Saturday, May 21, 2011

i miss them :)

 Hari ni dapat tengok dua-dua adik dalam YouTube :D 

Izzat

Nabil

:)
Tak sabar nak jumpa diorang!
Kakak dah beli tiket :D
Lagi 3 bulan kakak balik!
Yeay!

:)
Now kakak tak tau nak masuk geng sape. haha :P
Ok, kakak tukar-tukar.
:D


Tuesday, May 17, 2011

Yang mana satu?

Hehe. Tak habis-habis lagi hal tiket flight :D
Kan senang kalau JPA je yang belikan tiket.
Kan dah tak yah fikir nak ikut route mana. 
hehe
:P

Chennai
Promo promo!
50% off tu!
Lagi murah dari AirAsia :D

ATAU

Bangalore


Masih tak ada promo.
Haha.


Qualified for Basic Life Support!

Alhamdulillah, I passed the test!!! :D

Tadi ada training mcm mana nak buat CPR kat adults, children and infant. The correct and recent method. And also Heimlich maneuverer. It was fun! :) Practise sama-sama dengan kawan-kawan. Gelak-gelak jugak, yang penting method tu terserap masuk dalam ingatan :D So sekarang aku dah qualified untuk buat basic life support kat sesiapa saja :) (only if have to do it)

Bila nak kena buat BLS ni? Bila kita ternampak ada orang tak sedarkan diri kat tepi jalan, bila ada orang datang kat hospital dalam keadaan tak sedarkan diri, bila ubat yang kita bagi tu tak sesua kat dia dan react dengan badan dia sehingga menyebabkan dia tak sedarkan diri dan banyak lagi la senario yang lain. Yang pentingnya, kita nak restore circulation and breathing. fullstop! Jangan putus asa selagi patient tak sedarkan diri, sampai la bila dah betul-betul tak boleh nak diselamatkan.

TAK BOLEH MAIN-MAIN. 
SEBAB KITA TENGAH HANDLE NYAWA ORANG NI.

Kalau kita cepat putus asa, macam mana dengan patient tu?
Tapi, apa-apa pun, semuanya Allah yang tentukan.
Kita hanya boleh berusaha. 
Kalau kita dah berusaha bersungguh-sungguh tapi patient masih tak dapat diselamatkan, 
then tak boleh nak buat apa lagi la.
(hee. sedih sedih)

Important steps in CPR

Circulation


Buat cardiac compression.
Ingat, tangan kena straight. Baru la lambat penat.
Mana taknya, kena buat 100 compression dalam satu minit.
Tadikan, manikin tu letak atas meja. Sebagai seorang yang kurang tinggi, aku terpaksa menjingkit sikit untuk buat compression. Tehee. yela, nak kene stratch kan tangan tu kan. :D

Airway
Breathing
Defibrillator

Dan yang paling best sekali, aku dapat tahu tadi yang ada mask untuk buat breathing. So, tak perlu lah buat mouth-to-mouth breathing. Hee. yelaaaaa, takkan nak buat kat strangers. Oh my God! Tidak akan ok -.- Terima kasih la kepada sesiapa yang create mask tu :D tak perlu risau lagi bila kena buat breathing :D Hee. 


nak beli nak beli :)

Tadi practise guna baby-baby ni! Omg, comelnya baby :) 
Bila tengok baby je mesti happy
Beautiful creature :)

Adakah motherly instinct aku dah mula ter'stimulate'? 
HAHA
:P

All in all, BLS training was fun! :)

Monday, May 16, 2011

The 5th floor



Medicine General Ward :)

Dah habis posting kat Medicine! Yippie! :D



Ni lauk pauk yang pelawat bawak ms diorg visit patient :)



Bilik serbaguna.
Katil : guna untuk examine female patient. Yela, patient mesti segan2 nak open up. So, kat bilik ni la tempatnya :)
Bilik ni boleh jugak jadi dapur, sebab ade stove.
Tempat buang waste puna de gak, sbb ade tong sampah

Aku selalu duduk kat bilik ni. Mungkin dari sini la aku dapat infection sampai batuk-batuk tu. Hee. 
Padan muka.



Tadi bosan sangat tak tau nak buat apa. 
Cari spot untuk ambil gambar
Jumpa kereta-kereta yang tersusun ni
Comel!
Mesti kereta doktor :D

Yup, the end of Medicine chapter in Manipal. 

