yang lebih kecik dan MURAH! Eeee, saje je tak nak bukak bahagian tu tadi, dia tak mention sikit pun pasal bahagian tu. Rasa tertrap la jugak. Hmmmmm. Kat sini lagi banyak benda yang boleh beli, yang boleh di buat sebagai souvenir.

Mama : Inaz, kalau mama tau la ada barang-barang ni, mama tak beli marble tadi. Lagi banyak boleh dapat kat sini
Aku : haah la ma, ee, tak aci betul la tuan kedai ni

Huhu. Ok, part tu cam kecewa sikit. hee. Tak aci la kan, promote barang mahal dulu baru barang murah. Nak barang mahal dia laku dulu la tu -.-'' Kat bahagian yang lebih murah tu, kami pilih banyak barang jugak la. Cantik :) Aku suka banyak benda, tapi, hehe, fulus :P

Bila nak beli je, aku ingatkan diri sendiri : Inaz, penting ke benda ni, memang la cantik, tapi aku rasa baik kau simpan duit beli kereta. haha. monolog dalaman.


3) Kedai barangan kulit

Yup, Agra memang terkenal dengan barangan kulitnya. Murah :) Singgah kat satu kedai kulit ni. Penuh dengan barangan kulit. Aku suka leather jacket, tapi, nak buat apa pun. haha. Bukannya aku tinggal kat tempat 4 musim. Nanti berhabuk je kat dalam almari.

Again, monolog dalaman : Baik simpan duit untuk beli kereta. hihi

Tapi aku dan mama pilih la sikit barang kulit ni sebagai hadiah :) Tengok barang tu, teringat kat mereka. Harap mereka suka :D

4)Agra Fort

Tinggalan sejarah lagi. Pernah menjadi istana Shah Jahan dan Mumtaz. Unik! Dinding dipenuhi dengan ukiran yang sangat cantik.



Ni tempat Shah Jahan dikurung oleh anaknya. Sebab? Anaknya tak nak Shah jahan bina satu lagi Taj Mahal untuk dirinya sendiri. hee. Tapi penjara dia tak la berbesi. tengok penjara dia. cantik lagi. Dan, yang palin sweet, tingkap penjara ni boleh nampak Taj Mahal. Kira cam Shah Jahan boleh nampak Mumtaz dari jauh. huhu. Touching. 8 tahun terkurung. Akhirnya, Shah Jahan dan Mumtaz dikebumikan sebelah menyebelah dalam Taj Mahal sendiri. Kembali bersama :)

PERJALANAN KE JAIPUR


Again, 6 jam.

Kali ni siang. Aku dah bercita-cita nak rakam video keganasan driver ni. haha. tapi baik pulak dia -.-'' tak seganas malam sebelum tu. Nak tunjuk abah niii :P

Aku pun sms abah

Aku : Abah, hari ni driver baik la pulak. tak ganas cam semalam
Abah : Bagus la tu
Aku : Ala, inaz ngn mama nak dia ganas sikit. best! Baru la adventure :P
Abah : ishh. orang kat sini dok risau

Haha. Saje je kacau abah :P Time nak rakam video ni la dia drive elok sikit. Hampa -.-

Akhirnya, tiba di Jaipur!

JAIPUR

Sebelum sampai hotel, singgah kat kedai textile. Ada banyak sari, table runner, beg, cadar dsb. Memang cantik :) lagi. hehe. Jaipur memang terkenal dengan tekstil. Ada la sedikit urusan jual beli dilakukan di situ. hehe. Aku rasa, sejak duduk india ni, aku dah minat dengan manik-manik, benda kilau-kilau. Masa kecik-kecik dulu, aku TAK MINAT LANGSUNG! hehe.

Well, it is in the blood. Kan ada keturunan dari India. Lambat laun akan terserlah jua :P

Di kedai ni la aku dikhabarkan berita gembira
ALHAMDULILLAH, AKU LULUS UNIS!

-----------

Menuju ke Hotel : Hotel Glitz


Bilik paling besar. Paling best antara 3 hotel. Tapi kalau toilet, pada aku toilet hotel kat Agra paling best :D

Dinner : Order nasi putih (aku) dan Jeera rice (mama). Makan dengan kari kambing, sambal ikan bilis, sambal udang yang Mak Ngah beli. Berselera!

