Saturday, February 26, 2011

Baru lah aku faham :)

Baru lah aku faham kenapa cuti kami kali ni tak sama :)
Rupa-rupanya, Allah nak tunjukkan satu pengajaran hidup :D
Syukur Alhamdulillah :D

Allah tentukan cuti kami tak selisih langsung supaya kami tak merancang untuk berjumpa
Sebab memang kami tak akan dapat berjumpa cuti kali ni :)

Rupa-rupanya, Allah berikan satu ujian buat Hang Tuah, yang memerlukan dia pulang ke Australia lebih awal, untuk teruskan perjuangannya disana :D
Kalau kami dah merancang untuk berjumpa, mesti akan rasa kecewa sebab apa yg dirancang tak menjadi :)
Semua yang berlaku ada hikmah.
Allah dah aturkan semuanya
Baru lah aku faham :D

ALHAMDULILLAH,
Hang Tuah berjaya mengharungi ujian itu!
Aku gembira sangat-sangat
Bukan aku je, aku rasa semua yg mendoakannya mesti rasa gembira!

Pagi tadi, aku terbangun pukul 4 pagi, hehe cam ada sixth sense pulak
( maknanya pukul 9 pagi di Australia - result keluar!)
Aku check handphone aku, tak lama lepas tu, satu mesej masuk

cam tu kot muka aku lepas baca. haha!

Gembiranya baca mesej tu! hehehe.
Terus aku segar bugar, sambung baca Pharmac
(tak pernah-pernah aku bangun pagi-pagi untuk study :P)
Yela, ujian aku belum selesai lagi waktu tu. hee :D rasa nak nangis pun ada. haha.
Air mata gembira la! Gembira sangat untuknya!
(hee. tak tau mcm mana nk explain)
Aku tak mahu Hang Tuah berduka cita lagi :)
Berbekalkan berita gembira itu, aku teruskan perjuangan aku yang terakhir.
Mudah-mudahan, semuanya berjalan dengan lancar :)

Apa hikmah?
Aku dapat pelajari sesuatu daripada ujian ini.
KEPENTINGAN BERDOA DAN BERUSAHA
kan kan? :)
Allah berikan ujian kepada Hang Tuah, untuk menguji sejauh mana dia boleh harungi ujian ini.
Adakah Hang Tuah akan berputus asa?
Adakah Hang Tuah akan menyerah kalah?
atau adakah Hang Tuah akan mencuba kali kedua?

Aku gembira sangat sebab dia tak pernah menyerah kalah,
malah terus berusaha dan berjuang apabila diberikan peluang kedua ni :D
Bangga dengan awak!
Hang Tuah, mesti awak lagi faham kan subjek tu? hehe ^^
Sambil berusaha, sambil tu berdoa.
Mungkin Allah nak kita berdoa lebih lagi kepadaNYA.
Doa dengan sungguh-sungguh, dengan penuh rasa rendah diri.
Penting sangat-sangat doa tu.
Kita cuma hamba Allah yang lemah dan kerdil.
Allah yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu.
Allah dengar semua permintaan hambaNYA.
Cuma lambat atau cepat je.
Alhamdulillah :D

Thank You Allah for making our dreams come true :)


TAHNIAH HANG TUAH! HAPPY! HEHE. TERUSKAN PERJUANGAN AWK!


p/s : hehe. sushi tambah lagi 10 pinggan. awk belanja kan? :P
nt kite belanja awk aiskrim eh sebagai balasan. (haha)


Saturday, February 19, 2011

The Truth of a Medical Student ^^




----------------------------------------
  • You take forever explaining to people how long you'll be in school for and realize that you'll get a medical doctor title the same time your friend gets a PhD doctor title.

  • You contemplate anything between dropping out and suicide after you finish each exam, even before knowing the results


  • You get depressed and emotional just thinking about how bad a doctor you'll become in a few years


  • You answer every question with. "Hmm (pretending to think for a second), I don't know." And you know the correct answer is, "It depends, sir."


  • You diagnose every single abnormality on yourself / family / friends as a life-threatening condition. You think the tiny hematoma on your finger is a risk for Pulmonary Embolism - this is SO TRUE! HAHA!

