Monday, August 8, 2011

Happy weekend :)

Second last weekend :)

Semalam dan hari ni hari yang best! Jom aku cerita :)

Sabtu

Posting : err. ok je la. tak de la contribute pada yang best tu. Haha. 

Pukul 2 ptg, aku pegi rumah kawan aku untuk tolong dia masak-masak untuk buka puasa. Tau tak ada 3 menu utama : Ikan 3 rasa, ayam percik, sup daging. pergh! Kenyang habis laa :)

Aku suka pergi rumah tu sebab aku dapat rasakan suasana yang sangat best kat situ :) Riuh rendah dengan kerenah masing-masing. Gelak ketawa. Dapat rasa bonding diorang :) Hee :D Seronok la! Sebab tu la aku sanggup pegi awal-awal tolong diorang masak :) Sepatutnya pukul 5.30 tu ada usrah, tapi memandangkan makanan satu pun tak siap lagi, maka usrah pun di tunda selepas maghrib :)

Time buka puasa pulak, kitorang makan ramai-ramai kat lantai. Buat bulatan senget benget. Hehe. Makan ramai-ramai sambil bersembang-sembang :) Best kan bila ada sekali dalam seminggu, ada gathering macam tu :) Rasa macam berada dalam satu family kecil yang jauh diperantauan :) Entah la, tak tau macam mana nak explain apa yang aku rasa semalam :) Hee.

Bila dah habis makan, dah kenyang, semua orang solat isyak dan tarawih sama-sama :) walaupun ruang dalam rumah tu kecik, tapi muat jugak. Tu yang menambahkan kemanisan gathering semalam :) Usrah 1 jam :) Dah kenyang perut, hati pun kena isi jugak kan :D 

Happy sebab aku ada rasa sense of belonging. :) Yela, cam aku belong to a group of 10 people :) Yang setiap minggu gather kalau tak ada halangan, untuk sentiasa ingat mengingat, untuk bersembang-sembang, untk share-share, untuk bergurau senda. dan yang paling penting, untuk menambah kenalan! Makin luas lah network aku kan :) dan yang menambahkan kebestan gathering tu bila ada diselitkan dengan makan sama-sama, walaupun sesimple keropok goreng :D hehe. 

Alhamdulillah :) Bersyukur sebab ada ukhwah yang membina macam ni :)

* Tapinya, kegembiraan aku tercacat sedikit malam tu sebab ada orang komplen benda yang dia salah faham :( Tak pe lah, aku tak rugi apa-apa pun. Cuma aku sedih je bila ada orang kata macam tu tanpa mengetahui hal sebenar. isk isk isk. Aku punya lah berusaha untuk elakkan isu dengan dia pun boleh jadi isu gak -.-'' nak aku invisable pulak ke lepas ni? haha. Tak pe tak rugi :) I have other nice lovely people around me :) Sabar je lah kan :) Buat macam tak ada apa-apa jadi :) Allah kan tak suka kalau kita bermusuh kan :)

Ahad : Kemas kotak

Setelah mismatch banyak kali, aku akhirnya memerlukan 9 kotak sahaja. Ada extra satu kotak :D Dah masukkan barang-barang, nak estimate banyak mana yang aku perlu potong.Tak boleh isi penuh-penuh sebab nanti berat sangat. Siapa lah pulak nak angkat kotak ni nanti. Huhu. Hang Tuah pun pesan supaya balut kotak elok-elok :) Yelah, Hang Tuah kan pernah handle shipping kan :) Ada experience :D

Dan akhirnya tadi, bekalan yang aku bawak balik setiap kali cuti sem dan di tukar! Thank you mama, abah dan izzat :) Wee :D 

$-$
mata bersinar-sinar sebab rasa kaya
*padahal tak la kaya mana pun. haha*

Dan hari ni, aku rasa tenang sangat :) Aku malas nak fikir pasal cerita * kat atas tu. haha. Buang masa je lah.

Oh aku tau kenapa, sebab aku rasa..

BEBAS! TANPA PERLU SOROKKAN PERASAAN DAN EMOSI! AKU DAPAT JADI DIRI SENDIRI! HAHA. SUPER EXCITED PULAK :D

esok jadi separa diri sendiri balik. hoho. tak best.

