Sunday, April 24, 2011

Rindu mama, rindu abah.


Hari ni usrah tak jadi. Ditunda atas sebab-sebab tertentu. Jadi aku pun buka lah YouTube. Saja nak cari mungkin ada ceramah-ceramah ke sebagai ganti usrah. hee :) Aku jumpa ceramah ni. Dari Ustaz Kazim Elias. Nak share sama-sama supaya kita sentiasa muhasabah diri :) Yang baik kita ambil, yang buruk kita jadikan teladan. Jom, tekan play!

Part 1

Part 2

Rasulullah pernah bersabda : 
"Ibu bapa adalah pintu syurga yang paling tengah. Terserahkah kepada kamu sama ada mahu mensia-siakan pintu itu atau memeliharanya. "
(Hadis sahih riwayat Ahmad, at-Tirmizi dan Ibn Majah)

Kewajipan kita sebagai anak-anak :
- berlaku ihsan
- berbuat baik
-menghormati ibu bapa

Semoga kita sentiasa tergolong dalam golongan anak-anak yang soleh dan solehah, dan tidak sekali-kali dalam golongan anak derhaka. Jauhkanlah. 
------------

Rindunya mama dan abah.
Tak lama lagi Inaz balik :) Boleh jumpa mama dan abah selalu!
*hugs dan kisses*


Importance of Good Character in Islam




Pesan mama kat facebook comment : Ank2 mama Farah Inaz Khairuzzaman, Izzat 'Takeo' Iskandar Khairuzzaman, Alya Nabilah...berbuat baik sesama insan...terapkan sifat empathy dan prihatin terhadap org lain. Extend warmth to others wherever you are. Cold hearts are not good for your well-being and the well-being of others...feel enriched when you have done good but dont expect anything in return. It doesnt hurt to speak kindly with and of others. It warms the heart......and do not treat others the way you dont like to be treated...


Friday, April 22, 2011

Kembali ke Asal.

Delhi, 3 Mac 2011.
Jam 7 malam

Aku dan mama teringin nak makan di Kareem, Nizamuddin, Delhi. Menurut kawan-kawan aku, makanan yang dihidangkan di restoran tu memang sedap, dan yang paling penting HALAL. Kami dah lama sangat tak makan ayam (3 hari. hehe. lama tuuu). Memang aim aku dan mama nak rasa nasi briyani Utara India. Tak kira lah kambing ke ayam ke. Sejak mula mengembara di Utara India, kami hanya menjamah makanan Veg sahaja. Ye lah, sebab tak yakin yang makanan lain halal. Mujur mama da bawak sambal ikan bilis, kari kambing dan kari ayam dalam tin. Tak la kempunan sangat :)

Syukur, pihak hotel baik hati nak tolong uruskan teksi ke tempat tu. Katanya tempat tu tak jauh dari hotel. Senang nak pergi :) Semangat ni nak makan makanan Halal.

Lebih kurang setengah jam selepas bertolak, kami pun sampai. Tempat tu ramai sangat orang. Macam pasar malam. Dah la tempat yang driver teksi tu suruh turun agak gelap. Ok, dah takut dah. Betul ke tempat ni? Betul ke ada restoran dalam ni? Memang sangat meragukan.

Driver : Mam, after eating, call me, come back at this place ok?
Mama : But, where is the restaurant?
Driver : Inside mam. You go staright.

Ha? Go straight? Straight ke mana? Kami bukannya kenal sangat tempat ni. Nanti tersesat pulak. Memang sangat takut waktu tu. Kami pun turun je la dari kereta. Pegang tangan kuat-kuat. Ramai peminta sedekah datang, tapi maaf pak cik, kami tengah resah sangat ni. Tak tau hala tuju. Lalu dalam kegelapan, dengan ramai orangnya lagi. Nampak macam orang Islam, sebab pakai kopiah, pakai jubah.

Ya Allah, tolonglah selamatkan kami, monolog dalaman.
Memang berserah kepada Allah lah masa tu.
Supaya kami sentiasa dilindungi daripada niat orang jahat.