Berehat sambil tengok TV. Tak sempat habiskan cerita tu, aku tertidur (Padahal aku nak tau sangat ending dia cam mane. huhu. Dah letih sangat kot. Tak sedar).

p/s to be continued


Holiday ~The Golden Triangle : Delhi

1 mac 2011

DELHI

Pagi-pagi dah kena bangun dah, sebab nak check out sekali. heee :)

Breakfast : roti Gardenia + sambal ikan bilis mama! memang superb lah! hehe :D kalau makan breakfast kat hotel, mesti dia kasi omelette je -.-'' hee. roti + sambal ikan bilis memang best!

So, driver pun datang pukul 9 pagi. Cam biasa dia bawak memang laju dan ganas. hee. Tapi, biasa la tu orang India. memang bawak macam tu pun. ngeee. Dia terus bawak kami pergi sight-seeing.

Driver : Ok, in Delhi I will bring you to visit Red Fort, Lotus Temple, President's House, Parliament House, India gate, Lotus Temple (dan beberapa jenis temple lagi)
Mama : We would like to visit Jama Masjid and Qutub Minar as well
Driver : Ya, sure sure

Hee. Kalau tak sebut nak visit tempat-tempat Islam tu, mesti dia tak bawak kan. Dia nak tunjuk temple-temple dia je -.-'' (isk isk, agak tak best di situ). Nasib baik aku dan mama dah buat homework sebelum travel :D

Jom tengok tempat yang aku dan mama lawat! :D

1) Red Fort


Tinggalan Istana raja. Sangat besar!

Ni tempat first. Baru terdedah (eceh) dengan beggers, dengan penjual-yang-suka-paksa-beli-barang-dia. Tapi, aku dan mama tegar dan terus mengabaikan penjual-penjual tu. hee


Penjual : Mam, buy this, 5 for rs150 (sambil tunjuk keychain ke buku ke poskad ke)
Aku dan mama : (geleng-geleng kepala sambil jalan laju-laju pegi kaunter tiket)
Penjual : ok ok, rs100, please madam
Aku : (ceh, boleh pulak lurang lagi, nampak sangat letak harga mahal tadi. haha. *gelak jahat*)

Tempat borong keychains :D Beli kat kedai souvenirs kat dalam tu.


2) Jama Masjid


Driver turunkan kami jauh sikit dari masjid tu, jadi, kami kena la naik beca (rasanya nama dia beca). Mula-mula dia nak rs100 (return trip) , tapi aku rasa cm mahal sgt pulak, bukan jauh pun kan. Last-last, dia setuju dengan rs60. So, kami pun naik la beca tu, hehe, best :D bukan cam beca Malaysia. Tinggi!

Masjid tu memang cantik :) Majoriti masjid kat India ni ada ruang solat untuk lelaki je. Jarang jumpa tempat solat untuk perempuan. Mula-mula, kami cadang nak solat kat situ, tapi tengok macam tak ada tempat solat untuk perempuan, terpaksa la batalkan hasrat kami tu. hee. Kena cari tempat lain ni!

Mungkin hari tu rezeki dia nak dapat rs100 hari tu, time nak bayar, aku dan mama tak ada pun duit kecik. Paling kecik pun rs100 je. hee :) Rezeki pak cik tu hari ni :) Lagipun dia baik :)

kawasan depan masjid

3) India Gate

Ni tugu :)

Again, ramai penjual-yang-suka-paksa-tu. (nasib baik still under control)

Lagi sekali, battery kereta low kat sini -.-'' haha. Dah dua kali dah. nasib baik dua-dua kali tu jadi kat tempat yang ramai orang, jadi, ramai la yang tolong :) Allah helped us :)

4) President's House

Memang sangat besar! Macam istana! (tapi, kesian kat rakyat yang tak ada rumah tu -.- ). Tak boleh berhenti lama-lama kat situ. jadi, driver pun turunkan aku dan mama, dia buat u-turn sambil kami bergambar. hehe.

5) Government offices

Mengingatkan aku kat Putrajaya.

Hobi mereka : baring-baring atas rumput. Pantang nampak rumput je mesti nak baring :P Cam tilam kot rumput tu hehe

6) Qutub Minar

This is my favorite! Sangat amazed dengan ukiran-ukiran ayat Al-Quran kat bangunan-bangunan tu.

