Sunday, July 31, 2011

Monsoon Manipal.


Nak tak tengok ribut kat Manipal?
:D




Akan rindu Manipal tak?

Adakah aku akan rindu kat Manipal?

:)

Apa perasaan aku nak tinggalkan Manipal ni sebenarnya? Sedih ke? happy ke? Tak ada perasaan ke?

Kejap je kan? Ingat lagi hari tu aku baru je datang sini. Bawa 1 beg Xl, 1 hand luggage, 1 beg laptop, 1 sling bag :) Nak balik ni, banyak kotak ok! hehe. Tu menunjukkan yang aku bawa sesuatu dari Manipal ke Mlaysia. Kira cam tak sia-sia la kerajaan dan rakyat Malaysia semua sponsor aku belajar kat sini :) Kat sini jugak la aku belajar banyak benda tentang kehidupa. Aku belajar untuk menghargai orang, aku belajar menerima sesuatu seadanya :) Nanti lah aku cerita lagi tentang Manipal, iaitu bila aku tamat pengajian di sini! :)

Salah satu benda yang aku akan rindu ialah : AUTO RICKSHAW!

Malam sabtu :)

Satu hari beraktiviti hari ni :) 

Posting
Print-print
Balut kotak
Balut barang dengan plastik
Isi barang dalam kotak
Tunggu turn basuh baju (malam baru dapat. hayh)
Tiup belon untuk Tautan Hati
Hias Rotary Club 

:)

Malam ni nak rehat-rehat je lah :D
Nak tengok House jap lagi. dah lama tak visit dia. hehe

Jom tengok gambar kotak-kotak aku!

Kotak kosong. Baru lipat and selotape dua lapis kat bahagian bawah

Dua kotak je yang baru isi. Hehe. Cam kena susun balik je ni

Barang-barang yang dah pack. Bubuh dalam plastik hitam. Supaya tak basah dan tak tumbuh kulat :)
plus! Nampak lebih kemas. :)

Beg XL aku. dah separuh penuh

Hand luggage aku. haha. 12 biji auto yang penuhkan :P

My room :) yang penuh dengan barang.


-------------------------

p/s : Kadang-kadang, aku tak faham, kenapa ada sesetangah orang, dia suka sangat complain terang-terang pasal orang lain, pasal tak suka orang buat ni lah, buat tu lah, tapi! Dia pun buat benda sama -.-''

Ayyooo!

Semoga kita tak jadi macam orang-orang macam ni ye :) Cakap mesti serupa bikin! 
Jom doa supaya jadi orang baik :)

Sunday, July 24, 2011

Awards Day

200% attendance 
:D

Hehe. 1269 classes attended :)
Alhamdulillah :)

Everything was okay. The food? Boleh lah. Food kat Velly View tak sedap sangat. Memang tak mengharap pun food yang sedap tadi. Haha. Cuma yang buat aku touched bila lecturers buat surprise dengan menyanyi :) Awww. so sweet lah diorang ni :) Sporting sangat! :D

Aku bawak je camera tadi tapi amek gamba dua keping je. haha. Punya lah pemalas nak tangkap gambar :P Tak, sebenarnya, aku tak suka amik gambar waktu dinner lampu malap-malap camtu guna kamera aku. Sebab flash dia terang sangat, so gambar nampak tak cantik. Hoho. So, tunggu jelah gambar dari kamera mahal orang lain :) *sebenarnya tak pro*

Plus, kecewa jugak. 2 keping gambar yang amek guna kamera aku tadi pun tak best :( Gambar aku. Tak puas hati. Tudung tak betul, so nampak tak sopan :( So frust la di situ :( Jangan gambar yang lain pun macam tu dah la ye. Malu laaaaaaa :(

Cuma part yang tak best tadi bila orang datang lambat. Bukan setengah jam je, tapi 1 jam! hayoo, agak tak best la kat situ. Patutnya bila orang suruh datang awal, cuba la sedaya upaya datang awal. Boleh je datang awal, tapi kena pandai plan masa. Isk isk isk. Part tu memang aku tak berapa minat lah :)

Ok, tu je :) Nak tengok gambar aku kat album orang lain. Nak delete gambar dalam kamera aku!