Best tak medicine? Ok je la. Maybe sebab aku belum mahir lagi dengan heart sounds, breath sounds. Kalau dah tau nanti mesti best kan :) Lagi satu, communication barrier. Susah nak dapat maklumat dari petient. Maklumat yang betul. Bila salah, kena marah dengan doktor. Hee. Kena practise lagi. Kena!

Hari-hari aku dengar heart sound sendiri :) Nak biasakan yang normal. Baru la tau apa yang tak normal. Kan?

Tadi aku hampir-hampir nak ponteng kelas. Haha. Tak senonoh betul. Tapi setelah dinasihatkan oleh Hang Tuah yang memaksa aku pergi jugak kelas, aku pun gagahkan diri la jugak nak pergi. And, I HAVE NO REGRETS. :D Tadi for the first time aku dengar splitting of S2! Sangat clear! hehehe. Nasib baik pergi gak. Phewwhh :) 


Dah gelap dan berkilat -.-
Bukti study kat India.

layan~


mood : jiwang

sedih dengar lagu ni.

rindu.

Saturday, May 14, 2011

Senyuman paling manis.

Senyuman paling ikhlas dan manis dari seorang patient :) 


Semalam, ada seorang pak cik ni. Dia suka sangat senyum. Aku tengok dia, nampak macam leher dia pendek. Rupa-rupanya, dia baru sahaja menjalani pembedahan. Buang larynx. Tau tak larynx tu fungsinya apa? Salah satu fungsi larynx ialah menghasilkan bunyi. So, larynx ni sebenarnya penting bila kita nak bercakap. Jadi, bila buang larynx, apa jadi? Mestilah tak boleh cakap kan? 

Kesian pak cik tu. Dah tua dah. Tak boleh cakap. Tapi, dia nampak happy je :) Bila nampak kitorg datang wad, mesti dia senyum. Dari mimik muka dia, dia macam nak berbual dengan kitorg. Tapi tu lah kan, Allah dah tarik nikmat percakapan pak cik tu. Allah bagi pinjam sementara je. 

Bila teringat pak cik tu, mesti aku tersenyum. hehe. Tu la senyuman paling ikhlas dan paling manis yang pernah aku tengok dari seorang patient :) Dia tak nampak sedih pun. tapi tak tahu la hati dia macam mana kan :) walaupun dia dah hilang suara, dia tetap bersemangat untuk senyum! :) Tengok, pak cik yang dah hilang suara pun boleh lagi senyum, boleh lagi ada semangat untuk hidup. 

Tadi, bila aku masuk wad je, aku terus jalan pegi katil pak cik tu. Dah plan sebelum tidur nak berkenalan dengan pak cik tu melaluli file dia.

: katil kosong :

Ngee. Pak cik dah discharge dah. hee. Tak sempat aku nak baca file dia. hee. Sedih la gak. hoho, baru je nak kenal pak cik tu. Nak tau penyakit apa yang pak cik tu ada sampai larynx dia kene buang.

"Pak cik, semoga pak cik sihat-sihat selalu. Teruskan senyum pak cik :) Bersemangat saya tengok pak cik masih boleh senyum walaupun dah hilang satu nikmat hidup :) Jumpa lagi pak cik "

Bersyukur dengan apa yang Allah dah bagi pada kita. Tak kisah la suara yang kita dapat tu high pitched ke, low pitched ke, garau ke, sumbang ke, merdu ke, KENA JUGAK BERSYUKUR. Sekurang-kurangnya kita masih boleh bercerita, kita masih boleh berkongsi apa kita rasa. Cuba letakkan diri kita dalam pak cik tu. Aku rasa, pak cik tu banyak nak bercerita, banyak nak berkongsi, banyak nak bagi nasihat. Tapi dia dah tak boleh bersuara lagi.... (sedih pulak)

“Jika kamu menghitung-menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak akan dapat menentukan jumlahnya (menghitungnya). Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang.” 
QS. An Nahl : 18.

Macam mana nak bersyukur dengan nikmat suara yang Allah bagi kat kita? Senang je :) Jaga pertuturan, jaga bahasa, jaga perkataan. Sebelum kita nak cakap sesuatu pada orang lain, fikir dulu. Adakah apa yang kita cakap tu menyakitkan hati dia? ataupun menggembirakan dia? Cuba bayangkan kalau kita bagi hadiah pada orang lain, kemudian orang tu gunakan hadiah yang kita bagi tu untuk menganiaya orang lain. Sedih tak rasa-rasanya? Sedihkan? Jangan sampai Allah tarik balik nikmat suara kita tu :)

“Hai orang-orang yang beriman, makanlah diantara rezki yang baik-baik yang kami berikan kepadamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika benar-benar hanya kepada-Nyalah kamu menyembah.” 
QS. Al Baqarah : 172.