Sayup-sayup kedengaran zikrullah. Makin dekat dengan bangunan, makin kuat bunyinya. Ya Allah, ni tempat orang Islam rupanya. Bila tahu tu tempat orang Islam, serta merta hati ni terasa lebih tenang. Lebih selamat. Sebab ada orang 'kita'. Orang se-Islam :)

Tapi, kami masih belum lagi jumpa kedai tu. heee.

Aku pun beranikan diri bertanya kepada seorang tuan kedai. Kedai jual CD. Dari kedai tu la sumber zikrullah tadi. Alhamdulillah, pak cik tu baik hati. Straight and turn right, katanya. :) Terima kasih pak cik! Dah makin cerah peluang nak makan di kedai orang Islam. Gembira! Aku dan mama pun jalan terus, dicelah-celah orang ramai tu. Memang ada pasar malam pun malam tu.

Dah sampai ke hujung, tak nampak pun restoran tu.

Hampa.
Sangat.

Patah balik ke tempat tadi. Aku dah hampir putus asa. Tapi aku tak boleh putus asa! Aku beranikan diri balik bertanya kat pak cik tu. Mungkin dia tahu kami sesat, kami tak biasa. Dengan baik hatinya, pak cik tu tolong bawak terus ke kedai tu. Laaa, kami terlepas rupanya. hehe. Mujur ada yang baik hati. Terima kasih banyak-banyak :) Allah tolong realisasikan impian kami untuk makan makanan Halal melalui pak cik-pak cik yang baik hati. Daripada receptionist hotel, pemandu teksi sehinggalah ke pak cik di pasar malam :D

Gembira sangat dapat berada di bawah satu bumbung yang ada orang Islam. Dan yang paling menggembirakan kami ialah, DAPAT JUMPA ORANG MALAYSIA! Kiri kanan, depan belakang ada orang Malaysia. Dengar perbualan orang sekeliling dalam bahasa Melayu. Gembira sangat! Rindu Malaysia. Tak sabar nak balik, jumpa keluarga :)

Puas hati dapat makan makanan Halal. :)

-------------

Nota : Nak cari makanan Halal pun kira berjihad jugak kan. Lagi-lagi di bumi India yang agak asing. Nak cari makanan Halal di Malaysia memang tak mencabar sangat, sebab mudah nak cari. Bila dah mengembara di bumi India, baru la aku faham perasaan tu. Jihad untuk mencari makanan halal. Manis sangat :)


Ini semua ujian kecil dari Allah. Kita kan hamba Allah, memang sangat layak di uji. Jangan buruk sangka terhadap Allah. Allah datangkan kesusahan dahulu. Percayalah, sekiranya kita dapat mengharungi kesusahan tu, kita akan dapat ganjaran yang lebih bermakna. :)

Dalam kes ni : Makanan halal yang sedap! hehe.

Thank You Allah!

Rest in peace, surgery-posting-in-India


Surgery di India dah selesai! :)

3 minggu posting surgery, memang best! banyak pengalaman suka duka pahit manis :) Tadi, end posting exam. Ada 30 multiple choice questions dan viva. Alhamdulillah, all is well !

Good, good
You are extremely good
You seem to know everything

Hehe. Ayat-ayat lecturer aku masa viva ni tadi made my day! :)
Aku student biasa-biasa je,
tapi bila lecturer kata macam tu,
semangat semakin memuncak! hehehe.

Thank you, doctor :)

---------------

Lepas ni dah tak jejakkan kaki kat Udupi Government Hospital dah. Hospital ni khas untuk rakyat India yang kurang mampu dari segi wang. Selalunya orang susah je yang dapatkan khidmat doktor kat sini. Memang serba kekurangan la jugak. hee. Kitorg selalu masuk wad untuk orang baru lepas surgery (dah nama pun posting surgery, wahai inaz. ok ok).

Wad perempuan kira boleh diterima lagi la, bau pun ok lagi la. Tapi, wad lelaki, ada bau semacam. Bau ulcer, bau luka, memang sangat berbau. heee. Memang kena biasakan bau-bau macam ni kat hospital, kan? Doktor mana boleh nak pilih nak masuk wad wangi je. haha. Tu bukan hospital namanya. Tu HOTEL! :) Takpe, kena latih hidung supaya immune.