  • You watch House and ER and think you can score in exams and get through medical school. Wrong, only Dr. Wikipedia helps - when we want to get quick answers ^^

  • You instantly feel that you want to bang your head against the wall whenever someone says "You're a medical student? You must be very smart then!", because it's an unbearable accusation - yeah 0.0

  • Your friend / cousin zooms in front of you with his brand new car and treats you to lunch with his paycheck and on top of that, talks about property and houses to buy. And you're still struggling to buy a second hand reference books

  • You have exams in a few days and when you try doing practical questions, you don't know what to do with your pen besides underlining the key words in the question - very depressing 0.0


  • You have a peak moment in life when a senior says "good" or "well done"; it's so relieving to know you're not a complete drain on society - yeap! like when Pak Lang interrogated me with medical questions and I could answer them!! :D

  • Yo're completely socially retarded when you hang-out with non-medics as you don't know what to talk about besides your miserable life as a medical student


  • A patient / doctor asks you if you've done the procedure before (eg cannulation, suturing) and you say " Yes", without revealing the fact that the previous patients were plastic models

  • You don't understand why summer vacation is only one month, although summer itself is three months

  • You wash your hands after meals and the toilet using the six-step technique

  • You can't wait for long weekends, so that you can catch up on your readings - Yeap, weekends are very precious ^^

  • You count the days till your next-more-than-two-days-weekend-break, which is at least 4 months away

  • Your eyesight has worsened by 10 pts or more in the last year

  • It doesn't matter how much you study, there is always so much more material to learn - MEDICINE IS A LIFE LEARNING PROCESS!

  • You wonder when you'll have time to get married and start a family - yes :) I always do :) will it be after graduation? or after housemanship? hehe

  • Right before exams, you have a hard time remembering why you want to be a doctor

  • You don't have "backpain"; you have somatic dysfunction on .....

  • Getting a pass is actually pretty darn good - A GREAT RELIEF!

  • You often mumble to yourself " Am I supposed to know that??" as soon as you see or hear about some disease / symptom / sign that you completely have no clue about. Then you blame it on the medical school for not teaching you that
-----------------------

p/s : got these from an article, edited with pictures :D


Sakit..bibir kering :(


Sakit tau bila bibir kering. Nak senyum pagi-pagi pun susah. hee terseksa. kadang-kadang sampai berdarah. nasib baik tak pitam hehe :D sebab pernah sekali tu, bibir aku berdarah sampai aku pitam :P (hehe. mungkin sebab terkejut sebab bangun-bangun nk solat subuh je tengok ade darah. hehe)

Ok, kenapa bibir boleh kering dan pecah? Untuk kes aku ni, sebab perubahan cuaca. Sekarang dah masuk summer semula. Panas terik! Ya Allah, sabar je lah. Berkerut je dahi aku kalau keluar rumah waktu tengahari -.-'' maka oleh itu, aku seboleh-bolehnya tak nak keluar rumah waktu tengahari :D

Ada sebab lain juga, iaitu :
  • Kurang makan buah dan sayur ( -.-'' ok terasa.)
  • Merokok. (ni aku tak pernah buat, hehe)
  • Kurang minum air ( aku rasa aku dah banyak minum air dah, bila botol kosong je terus tambah air, sebelum tidur minum air, bila bangun tidur lepas gosok gigi pun minum air. )
  • Minum kopi atau alkohol (er. tak suka kopi dan tak pernah minum alkohol. DOSA! )
  • Menggunakan kosmetik yang bahan kimianya terlalu keras (hehe, tak pakai kosmetik kat bibir)
  • Ubat gigi yang mengandungi banyak detergen ( aku guna brand Himalaya. macam tak ada detergen tu )
  • Makanan terlalu masam dan masin ( oh! baru tahu, baiklah :) )
  • Stress ( ahaaa! mungkin ni juga salah satu penyumbang! :P sebab sekarang kan musim UNIS. hehe. ceh UNIS, sampai hati buat aku macam ni. )
Jadi, sampai bila nak menanggung kesakitan disebabkan oleh bibir kering? Tak nak tak nak. Tadi aku pun search la kat internet cara-cara nak mencegah serta merawat bibir yang kering :)


  • Minum air 8 gelas sehari (lebih kurang 2 liter sehari. hehe, banyak tu! kene bawak botol air besar mana-mana la ni)
  • Jangan jilat bibir ( ye, selalunya, tindakan refleks seseorang, bila rasa bibir kering je, terus nk basahkan. tapi sebenranya, cara tu salah! nak tahu tak? air liur kan mengandungi enzyme yang membantu untuk menghancurkan makanan, jadi, kesan yang sama akan berlaku pada bibir kita! tidak tidak! kesian bibir kita kan. huhu. ok lepas ni akan cuba untuk tak jilat bibir)
  • Jangan gatal-gatal nak gigit bibir tu (huhu. ok terasa jugak! haha. rimas ada benda kering-kering kat bibir, rasa nak cabut je. lepas tu menyesal, sebab pedih -.-'' )
  • Pakai lipbalm! :)
  • Makan sayur dan buah (baiklah :D)
  • Jauhkan diri dari merokok dan minum alkohol ( semestinya! )
  • Pilih lipstik yang sesuai dan mengandungi pelembap. jangan lupa bersihkan kosmetik di bibir sebelum tidur :D


Have a nice day!