Dan, kami solat kat sini :D Moghul Masjid. Solat kat ruang solat lelaki. Tak ada orang pun. Cuma ada penjaga masjid je. Dia pandang je aku dan mama yang nak solat tu. haha. Buat tak tau je. Asalkan dapat solat. Dah, susah sangat nak jumpa masjid yang ada ruang solat untuk perempuan. Syukur, Islam itu mudah. Ada solat jamak :)

7) Lotus temple

Seni bina dia cantik. bentuk lotus :) Bergambar je. Tak jalan masuk pun, sebab dah letih. Lagipun, nak buat apa masuk pun :) Datang nak tengok bentuk lotus tu je

------------------

Lunch : Pindi.
Hee. Tak tau la HALAL ke tak. Untuk langkah selamat, kami order Veg je lah. hee. VEG! -.-'' (always my last choice. haha)
Menu : - Kashmiri Pulao, Paneer Tikka, Muttar Mushroom

Makanan kat restoran tu ok la jugak. Cari Egg Briyani, tapi tak ada dalam menu. Hampa 2 minit. hee. Tapi kami merindui NON-VEG. haha :P (teringat ayam, daging, ikan, -.-)

------------------

Delhi ni satu bandar yang sangat besar! Perbezaan antara rakyat pun sangat besar jugak. Ada yang terlalu kaya, ada yang terlalu miskin. Kesian. huhu. Perbezaan kasta pun masih wujud lagi. Nak tahu apa beza orang kaya dan orang miskin? (dari segi luaran je)
  • Orang kaya : Pakai coat, sweater (nampak kaya), kasut smart, ada kereta, gemok (hehe)
  • Orang miskin : Pakai baju biasa-biasa, pashmina (nampak lusuh sangat) mostly kotor, duduk tepi jalan, jadi begger, kurus, budak-budak nampak malnourished, rambut diorg warna brown
Hee, ramai homeless kat sana. ramai budak-budak yang duduk kat tepi longgokan sampah, tu la tempat mereka bermain. 'Rumah' mereka pun serba kekurangan, kotor. Patut la banyak sangat penyakit kat negara ni. Kesian kan? Ramai begger sana sini. Kalau berhenti kat traffic light, mesti ada yang akan datang ketuk-ketuk tingkap mintak duit. Kesian tu memang la kesian, tapi, tak berani nak kasi -.- sebab, once dah kasi, ramai yang akan serbu! huhu. Kat negara asing ni, cm tak best pulak kene serbu. heeee. So, aku pun tengok je la mereka sambil banyak-banyak memanjatkan kesyukuran kepada Allah atas nikmat yang Allah berikan buat aku. Alhamdulillah. Semoga mereka yang homeless di sana mendapat bantuan dari kerajaan mereka. Kerajaan India! Bantu lah mereka! huhu :(

Agak lambat jugak la gerak pergi Agra, sebab banyak sangat tempat menarik kat Delhi ni :) best! hehe. Aku suka tengok bangunan-bangunan lama ni :)

p/s Orang-orang utara India ni cantik dan kacak! :)

PERJALANAN KE AGRA - 6 jam



Hee. Kalau nak naik kereta (dengan driver ni) pergi Agra, memang kena sihat walafiat. Hehe. Sebab, driver tu bawak laju gilaaaa!!! Suka hati je nak cilok sana sini, dekat sangat dengan lori depan. Kalau lori tu berhenti mengejut, memang kereta yang kami naik tu akan masuk bawah lori tu kot -.-

Hee. Serius! Orang yang sakit jantung dan lemah semangat memang dinasihatkan supaya tak naik kereta dengan driver ni. Hee. Kalau nak naik pun, kene tidur, tutup mata, tutup telinga. Kalau makan sedative pun bagus jugak, sbb tak akan sedar perjalanan yang agak scary tu. Haha. Aku tidur kejap je, sbb bising dan scary. heeee :D Mama tak tidur pun sebab mama terkejut! Hahaha! Mana ada orang Malaysia drive cam tu :P Menempah nama dalam list saman! :P

SIX HOURS WITH CRAZY+SCARY DRIVING!

