Sunday, May 6, 2012

I'm possible

Assalamualaikum!

Hai cantiknya blog pakai baju baru, nama baru, semuanya baru :D setiap benda perlukan perubahan. Perlu berani supaya perubahan yang diimpikan itu dapat dikecapi :)

Selama 8 bulan menyepi, banyak benda dah jadi. Yang baik ada, yang buruk ada. Eh bukan buruk, cuma yang kurang baik *yes, better choice of word*. Sekarang dah masuk 4th year! Alhamdulillah :D Happykan kan :D Nak ke tau result 3rd year? Erk, tak perlulah. Macam tak memberangsangkan pun. Huahua. tapi, tu semua tak mematahkan semangat aku untuk terus berjuang! 


Sejak masuk MBBS ni, kalau dapat 50% pn dah kira bersyukur yang tak terhingga, boleh tarik nafas lega! Wahai kawan-kawan semua, memang bestkan kalau dapat jadi doktor, tapi untuk dapat ijazah tu, fuh, panjaaannggg perjalanannya. Penuh dengan cabaran. Tapi tak bermakna kita tak boleh! KITA BOLEH! Cuma perlu berusaha berkali-kali ganda lagi! Fighting! *kalau orang korea sebut, hwaiting! - Hang Tuah cakap. Kalau salah, sila salahkan dia. haha* 

Tapi aku tak nak la dapat 50% lebih je. Macam tak best pun -_- Aim aku : nak dapat lebih 70% eceh! Tingginya cita-cita. haha. Tak apa, bagi semangat :D Kalau orang lain boleh, aku pun boleh! Kalau mereka boleh faham, kenapa aku tak boleh? Kalau mereka boleh ingat, kenapa aku tak boleh? Kalau mereka sanggup berusaha lebih, kenapa aku tak boleh? Mereka dengan aku sama sahaja, so aku pun boleh!



Balik kolej nanti, study! Since next posting ialah COMMED, maka gunakan masa dengan sebaiknya. Think wisely, dear :)

No comments:

Post a Comment