Wednesday, February 16, 2011

teruskan berdoa!

Sabda Rasulullah SAW :

" Tiga jenis doa mustajab yang tidak diragukan keajaibannya adalah doa orang tua untuk anaknya, doa orang musafir dan doa orang yang dizalimi "
( Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

" Doa orang tua untuk anaknya bagaikan doa nabi untuk umatnya "
(Hadis riwayat ad-Dailimi)

Aku terjumpa hadith ni dalam internet tadi :) Sungguh! mustajab sangat doa ibu bapa untuk anak-anak mereka. Alhamdulillah :)

Dah lepas 3 subjek utama, iaitu Pathology, Pharmacology dan Microbiology. Dah 3 paper aku perhatikan, soalan yang keluar tu mesti berkaitan dengan apa yang aku baca last minute sama ada pagi-pagi lepas solat Subuh, ataupun sebelum masuk dewan. hee :) Allah gerakkan hati aku. Syukur :) Ni mesti berkat doa mama, abah dan semua yang sentiasa tak jemu-jemu mendoakan aku, terima kasih banyak-banyak :) Sayang semua banyak-banyak!

Contohnya macam paper Microb tadi. Malam semalam, Ya Allah, memang tak keruan sangat. Risau sangat-sangat! Sebab terlampau banyak benda nk baca :( memang la dah pernah baca sebelum ni tapi aku suka tengok balik nota-nota tu, kata orang, nk refresh kan. dan akan boostkan confidence! Disebabkan banyak sangat topik, jadi aku terpaksa beranikan diri untuk pilih topik yang aku nk baca. huhu. Risau jugak takut topik yang tak baca tu yang keluar. hee. Satu hari tachycardia, nervous gila. rasa nak pakai telekung setiap masa je sbb bila akupakai telekung, aku rasa tenang :) hee. (tp takkan la nk pakai telekung setiap masa kan. hehe :P ) Sampai satu tahap dah tak tahan, nangis sambil baca Microb. wuhuhuhuhuhuhu :'( Nangis senyap-senyap la, tak de orang nampak. teeehee. Sambil study tu pun tak putus-putus berdoa kat Allah supaya mudahkan :(

Masa ni tiba-tiba rasa insaf. Kerdilnya kita sebagai manusia ni. Lemah. Allah yang Maha Berkuasa. Allah yang tentukan segalanya. Kita sebagai hamba kena sentiasa berdoa kepada Allah tanpa berputus asa.

Magicnya, masa aku sedih gila tu la, mama online kat facebook :) ape lagi, terus chat ngn mama, cakap kat mama yang aku risau sangat-sangat. (sambil chat pun nangis-nangis) heee. Mungkin mama risau, mama pun terus bacakan yaasin untuk aku dan nabil yang nak exam jugak hari ni. hee :) Alhamdulillah, tenang sikit lepas tu, berkat doa mama :)

Leganya dah lepas subjek-subjek ngeri tu (err. over sangat ke ayat ni?hee), cuma harapan sekarang, supaya lecturer semua baik hati, nak hadiahkan markah banyak-banyak untuk aku :D hehe. Walaupun sedih la jugak sebab ada yg aku tersilap tulis :( , tapi Alhamdulillah, ada juga yang betul :) macam quote ni cakap "See the glass as half full, not the half empty ". Betul tak? Nk sedih pun tak guna jugak, dah lepas dah, yang penting sekarang, doa banyak-banyak supaya apa yang ditulis kat kertas tu diterima dan lulus dengan jayanya. InsyaAllah :) Semoga Allah permudahkan urusan dan kabulkan doa aku untuk balik Malaysia bulan 8 ni :)

Tiba-tiba takut. huhuhu


Nak doa banyak-banyak lagi lah kat Allah. Nk doa bersungguh-sungguh :)

Ada satu lagi paper teori yang perlu diusahakan : FORENSIC MEDICINE, the subject of the dead people. muehehe :P

BERUNTUNGNYA JADI SEORANG ISLAM, SENTIASA ADA ALLAH :)




Tuesday, February 15, 2011

Ya Allah, permudahkan urusanku...