:D Ok, time to sleep! :) Good night everyone :)

p/s : Kalau rasa helpless, kalau rasa macam telah di betrayed, kalau rasa macam tak menang tangan, kalau rasa sedih, cepat-cepat mengadu kat Allah :) nanti Allah bagi la jalan penyelesaian :) Allah bagi ujian untuk proses diri kita jadi orang yang lebih baik :D Yeay, saya suka!!

Sunday, August 7, 2011

Common sense.

Sedih kan bila orang tak tau hal sebenar pastu main tuduh-tuduh je orang lain ?
Aku yang dipersalahkan sebab aku buat sesuatu yang aku selalu buat.
Padahal, apa yang aku selalu buat tu berlaku setelah perkara yang dijadikan isu itu telah menjadi tidak baik untuk digunakan lagi.
Jadi, aku juga yang dipersalahkan?
Sedih sedih
:(

Sabar inaz, sabar. 13 hari lagi je nak keluar dari Manipal. hee. Kejap je lagi. Kejap je.

Thursday, August 4, 2011

Karkala lagi sekali.

First day OBG Karkala.

Cuba bayangkan. Hanya 30 minit kelas waktu pagi, dan 30 minit kelas waktu petang -.-''

Pergi balik Karkala pun dah 80 minit! Aaaaaa. Lagi lama dari belajar kat sana. Tekanan perasaan jap.

Mungkin sebab ni hari pertama kot. sebab tu lah macam free semacam je. lagipun tadi, ada sorang je specialist. Dan dia BUSY. hee. Takpe, kita tengok esok macam mana :)

Penat travel pg karkala. Masa otw pegi sana, jalan cam teruk la pulak. Hoho. dah la duduk kat kerusi yang aircond dia kuat gila! wuhuhu. Aku cuba tido tapi tak berjaya. Tido-tido ayam je laaaa....Mungkin sebab dah segar sangat kot tadi. heheh :D

:D

Wokeh! Dah siap masak sup ayam untuk sahur :) Aku decide nak buat sup ayam sebab sedap ooo makan sup panas-panas masa musim monsoon cam ni :D Nikmatnyaa! Dengan bawang goreng lagi. Pergh! :D Semangat nak bangun sahur esok! Yippie :D

Ok, jom tido! :) Good night sayang :)



Wednesday, August 3, 2011

Kenapa dalam hidup kita banyak konflik

Ni petikan dari satu artikel (http://www.iluvislam.com/tazkirah/dakwah/3102-allah-ajarkan-tentang-konflik.html) yang menenangkan jiwa aku yang sedang berkonflik :) 


"Kerana Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang maka kita semua akan diproses dengan berbagai-bagai konflik dalam kehidupan untuk membentuk kita menjadi insan yang hebat, yang sabar, yang jujur, yang kuat, yang bersemangat dan sebagainya.
Dalam kehidupan ini kita akan berhadapan dengan berbagai sikap dan personaliti manusia yang berbeza. Ada personaliti yang membuatkan kita benci sesama kita. Contohnya, ramai kita yang sering berhadapan dengan orang-orang yang kita rasa 'sukar' atau kita term-kan sebagai 'difficult people'. Samada orang yang pemarah, orang yang kedekut, orang yang sombong dan sebagainya. Cuba bayangkan orang itu, saya akan membayangkan salah seorang bos saya yang sangat menyusahkan saya kerana saya merasakan dia seorang yang'perfectionist' dan saya terpaksa mengubah kertas kerja saya hampir lebih 10 - 15 kali!
Sebenarnya Allah ingin memproses kita melalui orang-orang ini, seperti perenang hebat tadi. Bila kita berhadapan dengan orang yang cepat marah, kita sedang diproses untuk menjadi orang yang sabar, bila kita berhadapan dengan orang yang 'perfectionist', kita sedang diproses untuk memberikan hasil kerja yang berkualiti dan sebagainya. Bayangkan kalau orang-orang ini tidak ada di dunia ini? Semua orang baik, bagaimana kita akan diproses? Pasti kita tidak jadi diri kita sekarang bukan?
Nah, mulai sekarang berbahagialah dengan apa saja konflik yang kita hadapi dan senyumlah dalam hati apabila bertemu dengan orang-orang yang berbagai sikap dan personaliti dan katakan di dalam hati, aku sedang diproses. Semoga kita jadi manusia hebat, insya-Allah.
Hanya Allah Yang Maha Mengetahui..."