Tiap-tiap kali masuk wad lelaki tu, mesti aku akan bersin. Mungkin banyak sangat Staphylococcus aureus, sampai diorg terbang-terbang masuk dalam hidung aku. Dan! Ade a few acnes muncul kat muka aku. Mesti sebab Staphylococcus yang hinggap ni -.-'' Sampai hati awak, Staph!

----------

Teringat satu kisah! Hari pertama jejak kan kaki kat hospital tu, aku dah jadi patient. haha. Aku dah merasa la baring kat katil diorg selama 20 minit. Jom aku cerita :D

Wad yang kami lawat hari tu ialah wad perempuan.Selepas lecturer pilih patient yang kami nak interview, kami pun dipanggil masuk. Kipas kat kawasan tu tak bukak rupanya. Mungkin patient rasa kurang selesa dengan kipas.

"Ya Allah, panasnya. Takpe inaz, tahan tahan! Ingat, doktor kena ada kaki macam kuda. Kaki yang kuat! " monolog dalaman.

Mula-mula, aku berdiri betul-betul sebelah doktor, sebab aku nak dengar apa dia cakap. Masuk terus dalam telinga! Sejam lepas tu aku rasa seram sejuk. Tingling sensation. Oh oh. Tolong jangan nak buat scene kat sini, inaz. Seram sejuk tu makin ketara. Tak boleh jadi ni. Aku terus bergerak nak berdiri kat belakang kawan-kawan.


"Doctor? Are you feeling giddy?" oopps! haha. Lecturer perasan.

Aku angguk-angguk jela. Aku memang rasa lain macam dah. Aku perlukan kerusi. Lecturer bawak aku pergi bilik sisters. Aku pun duduk la situ sekejap.

5 minit lepas tu,

Aku rasa nak pergi balik kat tempat patient tu. Yela, aku tak nak la miss apa-apa yang lecturer ajar. Aku datang hospital bukan untuk duduk, tapi untuk belajar. Cuba diri. Rasa cam ok je. So aku dengan yakinnya (konon-kononnya kuat) berjalan balik pergi kat tempat kawan-kawan aku berkumpul tu. Hooyeah! Semangat!

10 minit berdiri.

Seram sejuk datang balik. Kali ni lebih intense. Aku nak cuba bertahan, cuba tak nak layan seram sejuk tu. Tapi, seram sejuk tu makin mengganas. Aku mula nampak bintang-bintang. O oh. Aku perlukan kerusi tu balik. Aku pandang pintu bilik tu. 50 meter dari tempat aku berdiri. Sempat tak aku nak sampai? Kena jalan laju-laju ni, monolog dalaman. Ok, memang tak tahan. Aku mulakan langkah menuju ke bilik tu.

Bintang
Bintang
Kelabu
Hitam


Gedebuk!
Rasa macam ada orang pegang aku. Samar-samar, macam sisters yang papah aku. Ngee.

AKU BLACKOUT RUPANYA TADI.
-.-''

Terus sisters bagi aku katil, letak betul-betul bawah kipas. Aku berehat kat situ selama 20 minit.

Haha. ape la! Boleh pulak nak pitam kat wad. Aku memang mudah pitam kalau aku letih, kalau aku panas, kalau aku tak makan, kalau aku tak sihat, kalau aku tak cukup tidur.Tapi dalam kes ni, aku cukup makan, cukup tidur. Mungkin sebab letih berdiri dan panas. Lagipun aku memang ada tekanan darah rendah. Memang keturunan. Hari tu check, 76/50 je. Memang LOW.

Jadi, setiap kali sebelum pergi wad, aku akan pastikan yang aku makan, aku tidur awal, aku minum air banyak-banyak. Tak dilupakan, minum GATHORATE! ( Semua ni atas nasihat mama. hehe. Mama risau kot!)

Tu lah, buat scene lagi. Sampai sister pun dah kenal aku. Muka budak nak pitam -.-

Monday, April 18, 2011

Tekad!



Dah tekad.

NAK
LETAK
BESI
KAT
GIGI

^^

Balik Malaysia baru buat. hee. Orang lain berebut nak buat kat India. Aku? Berebut nak buat kat Malaysia. haha!