11 paper
4 dah lepas
tinggal lagi 7
Setiap kali solat, aku doa panjang-panjang kat Allah,

" Mudahkan lah untuk ingat semuanya, terangkan hati, tenangkan hati (ini penting), berikan ilham, bantu ms jwb exam. Tolong lah lembut kan hati lecturer, semoga apa yang aku tulis panjang-panjang dalam kertas jawapan dan apa yang aku hitamkan bulat-bulat dalam kertas OMR betul-betul belaka. Doa dapat markah banyak-banyak supaya saya boleh lulus, dan balik Malaysia bulan 8 ni. Aku nk dekat dengan mereka di Malaysia sangat-sangat.
Aminnnn."

Baiklah! kumpul semangat! ada lagi 7 paper!
Berusaha!
Aku kuat sebab semua yang aku sayang SENTIASA DOAKAN aku :)
Terima kasih sayang-sayang :)

p/s : Ya Allah, permudahkanlah urusan Hang Tuah di sana, dan juga Nabil yg nak mula exam di TKC :) Amin....






Saturday, February 12, 2011

Happy Father's Day!


1) Abah suka sgt dengar sinar.fm. hoho. selalu dlm kereta berebut nak dengar radio mane. hee. kdg2 tu, abah ingt kitorg dah tido, so abah pn tukar la channel radio ke 96.7. haha :) tak pe tak pe, inaz bagi chance :D hari tu dengan rela hatinya inaz pn dengar la sinar.fm. ok ok best jugak lagu die. heee. patut la abah suka. tapi! tetap dgn hot.fm. kan ma kn? :P

2) Abah suka makan masakan mama :) abah jenis yg suka makan kat rumah. dah la mama masak sedap! fuh :D selalu abah plan tak nak tambah (sbb nk cuba kurangkan makan) tapi bila dah start makan, hehe, kene jugak tambah :D

3) Abah la orang yg hantar inaz pergi sekolah waktu kecik2 dulu :) pagi2 sebelum abah pergi kerja :) kdg2 tu abah tak sempat makan breakfast pun sbb dah lambat. hee. kesian kat abah. huhu. ha! dah lama tak naik kereta proton saga warna putih yg bunyi.. isk. BISING tu. haha. KUAT bunyi enjin diee. hee. lame dah tak nampak die :) tukar kereta kelisa masa inaz form 2 :) terima kasih kereta proton saga warna putih yg bnyk berjasa :)

4) Kalau tak faham maths n fizik, abah la org yg inaz akan tny :) abah akan explain sampai la inaz faham. hee. ingt lagi, waktu kat sekolah asrama, weekend waktu tanya soalan. terima kasih abah! :) kalau abah tak tolong inaz dulu, mesti inaz terkial2 nk faham. hee

5) Abah sukaaa ikan :) abah ade ikan sendiri. hehe. name die, jap... ha! MEL. haha. ikan arowana. dah besar dah. :) ikan tu macam guard sbb garang je muka die 24 jam. :P suka makan cacing. erk

6) Aha! ni perkara penting! kalau ada barang rosak, terutamanya barang berharga, abah orang pertama yg kitorg adik beradik bg tau. hee. sbb nye. hehe. abah tak marah :p ingt lagi peristiwa seterika-jatuh-atas-adaptor-laptop. huhu. risau risau risau. bg tau abah, abah cool aje. hee. kurang sikit darjah kerisauan sebanyak 20%. hee!

7) Abah antara org yg sgt sabar mengajar inaz bawak kereta :) selalunya malam2 la. pukul 11 baru start bawak, sbb ms tu jalan dah lengang. dah tak ada banyak kereta. kadang2 tu nampak abah terlelap kejap. hehe. kesian kat abah malam2 kene ajar inaz bawak kereta :) oh. kereta kelisa. inaz dah pernah pecahkan tayar kereta tu satu masa dahulu -.-' sbb.............. terlanggar guard house. huhu! apekah! tp nasib baik la abah tak marah (memang la tak marah, sbb kereta tak remuk. hee!)

8) Abah rajin keluar rumah malam2 semata-mata untuk carikan oyster egg ataupun burger utk kami tiga beradik yg selalu lapar ni. hehe.