*aku yang kecewa*

Saturday, July 23, 2011

A very long and tiring day, yet so meaningful :)

Hari ni aku start hari aku dengan bangun seawal.......................15 minit dari biasa. Haha :P Hey, tu satu kejayaan yang cemerlang tau. Dengan cuaca yang sejuk yang selalu nak induce aku untuk tarik selimut balik dan cucuk-cucuk supaya ponteng kelas. hehe. ok tak ponteng ok! Kuat! :)

Macam biasa, kelas teori pukul 8 pagi. PALLIATIVE MEDICINE. Dalam subjek ni, kitorang belajar cara-cara nak handle orang yang ada cancer. Semua orang tahu kan bila sebut cancer je semua orang takut, semua orang jadi anxious, semua orang jadi depressed. Ada ke orang yang dapat cancer riang ria boleh senyum-senyum? Jadi, sebagai orang-orang yang berada di samping mereka ni lah yang memainkan peranan penting, terutamanya keluarga :) Keluarga kena sentiasa bagi moral support kat mereka. Dalam subjek ni jugak lah aku belajar untuk memahami perasaan mereka :) Aku suka kelas ni (bukan la sebab tak yah salin nota. haha). Sebab? Aku nak memahami perasaan mereka. perasaan yang tak ada sesiapa yang boleh faham melainkan mereka yang betul-betul nak faham :) hee. Complicated kan?

Setengah jam lepas kelas teori, aku pun naik bas sekolah pergi Dr TMA Pai Hospital, Udupi :) My first day in the OBG department. Posting yang paling aku tunggu-tunggu. Hehe. Mula-mula, kitorg dapat call yang kitorg kene pegi OT. So, semua 6 orang pun lari-lari anak la pegi OT. Dah la kat tingkat 6. tapi punyalah malas nak daki tangga, kitorg tunggu lif. HAHA. Ok, sampai-sampai je, kitorg dapat tau yang cuma 3 orang je yang boleh masuk. -.-

Maka, aku dan 2 orang kawan aku pun turun balik ke ground floor, nak check out Labour Theatre. In case ada delivary dalam masa terdekat. teehee :) Malangnya, TAK ADA. Ada la ibu-ibu yang tengah dalam labour pain. Muka diorang tahan sakit, macam nak tidur tapi tak boleh nyenyak SEBAB SAKIT SANGAT. Ok, tak nak buang masa, kitorg pun decide nak pegi Ultrasound kat OPD. 

11 am. Sepatutnya, semua orang kena berkumpul kat kelas sebab ada lecture. So kitorg pun tunggu tunggu dan tunggu. Tak ada pun sesiapa yang datang. Adeyh. Masa tu aku rasa sakit-sakit badan dah. Ngantuk pun ade. dah siap melunjur dah kat kerusi......suddenly................ 

"Ok korang, Dr Urala suruh pegi OT!" 

Hohoho. Maka kelam kabut la kitorg 3 orang pegi OT. Lif lambat sangat, kitorg panjat tangga, termengah-mengah. Sampai-sampai je, group leader kitorg kata " Hurry up! Dr Urala is waiting for you guys" Haha. Ok buat nervous je :P Lagi la kelam kabut tukar baju OT tu. Sampai terbalik aku pakai baju dia. Nasib baik kawan aku perasan :P

Dan dalam OT, aku dapat tengok Tubectomy!! :D Yang datang semuanya ibu-ibu muda yang dah ada 2 orang anak. Diorang dengan rela hati nak buat tubectomy sebab diorang tau yang diorang tak mampu nak sara anak ramai. So untuk langkah selamat, diorang pun ligate lah fallopian tube diorang :) Jadi, diorang pun tak boleh la nak mengandung lagi :) Tapi procedure ni tak permanent, so diorang boleh la buat lagu satu procedure untuk sambungkan balik tube tu kalau diorang tiba-tiba decide nak anak lagi :)

12.45pm : Tamatlah 4 Tubectomy. Ingatkan dah boleh makan ^^ hehe

"Ok, go to labor theater, i'm going to do medical termination of pregnancy"

"Yes sir!" cepat-cepat la kitorg tukar baju OT, bergegas pegi LT (sampai tertinggal brooch pink kat bilik tukar baju :( ) 

Mula-mula aku steady lagi tengok Dr. buat MTP. Tapi lama-lama aku jadi giddy. Hoho. Aku tak takut tengok darah yang banyak tu, tapi keadaan LT tu yang buat aku lemas. Dah la panas, aku pulak pakai labcoat lengan panjang, dengan lapar, haus, sakit kaki. Sikit je lagi nak pitam. nasib baik laaaa ada bilik kecik tempat aku berehat. Hehe :P Muka aku pucat ^^

Lunch time, 1.30pm : Singgah Big Bazaar untuk beli carrot (sebab nak masak nasi goreng). Tak ada benda yang menarik untuk di makan kat sana -.-'' I need rice! Hoho. Mula terbayangkan briyani Hot Spot, Udupi. Sedap gila ok :D Pastu hehe cam tau tau je, kawan aku ajak makan Hot Spot. Hurraaay! :D Kitorg pun nak auto 3 orang. :D