Muda-muda zaman belajar ni la nak pakai braces. Lagipun bila pakai braces ni, aku nk jadikan senjata. Patient mana yang tak nak bagi kerjasama, aku nak tunjuk gigi besi aku. Huahuahuahua.
*Konon-konon nak takutkan orang la tu. Tengok-tengok lagi diorg gelakkan. haha*

Ok, kumpul duit nak buat besi kat gigi pulak ^^

Congak duit dalam bank.

O oh...jimat sekarang!


Sunday, April 17, 2011

Perfect 24 ^^


Perfect 24 :)

Comel!

I'm touched
:')

Sweet kan kitorg hehehehe :D

Sayang Batch 24!
:)

Good job Mun and gang!

1.21 pagi.

1.21 pagi di Manipal :)

Aku tak tidur lagi. Letih tapi aku nak lepak-lepak dulu dengan laptop ni. hehe. Petang tadi dia buat hal. internet tak nak connect. cis -.-'' dah la masa tu nak terangkan kat Hang Tuah pasal apex beat dan crepetitions. Kesian Hang Tuah.

Minggu ni minggu yang memenatkan, menggembirakan, memuaskan :) penuh drama suka dan duka.

----------

Direct dan Indirect Inguinal Hernia Surgery

Selasa.

Lepas je posting kat Udupi Government Hospital, aku dan 5 orang kawan-kawan aku bergegas ke Dr. TMA Pai Hospital, Udupi. Hari tu turn kitorg nak tengok surgery. Excited! hehe.

Bas berhenti kat belakang hospital, so aku dengan yakinnya bawak la kawan-kawan aku nak masuk ikut gate belakang. Jalan la kami 6 orang tengah panas terik (dengan sakit belakangnya), tiba-tiba sampai je gate tu, KUNCI! OH MY GOD! hohohoho. Penat ok. 300m. Tapi sebab nak tengok sangat surgery tu, tak nak lepaskan peluang, kitorg pun pusing dari gate belakang pergi gate depan sambil berlari-lari anak. Takut surgery dah habis. hee.

Gate belakang
Pusing kawasan hospital
Gate depan
Naik tangga sampai tingkat ENAM

Tercungap-cungap.
Nak minum air, tinggal suku teguk je

Terus tukar baju OT

Ingat senang ke nak dapat pengalaman berharga?
Bersusah-susah dahulu!

Seronok! :) Buat pertama kali aku tengok sendiri surgery, dan aku faham apa yang surgeon tu buat :)

Aku tau apa nak tanya,
Aku tau apa yang surgeon terangkan,
Aku faham kenapa surgeon buat step tu,
Aku faham kenapa kena letak mesh.
hehe. Puas hati! Alhamdulillah :)

Malam tu, tertidur kepenatan. Buku yang baca aku, bukan aku yang baca buku ^^

----------

Belajar tentang manusia

Bukan belajar anatomy.
Belajar tentang perangai 'manusia'
Belajar erti sabar

Kita memang tak mampu nak puaskan hati semua orang yang ada di sekeliling kita. Betul kan? Ada yang tak puas hati, ada yang tak boleh tengok kita senang, ada yang tak boleh tengok kita gembira.

Kenapa ya awak?

Mungkin perlu hide kan orang-orang yang membawa virus kat hati kita tu lah. Hide, simpan elok-elok. Letak padlock. Ikat dengan rantai besi. Simpan dalam stor. Padlock lagi stor tu dengan mangga yang sangat besar. Penting. Supaya hati tak terserempak lagi dengan orang-orang seperti itu. Baik! Perlu buang dalam rubbish bin tak? haha. Simpan dalam stor lah dulu :) Rasa nak letak antivirus jugak lah. heee. Hapuskan!

Sebelum buat sesuatu kat orang, fikir dulu. Kalau benda tu jadi kat kita, apa yang kita rasa?

Hati bagai ditusuk jarum?

ATAU


Tersenyum riang seperti Si Kuning ni :D

Fikir dulu ya :)
Jadi matang.
Jadi pemerhati.
Sentiasa berhati-hati.