Jom semua kita bersykur dengan nikmat suara yang Allah dah bagi pada kita :)

MAS vs AirAsia

Tiket balik Malaysia. Selagi tak selesai hal ni, selagi tu la aku tak senang duduk. Selalunya, 3 bulan sebelum tarikh balik, aku dah siap beli tiket dah. Tapi kali ni, aku tak jumpa-jumpa lagi jalan penyelesaiannya. Sekarang ni, aku kena pilih antara dua. MAS atau AirAsia.

Malaysia Airlines


Sebenarnya, aku memang dah menyimpan hasrat dari mula aku jejakkan kaki di India untuk balik Malaysia yang last ni dengan menaiki MAS. Lama tu simpan hasrat. Dua tahun setengah :) Sambil membayangkan yang mama dan abah datang pagi tu kat KLIA. Tak payah la diorg bersengkang mata sementara nak tunggu aku sampai, dengan delay ke apa ke. Memang just nice lah waktu arrival tu. Lagipun masa tu bulan puasa, memang dah bangun awal untuk sahur. Huhu. Sampai mcm tu lah aku dah plan. 

Baggage pulak. Aku cek tiket, dia kata maximum 25 kg dan ada 7 kg untuk hand carry. So, total 32 kg! Banyak la jugak. Hee. Pastu aku dah plan nak hantar kebanyakan barang-barang aku, supaya beg aku tak exceed. Hee. 

Lagi satu point yang aku nak naik MAS ialah, memang dh ada dalam peruntukan perjanjian biasiswa yang JPA akan tanggung tiket balik. So, why not kan? hee. Tapi tu lah, ramai yang nak naik AirAsia :( Haha. Kawan-kawan yang aku menaruh harapan yang tinggi untuk balik sekali semua pilih AirAsia, sebab murah. hee. Ok, tak pe lah, tu pilihan diorg. Takkan la aku nak paksa-paksa pulak. Tu duit diorg pun. 



AIRASIA


Tak ada masalah pun dengan dia ni. Haha. Murah pun murah. Maximum 30 kg lagi tu. Memang sesuai la dengan orang macam aku yang memang terkenal dengan 'Heavy baggage'. Entah apa yang isi dalam tu sampai berat sangat. Padahal dah plan awal-awal nak bawak barang sikit je. hee. Tapi tu lah, sampai tengah malam. Aku kesian kat mama dan abah yang terpaksa pergi LCCT malam-malam buta. Lagi pulak, masa tu bulan puasa, nak bangun sahur lagi. 

Yang tak bestnya, tak ada flight hari sabtu :( Ada hari ahad je. Kalau hari ahad, sampai pagi-pagi buta hari isnin. hari isnin kan hari bekerja. Bulan puasa pulak tu. Kesian mama dan abah :( Tak nak menyusahkan diorg :( 

Kalau tak de orang yang nak naik MAS, maka AirAsia la pilihan kedua aku. Aku ok je, tapi..hee. Seperti yang telah aku terangkan kat atas. Harapan tu, harapan :)

-----------

Ok, adakah impian aku selama 2 tahun setengah akan menjadi kenyataan? ataupun impian itu akan terkubur begitu sahaja?

haha. Mesti orang pelikkan. Sama ja naik MAS ke AirAsia ke. Sampai jugak malaysia. Betul tak? Aku tau, memang sama je, tapi aku dah awal-awal target nak naik MAS sejak mula datang. Cuba bayangkan kalau kita dah harapkan sesuatu, tiba-tiba tak jadi. Mesti frust. haha. Inaz, kapal terbang je kot -.-. Tau, tu kapal terbang je..tau.. (monolog dalaman, payah betul :P)

Kita tengok la perkembangan macam mana nanti ye.


Semoga benda ni cepat selesai. Aku nak beli tiket cepat-cepat.

The end.