Sampai je .................. kedai tutup. Hoho. Hampa. Pegi restoran lain pun tutup gak :( Lupa pulak, diorang solat jumaat ^^ hee. Jadi sebagai ganti, aku makan ais krim je :D

3.00pm : Kelas teori. Aku mengantuk gila tadi. Aku asek terlelap je tadi. Huhu. Doktor tu pulak cam perasan je aku mengantuk sebab dia asek pandang aku je -.-'' Sorry doktor, ngatuk gila. Bukan sebab kelas tu tak best, tapi sebab aku letih sangat. dan LAPAR. 45 minit lepas tu, kitorang pegi LT sebab doktor tu nak demo macam mana nak buat clinical examination. Interesting! :) tapi kitorang tak dapat nak buat sebab ibu mengandung tu cam takut-takut, cam nervous gitu. Hehe. Tak pe, takpe :)

4.30pm : 15 minit je demo. Ingat nak balik dah. tiba-tiba diorang cakap ada labor! NORMAL LABOR! Hohoho. terus la kitorang semua masuk dan tengok. Excited sangat tengok! Kesian tengok ibu tu. Macam dah tak larat je nak push. Tapi dia kena push jugak. Lepas push kejap, dia rehat, pastu sambung push. Yang ada kat situ bagi semangat kat dia ialah sister, PG dan doktor. Hoho. Mana husband dia? :( Masa aku nak deliver nanti, aku nak husband aku kat sebelah sepanjang masa, untuk bagi semangat. Wajib! :D *wink wink*

Nampak rambut

Kepala dah keluar

Bahu dah nampak

tak sampai seminit, baby dah keluar

10 saat kemudian, baby tu pun nangis 

:') 

aww.... masa ni memang bergenang la air mata aku. terharu :) baby dah selamat

Tahniah baby! Sebab berjaya bernafas buat kali pertama!! :D

Ibu dia masih penat-penat lagi. Banyak lagi kena buat. nak keluarkan placenta, nak jahit bahagian yang digunting, nak bersihkan darah semua. :) aku tak tunggu sampai habis. Tunggu sampai placenta keluar je :D dapat tengok fresh placenta weh!! :D

Ok, pukul 5 dah :P Sampai-sampai je rumah terus basuh periuk nasi, masak nasi. Sementara tunggu nasi masak, aku solat, blend bahan tumis, potong sayur. Oh ye, lupa nak cakap, aku nak masak nasi goreng. Hehe. ada usrah pukul 7 malam. 

7 malam. baru siap masak. lapar gila! Makan sikit nasi + coleslaw + nugget. Usrahmate dah sampai, baru nak pegi mandi. Hehe. nasib baik aku jenis mandi kejap je ^^ 

Solat maghrib. Usrah 2 jam. 

Towards the end, aku memang dah tak boleh fokus dah. Letih sangat. Belum baring pun lagi hari ni. Dah tak dengar sangat apa yang diorang cakap. Sakit belakang. Banyak kali menguap pulak tu. Hoho. 

Serve makanan :)
Makanan yang kitorang keluarkan habis. hehe
Gembira rasa hati
Hilang sikit penat :D

And pukul 11 ni la baru aku dapat berehat betul-betul sambil tulis kat blog :)

Dalam banyak-banyak hari, hari ni jugak la yang habis kelas lambat, yang dapat tengok banyak procedure, masak-masak, ada usrah :) Orang kata ni la ujian ^^ Tiba-tiba je hari ni jadi hari paling busy!

Alhamdulillah :) Semoga esok lebih baik dari hari ini ^^ 

*sambil dengar lagu Rabbani - Pergi tak kembali*

Thursday, July 21, 2011

Nak jadi budak kecik balik.

Kenapa? 

Sebab tak perlu fikir pasal duit :) 
Semuanya pasal budak kecik murah-murah je :D
Best kan? :)

Yang tau masa tu hanyalah pergi sekolah, 
main-main dengan kawan-kawan, 
tengok TV, 
buat homework
dah la belajar pun yang senang-senang, senang oo nak score A! 
nak dapat no.1 pun senang gak. hehe :D

Tapi takkan la nak stay jadi budak kecik :)
Kalau tak membesar, 
takkan dapat belajar luar negara
takkan dapat mengembara
takkan dapat faham erti hidup
takkan dapat berkenalan dengan Hang Tuah. (hehe. iklan)

Makin membesar ni, makin banyak perbelanjaan
Nak bayar duit hostel lah
Nak beli buku medic yang tebal dan mahal lah (in case ada yang kena beli kat Malaysia)
Nak beli kereta lah (supaya senang ulang alik, nak balik rumah selalu!) tapinya kalau nak beli kereta, kena fikir pasal minyak kereta, touch n go, haha
Nak beli smartphone lah (haha. sekarang ni zaman smartphone)
Nak errr (yang ni tak leh tulis. hehe)

So, pening tak?
Pening lah!
Nak jadi budak kecik balik :)
RM100 pun rasa banyak, tapi sekarang, RM100 rasa tak cukup

Rindu nak jadi inaz yang kecil :)

Semoga segalanya dipermudahkan :)

p/s : cepat, nak balik Malaysia!