Nasib baik aku baru terjumpa sedikit pembawa virus hati ni. hee. Tak mahu terserempak lagi. Jauh jauh. Pergi jauh lagi dari aku. Terima kasih kepada para pewangi hati :) Aku sayang kamu semua!

----------

Kerjasama! Batch 24 MMMC

Alhamdulillah, selesai sudah aktiviti-terakhir-bersama kami sekeluarga :) Keluarga Batch 24. Walaupun ada krisis, ketidak-puasan-hatian pada mulanya, tetapi akhirnya, semuanya berjalan dengan lancar! Krisis itu perlu, kerana krisis membuatkan kita berfikir secara bijak. Krisis mematangkan kita. Aku suka sangat bekerja dengan Batch 24. Walaupun kami tak sama, tapi semangat kami serupa :D

Aku macam biasa jadi AJK makanan. hehe. Memang tak dapat dipisahkan dari makanan la.

Hari pertama rewang : Kupas bawang putih yang halus. (serius sangat halus! bawang putih yang paling kecil kat Malaysia tu la yang paling besar kat sini. Nasib baik la 1 kg je :D hehe.) Kupas bawang merah etc etc. Seronok buat kerja ramai-ramai! :) Aku datang dengan sepasang sandal pink iPANEMA. Aku balik dengan sebelah sandal pink iPANEMA -.-'' Anjing curi sandal akuuuuuu! Sedihnyaaaa :( Aku suka sandal tu :'(

Ni la sandal aku yang jadi mangsa rampasan si anjing-pencuri tu.

Hari kedua rewang : Jadi bibik ayam dan daging. hehe. tau tak! sampai-sampai je aku kat rumah tu, aku nampak sandal pink yang hilang tu kat atas bukit -.-'' dah berhabuk. Agaknya anjing tu main-main, pastu tinggal kat situ je. Tak guna betul la anjing ni. Aku tak ambil pun sandal aku. Tangan aku nak capai, hati aku tak benarkan. hee. Kena samak dulu. Lagipun takut ada bakteria merbahaya yang melekat kat gigi anjing tu, ada kat sandal aku. Dah la anjing tak reti gosok gigi. EEEWWW! Habis je rewang, aku nak balik, aku tinjau bukit tu, sandal pink dah hilang semula -.-. Hayh. Memang tak ada rezeki aku nampaknya.

Hari ketiga rewang : Kerja-kerja penghabisan. Basuh beras, tengok orang masak, lap dulang etc :) Hari ketiga ni la hari kemuncak. Letih, tapi perlu gagahkan diri. Alhamdulillah, semuanya beres. 4 kali aku mandi hari ni. haha. Berpeluh-peluh buat kerja. Semangat! :)

Gembira bila dengar ramai yang puas hati dengan majlis, dengan makanan :) Hilang sikit penat lelah membanting tulang untuk menjayakan majlis. Terima kasih semua :)

Well done, Batch 24! :) Memang terbaik lah :) Tak sabar nak tunggu photographer upload gambar dalam facebook :D Kerjasama tu yang penting. Bila ada aktiviti bersama ni, baru la ada aktiviti lain sikit dari bukak-buku-medic. Yang penting, semua gembira, semua berjalan dengan lancar :)

---------------

Mood : Satisfied :) Setiap hari kena belajar sesuatu tentang hidup.

Malam ni tidur puas-puas. Esok kena start revise! End Posting exam lagi 4 HARI!

p/s : Sekarang ni aku dah mula baca buku baru yang aku beli waktu cuti kat Malaysia hari tu ; Bercinta Sampai Ke Syurga :) Best sangat! Buku motivasi. hehe :) Persediaan untuk masa depan. Kena sedar diri yang dah 21 tahun. Dah besar dah tu :D *wink wink*

2.28 pagi. Out.

Sunday, April 3, 2011

Air-Kotor.


Brown
Tak jernih
-.-''
Bekalan air kat rumah aku ni bersih sikit la dr gambar kat atas ni. hehe.