Bak kata Hang Tuah, aku kena belajar untuk melupakan apa yang orang pernah buat kat aku. Jangan dok pikir-pikir kan lagi. Hee. Buat tak tau je dengan orang tu. Lagi kita fikir, lagi kita yang sakit hati kan? Pastu mula la konflik dalam hati. Sesungguhnya, konflik dalam hati tu sangat la menyeksa diri! Rasa macam nak sembunyi je kat taman bunga. Pernah tak rasa macam tu? Nak tengok muka orang tu pun tak boleh, nak dengar suara dia pun tak boleh. Haha. Lagi-lagi kalau orang tu memang berada dalam komuniti kecil yang hari-hari kita jumpa. Memang tak boleh elak lah kan.
Dah dapat dah penyelesaiannya :) Bila baca artikel tu, hati jadi tenang kembali. Rupa-rupanya, Allah nak proses aku jadi orang yang lebih baik! :) Think positive :) Buat dek je...............

Monday, August 1, 2011

Sedih :(

Aku baru realize yang aku hanya ada 20 hari sahaja lagi di Manipal :(


20 sahaja.
Tak sampai sebulan pun.
Akan cepat je masa berlalu
5 hari posting berlalu cam kilat je nanti
Tiba-tiba dah weekend

:(
Aku akan datang sini balik ke?
Aku pun tak sure.
Bila lagi nak dapat peluang ni?


Kuning - happy sebab nak jumpa family
Hijau - Err, nape muka cam tu eh? sebab nervous nak mula clinicals kat Melaka
Merah - Sad..sebab nak tinggal kan Manipal

Ye, walaupun kadang-kadang tempe buat aku marah dan sakit hati, tapi banyak kenangan aku di sini 

Checklist tentang apa yang aku nak buat dalam masa 20 hari :
- tangkap gambar banyak-banyak 
- video otw pegi hospital. *hehe* Udupi je la kot. Karkala cam lama sangat je. Aku nak tido :P
- Nak tengok Manipal puas-puas
- Nak naik auto puas-puas
- Amek gambar dengan lecturer *mentor esp*

Ok, ni je yang aku dapat fikirkan setakat ni :)
Moga-moga aku dapat manfaatkan saki baki 20 hari aku di sini!

Selamat menyambut Ramadhan semua!
Semoga kita sentiasa mendapat berkat dari Allah :)

20 hari lagi.

Hari ni ahad ketiga terakhir kat Manipal. HAHA. Nak jugak buat ayat touching kat sini. Ceh! :P Ok, tadi ada tautan hati :) yang merupakan program senior muslimah anjurkan untuk junior muslimah kat sini. Memang sangat best lah aktiviti tadi! Walaupun aku tak join sangat, aku tetap rasa best! Tengok diorang berlari, bergelak ketawa :) Seronok rasa bila junior gembira :D makanan pun sedap woo! Paling suka karipap tu. Fuh! Rasa nak makan banyak-banyak. Kulit dia lembut, isi dia padat. :D Aku jarang suka karipap tapi karipap tadi memang membuka selera aku :)

nak gak cakap ayat ni : TAUTAN HATI PALING BEST SEPANJANG AKU ADA KAT SINI :D

Malam ni bermulanya 1 Ramadhan :) Pijar tangan aku ni sebab tadi aku buat sardin untuk sahur :D Oh kenapa pijar? Sebab tadi aku gunting cili dan rebus dia -.-'' Rasa nak garu-garu je kulit tangan ni aaaaaaa. Ok ok berbalik kepada sahur. hehe *tersasar pulak* Sahur mesti makan sedap-sedap. Perlukan tenaga untuk posting siang tu. Kalau tak sahur nanti pengsan pulak. Cam tak biasa kan Inaz? Hehe. *budak senang nak pitam. haysh. bila nak berubah entah* 

Ok, nak tidur lah :D supaya boleh bangun awal esok!

p/s : Yeay! Ada turn untuk masak untuk sahur :) 

---------------------------------------

20 hari lagi untuk :
- Capture as many moments as i can here :)
- Tinggalkan Manipal
- Naik MAS
- Transit kat 3 airport India buat kali terakhir *sob sob*
- Jumpa 5249
- Menghirup udara Malaysia
- Beli Galaxy S2? ha ha ha ha

Sunday, July 31, 2011

Monsoon Manipal.