Driver : Scared? :) easy driving in India :) (gelak)
Aku : (easy??????????? scary lah!)

Hujan sepanjang perjalanan :) Nak tengok luar pun tak nampak apa-apa. Cuma lampu kenderaan je :) Heee. Dinner dalam kereta. Makan bun sambal ikan bilis dan kitkat :D hehe.

Akhirnya, tiba di Agra!

AGRA

Menuju ke hotel : Crystal Retreat


Bilik dia, way better than bilik kat Delhi tu. Hee! Luas, selesa, toilet pun canggih. Hehe. Ok jap, canggih tu tak la, tapi cantik la :D Hee :D

Tidur kepenatan lagi sekali ~ recharging our energy for the next-most-awaited-day!

p/s to be continued


Note : Masa jalan-jalan ni, teringat kat Abah, Izzat dan Nabil :) Yelah, selalunya kan kalau berjalan mesti berlima. hee. Kali ni tak boleh, sebab abah kerja, Izzat dan Nabil sekolah.

One day! :)

Holiday ~The Golden Triangle : 3 airport dalam satu hari

Golden Triangle = Delhi + Agra + Jaipur.


28 February 2011

Hari yang ditunggu-tunggu, sebab aku akan keluar dari Manipal! Yahoooooo! :D Aku tak boleh tidur pun malam tu, dah cuba dua kali, tapi CUBAAN TIDUR GAGAL 95% HAHA. Mungkin sebab aku dah biasa tidur lambat, ataupun aku excited nak pergi travel dengan mama!! :D hehe

Teksi datang pukul 3.45 pagi, seperti yang telah dijanjikan. 5 orang dalam Innova tu ( India pun ada Innova tau :D ). Dalam kereta, aku dh mula mengantuk. Aku cm biasa kene duduk tengah. heeee :P Ye ye sebab aku paling muda kot? haha. Tak kesah pun duduk tengah, asalkan sampai ke destinasi iaitu MANGALORE AIRPORT! Pakcik tu bawak laju gilaaaaa, sejam je dah sampai airport! fuh!

MANGALORE AIRPORT

Flight ke Bangalore, Karnataka : Jet Airways 9W2736
Berat beg : 10.2 kg (hahaha. paling ringan yang pernah aku bawak )
Departure : 0845
Arrival : 0945

Ni aircraft yang aku naik. kecik je :)


Aku nak tunjuk perjalanan dr Mangalore ke Bangalore sebenarnya kat map ni. hee. yang line warna kuning tu. nampak tak?

Flight ok! Ok sebenarnya, aku tidur je sepanjang perjalanan. Mengantuk sangat sangat! Tak tahan. Masuk je kapal terbang, cari seat, pasang seat belt, dan aku terus tak sedarkan diri. haha. Tu la, siapa suruh tak tidur kat rumah dulu kan kan :P

BENGALURU INTERNATIONAL AIRPORT

Tahu takkkk!!!! Aku jumpa buku yang aku cari-cari selama ni kat Bengaluru International Airport! Super Exciteddddd!!! :D

Harga : rs 299 ( murah gila ok berbanding Malaysia! ape lagi, bayar :D )

Pukul 3 ptg camtu, kawan-kawan aku semua dah bergerak untuk check in AirAsia ke Kuala Lumpur. Tinggal la aku sorang-sorang kat tempat arrival tu. :P Sambil tunggu mama sampai, aku pun baca buku yang aku baru beli tu, best!

4.45 petang

Aku jumpa mama!! Happy sangat! Macam tak percaya pulak mama dah ada kat India. hehehehe :D best best best :D Tahu tak, mama bawak banyak makanan! Makanan yang aku makan kat airport tu jugak ialah nasi putih dan sambal daging (ye, serius makan kat airport. haha). KENYANG! SEDAP SANGAT-SANGAT! Gembira dapat makan makanan yang mama masak. Rindu :)

Kesian tengok diri sendiri yang dah lama tak makan makanan Malaysia. hahaha!

Next flight ke Delhi delayed. hee.