Lagi 4 bulan lebih nak kena hidup dengan air yang tak berapa nak bersih ni

Nak basuh baju pun kene pejam sebelah mata
Nak rendam baju putih pun tak boleh lama-lama, takut warna melekat pulak.
Nak mandi pun kene pejam sebelah setengah mata

Nasib baik kalau nak masak ada air Bisleri! hee.
Kalau tak, mesti diarrhea 0.0

hoho

Nak air bersih macam air ni


Takpe. sikit lagi sikit lagi
Sekurang-kurangnya ada air, kan :)

"Allah menguji hambaNYA mengikut kemampuan hambaNYA"

Mungkin kulit, rambut dan perut aku kuat
Mungkin immune system aku kuat
Sebab tu lah aku dihantar belajar kat India (yang bekalan air nya kurang bersih ni)
:)

Saturday, April 2, 2011

Surgery : Baru bermula :)


Surgery :)

hehe. Surgeon kat sini tak macam ni kot. Diorang hebat-hebat :)


Ha. Mungkin macam ni. Serious and passionate :)

My first posting department.

Mula-mula dapat tau yang aku posting kat situ, mula lah aku bayangkan yang aku akan masuk OT (operation theater) sambil memerhati surgeon membedah orang. hehe. Rupa-rupanya, aku tak masuk pun. Kami hanya perlu jumpa patient yang sedang tunggu atau dah lepas operation :)

Dah 2 hari posting. Aku belum jumpa patient lagi. Baru belajar History Taking :D Apa yang perlu tanya kat patient, cara nak tanya, apa yang kene catat, apa yang penting. Segalanya tentang mereka! Terutamanya, yang berkaitan dengan hospital, sejak dari lahir sehingga sekarang. Semua tu penting, sebab semua tu akan membantu kitorg untuk buat diagnosis. hee. Tapi, kitorg kan baru setahun jagung masuk hospital, jadi kalau tak tau buat diagnosis yang tepat tu masih boleh dimaafkan lah. :) Yang penting, kena tahu buat History Taking.

Tapi
Nak tahu apa cabaran History Taking kat sini?
-
-
-
Masalah bahasa
-.-''

HOHO. Ye lah kan, patient yang masuk hospital ni, bukan semuanya yang tahu berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris. Lagi-lagi kalau masuk hospital kerajaan. Hee. Jadi, nanti, aku akan bawak la handout Bahasa Kannada tu. hehe. Kena lah hafal beberapa ayat supaya senang nk tanya diorg :) Tak sabar ni nak test diri sendiri :D

Aku dah hafal 3 perkataan dah! :D

Tale novu - headache
Namascara - hello

(hehe. ok apa dah hafal 3 perkataan! :P )
Mesti nanti terkulat-kulat nak tanya soalan - selak handout - dengar dan faham apa diorg cuba sampaikan
-.-'

Setakat ni, surgery best! Lecturer best, tak menakutkan :) Memand sporting lah dia; Dr Santosh Pai. Ada lagi lecturer lain, tapi belum pernah belajar dengan diorang lagi. hehe :)

Setiap kali kelas, aku duduk tengah-tengah. memang selalu la bertentang mata dengan dia. haha. Memang sengaja duduk depan-depan tu supaya lebih alert! Supaya apa dia cakap boleh straight di capture oleh pinna, terus ke external auditory meatus, internal ear dan kemudiannya stimulate vestibular nerve. Dan akhirnya, simpan elok-elok dalam brain :D


Tahu tak. Setiap department ada diorang punya cara tersendiri untuk menilai seseorang student tu. Jadi, untuk department ni, salah satu cara diorang bagi markah ialah berdasarkan berapa banyak soalan yang kita tanya. Lagi banyak tanya, lagi banyak lah markah. Full mark 10 markah. Tak kira la apa-apa soalan pun. Diorang nak semua orang bercakap je sebenarnya. hehe.

"We want all of you to get out of the shell"

Hehe. tadi dah start tanya soalan dah :) (aku memang jarang tanya soalan dalam kelas).
Tak la susah pun nak tanya soalan sebenarnya. hehe. Lepas ni boleh teruskan :D


I'M COMING OUT OF THE SHELL :)

TRANSFORMING



--------------------------------

A doctor without a watch is useless (Dr Santosh Pai, 2011)

You should be a spy (Dr Santosh Pai, 2011)

Eyebrows need 25 years to grow. NEVER SHAVE YOUR EYEBROWS!