Thursday, May 12, 2011

12/5/2011

(hehe. tajuk entry ni cam tak best je sebab tak tau nak letak apa :P )

Macam tak percaya je. :P

Minggu ni minggu terakhir posting Medicine :D Tadi dah viva. Ok lah kot. 10 minit setiap seorang. Rasa macam kejap sangat je tapi betul la 10 minit je :) Tak ada soalan yang susah-susah. Semuanya sangat-sangat basic :) Mungkin sebab dapat doktor yang sempoi dan cool. hehe :D Alhamdulillah :) 

Tadi mama tanya, "Groupmate inaz ok?" 

Hee :) Lepas tu baru aku terfikir, haah la groupmate aku semuanya ok ok belaka :) Teringat masa mula-mula dapat group dulu, aku cam sedih la sikit, Sebab semuanya aku tak biasa. Semuanya aku tak rapat. Tapi aku nasihatkan diri aku untuk cuba sesuatu yang baru! Takkan la nak kekal dengan keadaan sekeliling kan? Takkan la tak nak ada perubahan yang positif. Betul tak? :) Dan, setelah 6 minggu bersama, baru aku realise yang groupmate aku sebenarnya best! Diorang tak kedekut ilmu, diorang very helpful. :) And yang paling best, diorg bukan jenis yang suka complaint sana sini. hohoho. Kan sedap sikit telinga :)

Ok, pening. Nak cari geng untuk naik MAS :( Tak da sapa-sapa ke yang nak naik MAS sekali dengan aku pd tarikh yang sama? Kan dah ada yang nk sponsor. Lagipun luggage kan 25kg (check in - baru check dengan teliti semalam) dan 7 kg (cabin). Total 32 kg kot! banyak! :D Balik kali ni nak cuba untuk tak exceed seperti cuti-cuti yang sebelumnya. Maka, oleh itu, nak hantar barang sebanyak yang mungkin guna kargo! Buku? errrr...guna nota lecturer je lah. Kalau perlu sangat, terpaksa la menjenguk library :D hehe. (dah plan).

Aaaaaaa, ya Allah, gerakkan lah hati kawan-kawan aku yang lain ni, supaya boleh balik sama-sama naik MAS :) hehe. Semangat sangat-sangat ni nak naik MAS. Peluang yang jarang-jarang dapat.. Jom la kawan-kawan, Jom laaaa~ (hehe, dok promote kat sini bukan diorg nampak pun :P )

Wednesday, May 11, 2011

website MAS naikkan semangat.


Hari ni rasa sedikit down.
Sebab apa yang di plan sejak baru mula semester 5 hari tu dah menunjukkan yang ada kemungkinan yang plan tu tak jadi.
hmmm..
down
down
down
sedih ok.

Dah plan, dah happy, dah lega, dah semangat
sebab ingatkan dah settle, tinggal nak realisasikan je, tak yah pikir dah.
Tiba-tiba, mungkin tak jadi. huwaaa.
:'(
ok, kena mula pikir balik.

Takpe lah, cuba plan lain pulak
Semoga Allah memudahkan aku untuk merealisasikan impian aku yang jarang-jarang aku dapat ni
(hehe)

Untuk menaikkan semangat, 
aku pun usha la website Malaysia Airlines.
Hehe. Tak boleh blah betul :P usha tiket pulak.

Bangalore - Malaysia
(rindu nak balik rumah. rumah buat aku happy :) tak sabar nak balik! )

Malaysia - Adelaide - Malaysia
(hehe. :P nak melawat. tapi mak aih. mahal gila tiket dia!! haha. Hang Tuah, bersyukur la sebab JPA sponsor tiket balik awak :P peluang nak pegi negara tu tak datang bergolek :) study rajin-rajin tau! )

Hee :)
Dah senyum semula
Tengok tiket flight pun dah rasa happy

:)
Rindu semua pewangi hati 

Monday, May 9, 2011

Entry skema.

Entry hari ni berunsurkan pelajaran :D Saje nak kumpulkan video2 ni dalam satu tempat. senang nak revise nanti :D hihihi. Happy!

Normal heart sound

Aortic stenosis

Aortic regurgitation

Mitral stenosis

Mitral regurgitation

Pulmonary stenosis

Tricuspid regurgitation

S2 splits

Opening snap

Mid systolic click

Third heart sound

Sunday, May 8, 2011

Star misses her OWL :)


The love story of OWL and STAR



Owl; Strong, intelligent, handsome
Star; Cute, smart, lovable

One day, they met.
In a land full of books and knowledge
They were strangers at first.