Flight : Jet Airways 9W7077
New departure time : 2125
New arrival time : 0005

Lama kan? Tu menunjukkan betapa besarnya India ni. Nak gerak dari satu negeri ke negeri yang lain pun dah lama macam tu, and mind you, naik kapal terbang -.-'' Kapal terbang ke Delhi besar! (tapi tak lawan MAS punye la) tapi tak ramai orang pun. Majoriti penumpang ialah lelaki. huhuhuhu. Tiba-tiba ada seorang penumpang lelaki yang duduk depan aku dan mama cakap sesuatu dengan flight attendant tu untuk disampaikan kepada kami (hee. Flight attendant samua handsome. hehe)

FA handsome : Madam, this person in front of you wants to lean his chair behind, if you want, you can move to other seats behind (memang banyak pun seat lebih kat belakang tu )
Aku dan mama : oh, ok ok sure :)

Tau tak, FA tu letak kitorg kat kerusi 3 row dari belakng. hee. sangat belakang dan terasing dari penumpang lain -.-'' hee. tak pe lah. tak kisah pun :P sebelum FA tu tinggalkan kami, dia ada tambah sikit

FA handsome : I think the man is drunk :)

Oooo... sebab tu la eh dia nak aku dan mama pindah belakang. Tapi kalau dia yang nak turunkan kerusi dia, kenapa bukan dia je yang pindah belakang? Kenapa nak penumpang lain yang pindah belakang? hmmmmmm. *wondering*

Aku pun sambung tidur lagi.. zzzzzzzz

Bangalore ke New Delhi - line warna hijau


INDIRA GANDHI INTERNATIONAL AIRPORT, NEW DELHI

Temperature : 17 C, sejuk sangat! Air cond dalam bilik aku pun tak sesejuk tu. wuhuhu. Mula lah teringat kat sweater Manipal yang aku sangkut kat kerusi. Sweater! I miss you!!! heee :)

Cantik airport tu! Besar! Memang best lah :D My face showed a wow-canggih-dan-cantiknya-airport-ni-expression. hehe :D Teringat kat KLIA :)

Ok, misi untuk mencari driver. Mr Ajaz kata driver tu akan pegang kertas yang tulis nama aku besar-besar dan tunggu kat pintu. Ok, dengan confidentnya, aku dan mama pun bergerak ke pintu. Cari-cari tak ada pun, aku cuba call number yang Mr Ajaz kasi tu

Aku : Hello, driver?
Orang yang jawab : Hello?
Aku : Where are you? (sambil cari-cari orang sekeliling yang nampak macam driver )
Orang yang jawab : (mula cakap hindi)
Aku : ( o oh. tak paham -.-'' ) Errr, can you speak English?
Orang yang jawab : hindi?
Aku : oh no? em. wait wait

Aku pun letak telefon. Alamak. Driver tak reti cakap English ke? Susah la macam niiiiii! Aku pun terus call Mr Ajaz dan cerita semua-semua. Mr ajaz akan uruskan. ok.

Tunggu setengah jam -.-

Mr Ajaz call balik, dia cakap driver tu dah ada dah kat airport. Last-last aku mintak tolong Mr Ajaz cakapkan kan kat driver tu supaya cari kitorg kat luar. hee. Yela, aku tak biasa la dengan airport ni -.-

At last, kami pun jumpa la driver tu. Ok, sebenarnya, nombor yang aku dapat tu salah. hee. driver reti cakap English. Lega aku :) Driver ni nampak cam baik. Cam ok je :)

Parking Lot ~ Battery kereta low! hahahahhaa! Lawak ok! Nak start kereta tak boleh. Aku dan mama senyum-senyum je kat tepi tu. heheheh :P Dalam 10 minit gak la cubaan untuk start kereta tu, baru la berjaya! Fuh. Lega aku, kalau tak err, tidur kat airport ke? hehe


Nasib baik orang-orang keliling baik hati nak bantu driver ni :) Terima kasih!


Delhi waktu malam memang sejuk, winter without snow! First time rasa winter :) Excited! hehe. Tapi asap tak keluar pun dari mulut aku bila cakap -.- Mungkin tak cukup sejuk kot. haha. Driver india, ye, cam biasa, kalau bawak kereta, memang GANAS DAN LAJU! hee. Nasib baik la malam tu tak banyak kereta, kalau tak, aku rasa, memang bingit gak la dengan bunyi hon-hon tu. hee.