9) Yang paling istimewa, abah ialah abah kami :) terima kasih abah sebab sentiasa mendidik kami tiga beradik, keluar bekerja dr pagi sampai lewat petang utk mencari rezeki, 'driver' holiday terhebat dan terkuat! heee :D daaann, sentiasa sayang mama, inaz, izzat dan nabil :)

"Any man can be a Father but it takes someone special to be a dad." -- Anne Geddes

"I cannot think of any need in childhood as strong as the need for a father's protection." -- Sigmund Freud :)

happy father's day abah!

LOVE, budak india ;p
20 JUN 2010

Selamat hari ibu, mama :) sayang mama!


Selamat hari ibu, mama! hari-hari hari ibu :) mama the best bestfriend inaz! :)

mama ingat lagi tak peristiwa 23/4/2002. hee. inaz tertinggal ape eh? sudu garpu ke pencil box? inaz pun confuse. heee. sebenarnya kan ma, inaz saje je nak mama datang sekolah. hehe. budak form 1 yg mengada-ngada. yela, nak jumpa mama. lama sgt nk tgu hari sabtu ahad tu. hee. walaupun mama dan abah penat balik dr pejabat, mama abah dtg jugak kan :) sebab nak melayan budak mengada ni. hee. siap bawak 2 biji burger lagi. satu ayam, satu daging. bestnya! boleh ke inaz buat mcm tu sekarang? tibe2 mama dtg bwk burger kat inaz kat manipal ni. haha. inaz, jgn mengada-ngada (okey2. hehe)

inaz ingat lagi masa inaz sekolah rendah, mama duduk sebelah inaz, tgk inaz belajar hari-hari. masa cuti sekolah akhir tahun darjah tiga, mama siap buat kelas tambahan utk inaz n syairah (walaupun mama banyak kerja). sebab nak ajar sains darjah 4. hee. sebab inaz lompat :) senang la nanti. dah ada basic untuk belajar sains darjah 5. rajin kan mama :)

inaz ingat lagi, satu malam tu, inaz kene practise main recorder. inaz tak reti sgt main. not pun tak hafal. tiup pun tak pandai. bunyi dia pelik! rasa nak nangis je sebab esoknya ada audition untuk masuk persembahan band :) malam tu, mama duduk dengan inaz depan tv, dan mama ajar inaz sebab mama pandai main piano, sampai lewat malam. masa tu mama banyak kerja, tp mama ajar inaz jugak. sebab mama tak nak inaz sedih keesokan harinya, tak nak inaz malu dengan kawan-kawan sbb tak pandai main :) tq mama :) inaz dapat buat persembahan jugak :D

inaz selalu teringat masakan mama :) sebab mama masak sedap sangat! nk tunggu lagi 3 bulan, lama sgt lagi, inaz cuba lah buat sendiri sambil bayangkan bau dan rasa lauk yg inaz rindu tu. walaupun inaz dah buat sama macam mama buat, tapi rasa dia tak sama jugak, ma :) bila inaz tanya mama kenapa tak sama, mama akan cakap : sebab tak de special ingredient dalam tu :) mama's love! hee. setiap kali inaz telefon rumah atau chat dengan mama, mesti inaz akan tanya "mama masak ape hari ni?" hehe. sebab inaz rindu mama masak :) dpt bayangkan pun jadi la. nk rasa mcm inaz makan benda yg sama jugak hari tu :) ( ma, inaz dah turun berat 1kg. haha ) thank u mama masak sedap2 untuk inaz. setiap masa sedap. tak pernah pun sekali tak sedap! hee.

mama lah org paling risau kalau inaz sakit. hee. mama pastikan inaz makan ubat ikut waktu. (yela kalau harapkan inaz buat sendiri, memang tak jalan kot. hehe. nk mama jugak yg suapkan ubat :D ). inaz suka demam kat rumah. sebab! mama akan masakkan SUP AYAM! hehe. sedapppp :D sebelum inaz datang india setahun lepas, mama bawak inaz pergi farmasi beli ubat. banyak sangat! ubat batuk, ubat selsema, ubat sakit perut, ubat demam, dsb. mama kata, nanti senang la inaz kat sana, tak payah susah2 cari ubat. semua dah ada dalam bilik. hee. mama ni :) inaz tau, mama tak nak anak mama sakit. nanti mama risau kan?