They became friends
They shared joy
They had fun
They became study-partners
They were always there for each other, for better and for worse 

As days passed by
They became attached together
They realized that they were attracted to each other
They call themselves as twins
They shared the same dream
Love bonded them together
They love each other
:)

One day, something happened
Unexpected
Something that was not in their dreams
They had to be separated
Far away from each other
Owl was sent to the land down under, while Star to the land of spices

Heartbreaking.
It was hard for them to say goodbye
Tears were their best friend at that time

But then, they realized.
That was the pathway to their dreams
Separation is the first step
For a better future

Even though they are separated miles away
With different time zones
With different culture and environment
They are still very close
The magnetic bond between them never fades

They still hold on to each other
With a mixture of trust, love and honesty
Owl and Star always hope and pray
To meet again 
To fulfill the rest of their dreams
Together
:)

Star misses her OWL very much :')



Mama :)



Selamat hari ibu, mama :)

Kita menumpang duduk sembilan bulan di dalam perut seorang perempuan. Alam itu digelar Alam 'Rahim'. Alam kasih saynag dan alam belas kasihan (Bercinta Sampai Ke Syurga, 2010)

Terima kasih mama :)

Mama = ibu
Mama = bestfriend
Mama = role model


Rindu nak peluk mama, 
rindu nak teman mama, 
rindu nak makan masakan mama, 
rindu nak jadi vaccum cleaner kat dapur :)

Aku bersyukur kerana masih mempunyai seorang mama. 
Aku bersyukur kerana aku masih lagi ada tempat bermanja dan mengadu.
Aku bersyukur kerana masih dapat merasa kasih sayang dan doa seorang mama.

Tidak dapat sekali-kali ku nafikan, doa mama sangat penting dalam hidup ku.
Semua kejayaan yang aku kecapi hari ini adalah berkat doa Mama dan Abah.
Alhamdulillah
Terima kasih mama dan abah.

-------------

Ya Allah, panjangkan lah umur mama dalam iman, taqwa dan kesihatan yang baik. 
Aku masih memerlukan kasih sayang, doa, petunjuk dan nasihat mama, Ya Allah.
Ya Allah, murahkan lah rezeki mama, permudahkanlah mama mengharungi kehidupan sehariannya.
Ya Allah, janganlah kau bebankan mama dengan sesuatu yang tidak tertanggung olehnya.
Ya Allah, sekiranya kau timpakan ujian dan dugaan buatnya, 
bantulah mama untuk menjadi kuat mengharungi takdirMu itu, Ya Allah
Ya Allah Ya Tuhanku, jauhkanlah mama dari bencana, dari orang yang mempunyai niat yang tidak baik terhadapnya. 
Lindungilah mama setiap masa, Ya Allah.

Ya Allah, jadikan lah kami adik-beradik anak-anak yang sentiasa menyenangkan hati mama dan abah.
Bantulah kami untuk memelihara kata-kata, hati dan perbuatan kami dari menyinggung perasaan mama dan abah. 
Sesungguhnya, kami tidak layak untuk menyakiti mereka, kerana mereka telah banyak berkorban untuk kami adik-beradik.
Ya Allah, kekalkan lah kasih sayang antara kami sekeluarga selama-lamanya.
Bantulah kami semua untuk mengecapai nikmat syurga

Amin Ya Rabbal Alamin

---------


5249 
FOREVER AND ALWAYS

Sekali lagi, jauh di perantauan. Tapi, aku akan balik tak lama lagi, insyaAllah :) 


Thursday, May 5, 2011

Jangan bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita!



Sukanya :)
Sesungguhnya orang yang bersyukur itu lebih tinggi darjatnya dari orang yang sabar. Memang mudah untuk kita bersabar, tapi mudahkah untuk kita bersyukur dengan nikmat Allah?

Alhamdulillah :)

Macam-macam :)

----------
Update blog sambil makan dinner :) Seronok bila ada housemate yang masakkan dinner. hehe. Walaupun sesimple nasi putih ke nasi goreng ke, aku sangat happy sebab tak perlu fikir nak order apa :) Terima kasih housemate yang sudi masakkan :D KENYANG! hehe. Sebenarnya, aku dah tak tau nak order apa kat Manipal ni. ngeee. Jadi, kena la masak! :) Rasa macam kat rumah ^^
----------

Hari ni aku sedih.