--------------

Menuju ke hotel : Hotel Sun Court

Bilik hotel dia agak kecik dan sempit. hee. Tapi sebab penat sangat, kitorg tak kisah. hehe


Sampai bilik hotel, aku sambung makan :D haha. Memang capacity 16 gig :P haha! Tapi, baru sedar yang kitorg lupa beli air mineral. Aku pun call la room service untuk mintak air mineral. Tunggu 10 minit tak sampai-sampai -.- biasa la tu orang sini. Cis. Aku pun pakai tudung, keluar bilik, pergi mintak sendiri. ha! kantoi, dia pegi tido balik tadi lepas aku call. Cis, sabar je lah -.- Kalau nak deal dengan orang kat sini, memang kena ingatkan banyak-banyak kali, baru la dapat. hurmph.

Malam tu tidur kepenatan ~

p/s to be continued :)

Thursday, March 10, 2011

Ready for clinical phase? :D

Yeay! My first stethoscope ! :D
Beli kat Koperasi Kedai Buku Universiti Malaya Berhad.
Pak lang beli kan :)
Thank you pak lang :)

hee. baru la betul-betul medic student. sbb dah ada stetoskop :D


Oh, tak dilupakan buku ni jugak, Pak lang belikan.


Pak lang suruh baca masa cuti ni.
Pak Lang suka buku ni dan dah habis baca dari kulit ke kulit, siap info-info dalam kotak-kotak pun Pak lang ingat. haha!
Wow! Kena ikut macam Pak lang ni :D
Kene habiskan sebelum start sem nanti.
(boleh ke? *wondering*)
gulp gulp gulp :P

CUTI SAMBIL STUDY :)

p/s : Pak Lang is my doctor-role-model :)

Monday, March 7, 2011

Thank you Allah :)




Alhamdulillah :)
Syukur kepada Allah!

One of the best 21st birthday present from Allah :D

SEGALA :
- Penat lelah
- Stay up
- Usaha untuk study walaupun penat sangat
- Cubaan untuk mengabaikan demam supaya fokus mengulangkaji pelajaran (badan dah letih, tapi buat dek je. hee. sorry badan sayang :D kite tak leh tido, nanti tak cukup masa)
- Paksaan untuk buat nota SDL sendiri
- Usaha untuk salin sendiri nota kelas
- Korbankan masa untuk tengok drama dan cerekarama online (hehe)
- Usaha untuk makan sekali sehari ~ waktu study leave sebulan tu je. hehe (nak jimat masa punya pasal)
- Usaha untuk sentiasa fokus dalam kelas
- Usaha untuk datang semua kelas
- Air mata yang berguguran sebab stress
- Dakwat pen yang digunakan untuk buat nota, garis + bulatkan point dalam nota dan jawab exam

DAH TERBALAS :D SYUKUR ALHAMDULILLAH! AKU AKAN BALIK BULAN 8 2011! INSYAALLAH :D

Terima kasih kepada semua yang sentiasa doakan, buatkan solat hajat, bacakan yaasin untuk aku :) terutamanya orang-orang yang paling aku sayang :) sayang yang teramat!!!

Terima kasih kerana sentiasa memberikan sokongan kepada aku

Terima kasih kerana menenangkan aku masa aku stress

Terima kasih kerana sentiasa bersama-sama aku susah dan senang

Terima kasih kepada semua pensyarah-pensyarah MMMC yang sentiasa mencurahkan ilmu kepada kami semua, tanpa kalian, kami semua tak akan mencapai tahap ini :)

Terima kasih kawan-kawan kerana post gambar lab kat FB + rajin komen-komen kat gambar-gambar tu. Serius! memang membantu!

Terima kasih akka sebab datang 3 kali seminggu untuk bersihkan rumah. Tanpa akka, mungkin rumah tu akan bersepah sebab semua org sangat sibuk study :)

Terima kasih orang-orang delivery kerana sanggup datang hantar makanan. Kalau tak, mesti kami semua lapar sebab tak sempat nak masak :D

Terima kasih tuan rumah sebab install inverter. Kalau tak, mesti selalu blackout, susah nak study. Dengan adanya inverter, senang nk study, Alhamdulillah :)


:D Ramai yang menyumbang ni, tak tertulis kat sini. Terima kasih semuaaaa! :D