mama mula terbuka hati untuk beli hanphone pd tahun 2002. sebab inaz jugak. hehehehe. mama kate, senang la nanti mama nak angkat call. hahaha. yela. inaz selalu sgt telefon mama. 10 kali sehari! (haysyh. budak form 1 mengada-ngada ni!) bgn tidur, balik sekolah, balik prep, sebelum dinner. hihihi. sebab tu la mama KENE JUGAK beli handphone. ha! nak memudahkan kerja, mama beli apron yg ada poket. senang nak letak fon kat situ. senang sikit nak angkat bila inaz call. hehe. mama :)

inaz ingat lagi. mama tolong inaz isi borang utk apply universiti kat australia. setiap borang dia, mesti ada soalan kene jawab. kalau tak soalan, kene tulis essay. huhu. yela, kan apply medic. inaz pun pening2 masa tu. banyak sangat. sampai pagi mama tolong inaz. inaz kesian kat mama sebab mama ngantuk sangat dah. tapi inaz memang buntu masa tu. sape suruh buat last minute! huhu. sampai terlelap mama tunggu inaz siapkan borang tu :) kesian mama. hee. untung inaz dapat mama yg penyabar ni. inaz sayang mama!

mama ada sixth sense ke? sebab mama selalu je tau kalau ade benda tak kena dengan inaz. hee. naluri ibu yang sangat kuat :) naluri mama jugak la yg membantu inaz utk buat keputusan yang tepat, bantu inaz utk betulkan diri inaz :) inaz sentiasa perlukan mama dalam hidup inaz :) terima kasih mama sebab mama sentiasa berada dengan inaz, tak kira waktu susah, waktu senang. semua situasi mama ada :) mama duduk sebelah inaz eh ma! heee

oh mama, mama kene minum susu anlene setiap hari :) kene ma. sebab hari tu, selama 9 bulan, inaz curi sikit calcium dr tulang mama. hehe. so kene ganti balik ma. mama minum eh ma :D

hee. inaz sayang mama sangat-sangat! mama jaga diri mama baik2, jangan risau sangat, mama kene rileks :D hee. inaz ok kat sini ma, berkat doa mama abah dan semua org :) kalau mama penat, mama rehat. izzat ade. suruh je dia buat keje selagi dia ada kat rumah tu. hehe.

mama, terima kasih ma sentiasa doakan inaz :) inaz perlukan doa mama dalam hidup inaz. terima kasih ma selalu buat solat hajat utk inaz terutamanya menjelang peperiksaan. terima kasih ma sebab bacakan yaasin mengiringi inaz setiap kali jawab soalan :) terima kasih mama :) inaz bersyukur Allah kurniakan mama sebagai ibu inaz :)

yang paling penting, TERIMA KASIH MAMA SEBAB SAYANG INAZ SEPENUH HATI MAMA :)

hug hug hug hug hug hug hug hug hug hug hug hug hug hug hug hug hug hug hug.
rindu hug mama :) tak sabar nak hug mama lagi!

love u mama, you are the best mama in the world! mama idola inaz :) satu hari nanti, inaz nak jadi mama macam mama jugak :) hehe

LOVE, inaz
9 MEI 2010

Berubahlah..

*HEHE. dikarang pada 11/4/2009 sebab terlampau GERAM DENGAN LINE INTERNET DAN TELEFON OZ!*

wahai internet,
kenapa awak sanggup buat hal
sampai hati awak mogok
awak tau tak
bila awak buat mcm tu
awak membuatkan saya dan dia tak berupaya untuk chat
saya banyak nak cerita kepada dia
saya dah rancang nak cerita pada dia sabtu malam
tapi...
awak telah hancurkan harapan saya!
saya kecewa dengan awak!
apa salah saya
sedih
kecewa
teman kongsi rahsia saya tak dpt di hubungi seperti sediakala
cuma melalui sistem pesanan ringkas sahaja

internet,
awak tahu tak
walaupun ada sistem pesanan ringkas tu
saya tak dapat nak bercerita panjang
tahu sbb apa?
sebab tak sebest chat!
tahu kenapa tidak best?
sebab tiada ikon comel
ikon pin-pin berwarna kuning yang suka melompat2
ikon itu kegemaran saya!

wahai internet,
cubalah berubah
dan
pesan juga kepada kawan awak bernama 'line telefon aussie'
jangan lah mogok dengan kami
awk tau tak internet?
mesti awk tak
ataupun awk tau?
awk pakat dengn encik line kah?
tadi, line buat hal juga
dia sengaja memutuskan diri sendiri apabila si dia cuba menghubungi saya!
saya kecewa juga dengan line!

sudah lah
saya harap kamu berdua berubah.