Monday, August 8, 2011

Happy weekend :)

Second last weekend :)

Semalam dan hari ni hari yang best! Jom aku cerita :)

Sabtu

Posting : err. ok je la. tak de la contribute pada yang best tu. Haha. 

Pukul 2 ptg, aku pegi rumah kawan aku untuk tolong dia masak-masak untuk buka puasa. Tau tak ada 3 menu utama : Ikan 3 rasa, ayam percik, sup daging. pergh! Kenyang habis laa :)

Aku suka pergi rumah tu sebab aku dapat rasakan suasana yang sangat best kat situ :) Riuh rendah dengan kerenah masing-masing. Gelak ketawa. Dapat rasa bonding diorang :) Hee :D Seronok la! Sebab tu la aku sanggup pegi awal-awal tolong diorang masak :) Sepatutnya pukul 5.30 tu ada usrah, tapi memandangkan makanan satu pun tak siap lagi, maka usrah pun di tunda selepas maghrib :)

Time buka puasa pulak, kitorang makan ramai-ramai kat lantai. Buat bulatan senget benget. Hehe. Makan ramai-ramai sambil bersembang-sembang :) Best kan bila ada sekali dalam seminggu, ada gathering macam tu :) Rasa macam berada dalam satu family kecil yang jauh diperantauan :) Entah la, tak tau macam mana nak explain apa yang aku rasa semalam :) Hee.

Bila dah habis makan, dah kenyang, semua orang solat isyak dan tarawih sama-sama :) walaupun ruang dalam rumah tu kecik, tapi muat jugak. Tu yang menambahkan kemanisan gathering semalam :) Usrah 1 jam :) Dah kenyang perut, hati pun kena isi jugak kan :D 

Happy sebab aku ada rasa sense of belonging. :) Yela, cam aku belong to a group of 10 people :) Yang setiap minggu gather kalau tak ada halangan, untuk sentiasa ingat mengingat, untuk bersembang-sembang, untk share-share, untuk bergurau senda. dan yang paling penting, untuk menambah kenalan! Makin luas lah network aku kan :) dan yang menambahkan kebestan gathering tu bila ada diselitkan dengan makan sama-sama, walaupun sesimple keropok goreng :D hehe. 

Alhamdulillah :) Bersyukur sebab ada ukhwah yang membina macam ni :)

* Tapinya, kegembiraan aku tercacat sedikit malam tu sebab ada orang komplen benda yang dia salah faham :( Tak pe lah, aku tak rugi apa-apa pun. Cuma aku sedih je bila ada orang kata macam tu tanpa mengetahui hal sebenar. isk isk isk. Aku punya lah berusaha untuk elakkan isu dengan dia pun boleh jadi isu gak -.-'' nak aku invisable pulak ke lepas ni? haha. Tak pe tak rugi :) I have other nice lovely people around me :) Sabar je lah kan :) Buat macam tak ada apa-apa jadi :) Allah kan tak suka kalau kita bermusuh kan :)

Ahad : Kemas kotak

Setelah mismatch banyak kali, aku akhirnya memerlukan 9 kotak sahaja. Ada extra satu kotak :D Dah masukkan barang-barang, nak estimate banyak mana yang aku perlu potong.Tak boleh isi penuh-penuh sebab nanti berat sangat. Siapa lah pulak nak angkat kotak ni nanti. Huhu. Hang Tuah pun pesan supaya balut kotak elok-elok :) Yelah, Hang Tuah kan pernah handle shipping kan :) Ada experience :D

Dan akhirnya tadi, bekalan yang aku bawak balik setiap kali cuti sem dan di tukar! Thank you mama, abah dan izzat :) Wee :D 

$-$
mata bersinar-sinar sebab rasa kaya
*padahal tak la kaya mana pun. haha*

Dan hari ni, aku rasa tenang sangat :) Aku malas nak fikir pasal cerita * kat atas tu. haha. Buang masa je lah.

Oh aku tau kenapa, sebab aku rasa..

BEBAS! TANPA PERLU SOROKKAN PERASAAN DAN EMOSI! AKU DAPAT JADI DIRI SENDIRI! HAHA. SUPER EXCITED PULAK :D

esok jadi separa diri sendiri balik. hoho. tak best.

:D Ok, time to sleep! :) Good night everyone :)

p/s : Kalau rasa helpless, kalau rasa macam telah di betrayed, kalau rasa macam tak menang tangan, kalau rasa sedih, cepat-cepat mengadu kat Allah :) nanti Allah bagi la jalan penyelesaian :) Allah bagi ujian untuk proses diri kita jadi orang yang lebih baik :D Yeay, saya suka!!

No comments:

Post a Comment