Nak tak tengok ribut kat Manipal?
:D




Akan rindu Manipal tak?

Adakah aku akan rindu kat Manipal?

:)

Apa perasaan aku nak tinggalkan Manipal ni sebenarnya? Sedih ke? happy ke? Tak ada perasaan ke?

Kejap je kan? Ingat lagi hari tu aku baru je datang sini. Bawa 1 beg Xl, 1 hand luggage, 1 beg laptop, 1 sling bag :) Nak balik ni, banyak kotak ok! hehe. Tu menunjukkan yang aku bawa sesuatu dari Manipal ke Mlaysia. Kira cam tak sia-sia la kerajaan dan rakyat Malaysia semua sponsor aku belajar kat sini :) Kat sini jugak la aku belajar banyak benda tentang kehidupa. Aku belajar untuk menghargai orang, aku belajar menerima sesuatu seadanya :) Nanti lah aku cerita lagi tentang Manipal, iaitu bila aku tamat pengajian di sini! :)

Salah satu benda yang aku akan rindu ialah : AUTO RICKSHAW!

Malam sabtu :)

Satu hari beraktiviti hari ni :) 

Posting
Print-print
Balut kotak
Balut barang dengan plastik
Isi barang dalam kotak
Tunggu turn basuh baju (malam baru dapat. hayh)
Tiup belon untuk Tautan Hati
Hias Rotary Club 

:)

Malam ni nak rehat-rehat je lah :D
Nak tengok House jap lagi. dah lama tak visit dia. hehe

Jom tengok gambar kotak-kotak aku!

Kotak kosong. Baru lipat and selotape dua lapis kat bahagian bawah

Dua kotak je yang baru isi. Hehe. Cam kena susun balik je ni

Barang-barang yang dah pack. Bubuh dalam plastik hitam. Supaya tak basah dan tak tumbuh kulat :)
plus! Nampak lebih kemas. :)

Beg XL aku. dah separuh penuh

Hand luggage aku. haha. 12 biji auto yang penuhkan :P

My room :) yang penuh dengan barang.


-------------------------

p/s : Kadang-kadang, aku tak faham, kenapa ada sesetangah orang, dia suka sangat complain terang-terang pasal orang lain, pasal tak suka orang buat ni lah, buat tu lah, tapi! Dia pun buat benda sama -.-''

Ayyooo!

Semoga kita tak jadi macam orang-orang macam ni ye :) Cakap mesti serupa bikin! 
Jom doa supaya jadi orang baik :)

Sunday, July 24, 2011

Awards Day

200% attendance 
:D

Hehe. 1269 classes attended :)
Alhamdulillah :)

Everything was okay. The food? Boleh lah. Food kat Velly View tak sedap sangat. Memang tak mengharap pun food yang sedap tadi. Haha. Cuma yang buat aku touched bila lecturers buat surprise dengan menyanyi :) Awww. so sweet lah diorang ni :) Sporting sangat! :D

Aku bawak je camera tadi tapi amek gamba dua keping je. haha. Punya lah pemalas nak tangkap gambar :P Tak, sebenarnya, aku tak suka amik gambar waktu dinner lampu malap-malap camtu guna kamera aku. Sebab flash dia terang sangat, so gambar nampak tak cantik. Hoho. So, tunggu jelah gambar dari kamera mahal orang lain :) *sebenarnya tak pro*

Plus, kecewa jugak. 2 keping gambar yang amek guna kamera aku tadi pun tak best :( Gambar aku. Tak puas hati. Tudung tak betul, so nampak tak sopan :( So frust la di situ :( Jangan gambar yang lain pun macam tu dah la ye. Malu laaaaaaa :(

Cuma part yang tak best tadi bila orang datang lambat. Bukan setengah jam je, tapi 1 jam! hayoo, agak tak best la kat situ. Patutnya bila orang suruh datang awal, cuba la sedaya upaya datang awal. Boleh je datang awal, tapi kena pandai plan masa. Isk isk isk. Part tu memang aku tak berapa minat lah :)

Ok, tu je :) Nak tengok gambar aku kat album orang lain. Nak delete gambar dalam kamera aku!