Sunday, July 17, 2011

Berkira.

Hari ni terpanggil untuk menulis sesuatu dalam blog ni :) 

Ada seorang kawan, yang bersemangatnya masak telur salut ayam *err, tak tau nama penuh dia apa* tapi untuk makan sendiri la :) sebab tengah cuba-cuba. Nanti kalau tak jadi, malu je. haha. Jadi lepas masak, dia pun basuh la semua perkakas-perkakas yang dia guna : saucepan, sudu, tupperware, chopping board, pisau. Niatnya supaya dapur kembali bersih selepas dia guna. 

Kan kebersihan tu sebahagian daripada iman :)

Tapi malangnya, ada sebatang sudu kecil yang dia tak dapat nak bersihkan sepenuhnya. Kan kadang-kadang kalau kita guna sudu tu untuk gaul tepung, kan tepung tu melekat kat sudu sikit kan? Lagi-lagi kalau tepung tu mengeras kat situ. Ok, si kawan ni pun tumpang la kejap rendam dalam periuk-yang-terendam-bekas-masak-maggi. haha. Complicated nau ayatnya :P 

Lepas je habis makan, kawan ni pun pergi lah dapur nak cuci pinggan. Tiba-tiba dia ternampak, sudu kecik tu dalam saucepan-terendam (saucepan ni kawan tu rendam dulu sebab nak bagi senang basuh). Kawan pun terdiam kejap. 

Eh, bukan aku letak dalam periuk ke? monolog dalaman

Dia cari periuk tu. Oh, periuk tu dah dibasuh. -.-''

Kawan tu pun tergelak. Dia baru sedar.

Haha. Ok, orang yang basuh periuk ni keluarkan sudu dari periuk yang dia nak basuh supaya aku basuh sendiri. Aku tak la mengharap dia basuhkan tapi, er terkedu la jugak.

Sambung gelak lagi. HAHA. Ade jugak ye orang yang macam ni?

-.-'' 
Hmm.
Tak tau nak komen apa.

Apa pengajaran?
:)

Update! :D

Alahai kesiannya blog ni. Dah lama tak update :)
Buang sawang jap. Sapu sampah jap. Lap habuk jap
Tadaaa. Dah bersih balik :D

OK, sekarang aku posting kat wad kanak-kanak :D 
Aku suka pegi wad ibu-baru-lahirkan-anak
Sebab boleh main-main dengan baby :)
Hari pertama agak kekok (yela, dah lama tak de adik kecik -.-)
Lama-lama dah berani angkat :D
Hihi :)

Baby memang makhluk yang comel
Sukaaa
nak baby!
haha. ok. jangan berangan dulu :p

Update apa lagi eh?
Oh, ada satu lagi. hehe tapi tak nak la tulis sini :)
Rahsia.
Nanti bila patut jadi tak rahsia, baru aku bagitau kat sini ye! :)

Best ke posting kat Karkala?
Ok laa :) Best je.
banyak masa lapang (haha)
OPD pun tak busy (ok yang ni macam tak best, sbb tak de kes yang menarik)
Cuma aku letih travel je la. Tiap-tiap kali pergi, mesti aku tidur dalam perjalanan. 
Dizzy oh!

Dalam bas, aku suka duduk tepi tingkap :)
Suka layan perasaan jap, berangan jap :)
Hehe, tiba-tiba dah tertidur
Yang tak bestnya, setiap kali nak naik bas, mesti kena lari
Sebab, nak chop tempat yang best!
Tempat favourite. Huhu.
Penat la asek kena lari-lari-macam-budak-sekolah
Hayh. Driver tu kata isnin ni nak tukar bas lain yang lebih besar
Baik, kita tengok!
Tempe ni bukan boleh percaya sangat kan :)

Hee, ha tu je update buat masa ni :)

p/s : tadi aku survey harga dan masa tiket bas untuk Melaka-KL-Melaka
kena naik bas ke?
Sebenarnya aku takut nak naik bas :( sebab takut orang yang duduk sebelah aku orang yang pelik, orang jahat. hoho. rasa tak selamat. tapi kalau tu je jalan yang ada, aku kena la naik kan?

*turun lah sebuah kereta myvi dari langit*
Haha. berangan lagi
:P