Sebab, handphone casing aku hilang :( Tak sedar kat mana dia tercicir, tak sedar pun dia hilang sehinggalah bas ke Udupi dah masuk gear. Sedih sangat-sangat! :( Casing tu beli kat PPUM, dan isu paling penting di sini ialah mama yang belikan casing tu -.-'' lagi la aku rasa terkilan. Tak pe, esok kena teruskan pencarian. After posting petang tadi aku dah cari kat foodcourt, tapi malangnya tak ada pun. Sigh. Teruskan mencari!

Cari dulu esok...mana tau masih ada rezeki inaz, jumpa balik (Mama, 2011)

Bace surah al-insyirah..n sbenarnye ada doa specific utk mencari brg yg hilang..iA jumpe :) (Nisa, 2011)

Innalillah... mungkin Allah nak ganti dgn sstu yg lebih baik ^_^ (Amie, 2011)

:) Semua yang terjadi ada hikmah. Bila hilangnya sesuatu benda yang kita sayang, apa kita rasa? Mestilah sedih sangat kan. Lagi-lagi bila benda yang hilang tu hadiah dari orang yang kita sayang. Walaupun hadiah tu simple, tapi sangat bermakna :) Tapi nak buat macam mana, dah hilang hari ni. (Mana tau esok jumpa ke. hehe. Confident sikit. hehe).  Aku ada buat salah ke kat sesiapa sampai casing aku ditakdirkan hilang pagi tadi? hee. :( MUNGKIN........

Jangan bersedih inaz, bersyukur lah sebab bukan handphone yang hilang :) Jangan pandang pada yang tiada, pandang lah pada apa yang masih ada :) Mungkin yang tu yang terbaik buat kita :) 

p/s : Casing-sayang, esok saya cari awak lagi, Kalau awak memang kepunyaan saya, esok kita berjumpa lagi ya! :) 

Hari ni aku terlalai selama 30 saat.


Ya Allah, aku bersyukur sangat sebab aku lalai 30 saat je! Tadi aku withdraw duit kat ICICI ATM ( dah tiba masanya untuk bayar sewa rumah 2 bulan. ngee). ATM kat sini ada dua jenis. Satu, yang ala-ala swipe card, satu lagi yang masukkan card. Selalunya aku guna ATM yang swipe card tu. Lepas swipe terus masukkan dalam purse. Tapi hari ni, aku guna ATM yang masukkan card. (ok, faham ke? cam berbelit je ayat ni. hihi) Bila dah dapat duit yang aku nak, aku terus laambil resit dan dengan yakinnya jalan keluar dari pondok ATM tu. Tapikan, aku macam terdengar-dengar yang ATM tu berbunyi.

Tit tit tit tit tit tit tit

Kenapa dia bunyi tu? Aku tertinggal apa-apa ke? Duit dah simpan, resit dah simpan.......
OH
MY
GOD
!
KAD ATM !!!!!!!!

Hoho, terus je patah balik. Nasib baik pondok ATM tu kosong, tak ada orang. Entah tengah day-dream pasal apa la masa tu sampai terlupa nak ambil kad ATM tu balik. Nasib baik bas belum gerak pergi Udupi. Nasib baik aku teringat hanya selepas 30 saat. Syukur sangat-sangat! Kalau lah Allah tak gerakkan hati aku, mungkin sekarang ni aku bad mood sebab kad ATM hilang. :) Thank You Allah!

Tolonglah inaz jangan careless lagi!

Hari ni aku lega.


Hehe. Presentation! Approach to a patient with epigastric pain. Ok ok je. Tak lah perfect sangat :) Ada soalan yang aku tak dapat jawab. Aku tak kisah pun :D Bagus jugak doktor tu bagi soalan banyak-banyak. Sekurang-kurangnya, aku tahu topik apa yang perlu aku fokus, topik apa yang penting dalam klinikal. Kan kan kan? :D heheh. Lega sebab dah habis!!! :) Tapi cuak sikit sebab esok kena present case. Dan, esok lecturer yang err strict -.-'' Kene buat betul-betul esok. Tak nak kena marah. Wuhuhuhu.

Kalau tak diuji, kita tak mungkin akan tahu apa ertinya sabar. 

Kalau lecturer tak tanya soalan, kita tak mungkin akan tahu betapa pentingnya topik tu :D he he

------------

Ok! Sambung baca Talley O'Connor! :)
: Serius BEST buku ni. Thank you Pak lang sebab hadiahkan :

Tuesday, May 3, 2011

Medicine : Sneak Peak ^^

Minggu kedua posting dalam department yang paling sibuk, iaitu MEDICINE. :)

Memang sibuk. Bukan sebab ramai orang tapi sebab doktor yang sibuk buat rounds. 

Something about this department. Actually, kalau tak ada masalah komunikasi, memang enjoy sangat posting ni! Tapi tu la, bahasa tak sama. Aku selalu nak je sembang-sembang dengan mak cik- mak cik yang sakit kat wad tu, tapi tak boleh.


Mak cik dah makan dah?
Selesa tak duduk sini?
Mak cik apa khabar hari ni?
Mak cik ada berapa orang cucu?

Haha. Tak de pulak dialog tu dalam kertas Bahasa Kannada tu. Cis. Kecewa -.-


Blouse, slacks, lab coat, skin socks, kasut-hitam-skema, stethoscope, pen, pen torch, note book.

Aktiviti kat Wad tingkat 5, Dr TMA Pai Hospital, Udupi :

 - 9.45 pagi : Sampai hospital. Terus je bergerak pegi kat wad. Tak melencong beli cold chocolate yang sedap tu. hehe. Tahan tahan. Sampai-sampai je wad, kene clerk case. Siapa yang kene buat presentation lah yang kena buat. Sapa yang tak kena tu, boleh la duduk diam-diam kat bilik menunggu tu. Selalunya kitorg akan sembang-sembang, baca text book. Mula-mula memang best lah kan sebab tak cuak-cuak nak present case, tapi kalau setiap hari macam tu, memang TAK BEST. fullstop. Bila rasa tak best sembang-sembang, aku pegi la wad dan practise amek BP atau pun tengok file patient.

 - 11.30 pagi : Sepatutnya ada doktor datang untuk dengar orang present case. Kalau kurang bernasib baik, doktor akan datang lewat dari tu. Kena faham, doktor banyak kerja. hee. Pesakit diberi keutamaan, bukan pelajar perubatan. Jadi kalau doktor datang lambat, tak boleh merungut. Senyum je :D 

 - 12.30 tengahari : Lunchtime! Kalau bernasib baik la (lagi sekali). Paling lewat setakat ni, keluar wad pukul 1 tengahari. haha. Tak pe la, latih diri tahan perut, tahan mulut, tahan mimik muka. Kena cool :D Balik Manipal.

 - 2.30 petang : Naik bas ke Udupi semula. Aku suka sangat naik bas sebab ni lah satu-satunya sumber aircond yang aku boleh dapat selain lecture hall. GEMBIRA DAN BAHAGIA.

 - 3.00 petang : Mula presentation. Setiap orang kene present satu topik. Setiap hari satu topik. Nasib baik la buat dalam kumpulan. Tapi yang sedihnya, group B tak dapat bilik aircond tu :( sebab bilik tu department lain yang dapat. Sedih :( Terpaksa la duduk kat bilik oven-yang-macam-tak-ada-pengudaraan-langsung. haha. Serius. Aku kurang fokus dengar orang present sebab tak selesa. Tapi aku cuba la bagi sepenuh perhatian! Kena laa, kesian kat diorang dah prepare awal-awal kan :) Kena la adil kat diorg :)

 - 4.15 petang : Balik! yeah! Penat, perlukan rehat sambil buat revision. Restore energy dengan dinner (kadang-kadang lunch + dinner. hehe. Letih sangat nak makan lunch tengahari tu. Terpaksa postpone ke dinner).

The end. 

Hehe. Tak la busy sangat kan. macam ade banyak masa lapang je. :) Busy menunggu je banyak. Tapi kalau pandai guna masa, tak la rasa membazir masa kan :D 


Secara jujurnya, aku tak sabar nak habiskan posting ni ^^ 


Nota untuk hari ini :

Demi masa!
Sesungguhnya manusia dalam kerugian,
Kecuali orang-orang yang percaya, dan membuat kerja-kerja kebaikan,
dan saling berwasiat pada yang benar, dan saling berwasiat untuk bersabar.
(103:1-3)

Gunakan masa yang ada ni sebaiknya. Masa yang pergi takkan kembali lagi :) Jadi, sementara ada peluang untuk belajar di hospital luar negara, kena la gunakan betul-betul! Sebab kita tak tahu sama ada kita akan dapat ke tak pengalaman yang sama di Malaysia nanti.

KENA SEMANGAT!

p/s : rasa macam nak kena sore throat je -.-''