*aku yang kecewa*

Saturday, July 23, 2011

A very long and tiring day, yet so meaningful :)

Hari ni aku start hari aku dengan bangun seawal.......................15 minit dari biasa. Haha :P Hey, tu satu kejayaan yang cemerlang tau. Dengan cuaca yang sejuk yang selalu nak induce aku untuk tarik selimut balik dan cucuk-cucuk supaya ponteng kelas. hehe. ok tak ponteng ok! Kuat! :)

Macam biasa, kelas teori pukul 8 pagi. PALLIATIVE MEDICINE. Dalam subjek ni, kitorang belajar cara-cara nak handle orang yang ada cancer. Semua orang tahu kan bila sebut cancer je semua orang takut, semua orang jadi anxious, semua orang jadi depressed. Ada ke orang yang dapat cancer riang ria boleh senyum-senyum? Jadi, sebagai orang-orang yang berada di samping mereka ni lah yang memainkan peranan penting, terutamanya keluarga :) Keluarga kena sentiasa bagi moral support kat mereka. Dalam subjek ni jugak lah aku belajar untuk memahami perasaan mereka :) Aku suka kelas ni (bukan la sebab tak yah salin nota. haha). Sebab? Aku nak memahami perasaan mereka. perasaan yang tak ada sesiapa yang boleh faham melainkan mereka yang betul-betul nak faham :) hee. Complicated kan?

Setengah jam lepas kelas teori, aku pun naik bas sekolah pergi Dr TMA Pai Hospital, Udupi :) My first day in the OBG department. Posting yang paling aku tunggu-tunggu. Hehe. Mula-mula, kitorg dapat call yang kitorg kene pegi OT. So, semua 6 orang pun lari-lari anak la pegi OT. Dah la kat tingkat 6. tapi punyalah malas nak daki tangga, kitorg tunggu lif. HAHA. Ok, sampai-sampai je, kitorg dapat tau yang cuma 3 orang je yang boleh masuk. -.-

Maka, aku dan 2 orang kawan aku pun turun balik ke ground floor, nak check out Labour Theatre. In case ada delivary dalam masa terdekat. teehee :) Malangnya, TAK ADA. Ada la ibu-ibu yang tengah dalam labour pain. Muka diorang tahan sakit, macam nak tidur tapi tak boleh nyenyak SEBAB SAKIT SANGAT. Ok, tak nak buang masa, kitorg pun decide nak pegi Ultrasound kat OPD. 

11 am. Sepatutnya, semua orang kena berkumpul kat kelas sebab ada lecture. So kitorg pun tunggu tunggu dan tunggu. Tak ada pun sesiapa yang datang. Adeyh. Masa tu aku rasa sakit-sakit badan dah. Ngantuk pun ade. dah siap melunjur dah kat kerusi......suddenly................ 

"Ok korang, Dr Urala suruh pegi OT!" 

Hohoho. Maka kelam kabut la kitorg 3 orang pegi OT. Lif lambat sangat, kitorg panjat tangga, termengah-mengah. Sampai-sampai je, group leader kitorg kata " Hurry up! Dr Urala is waiting for you guys" Haha. Ok buat nervous je :P Lagi la kelam kabut tukar baju OT tu. Sampai terbalik aku pakai baju dia. Nasib baik kawan aku perasan :P

Dan dalam OT, aku dapat tengok Tubectomy!! :D Yang datang semuanya ibu-ibu muda yang dah ada 2 orang anak. Diorang dengan rela hati nak buat tubectomy sebab diorang tau yang diorang tak mampu nak sara anak ramai. So untuk langkah selamat, diorang pun ligate lah fallopian tube diorang :) Jadi, diorang pun tak boleh la nak mengandung lagi :) Tapi procedure ni tak permanent, so diorang boleh la buat lagu satu procedure untuk sambungkan balik tube tu kalau diorang tiba-tiba decide nak anak lagi :)

12.45pm : Tamatlah 4 Tubectomy. Ingatkan dah boleh makan ^^ hehe

"Ok, go to labor theater, i'm going to do medical termination of pregnancy"

"Yes sir!" cepat-cepat la kitorg tukar baju OT, bergegas pegi LT (sampai tertinggal brooch pink kat bilik tukar baju :( ) 

Mula-mula aku steady lagi tengok Dr. buat MTP. Tapi lama-lama aku jadi giddy. Hoho. Aku tak takut tengok darah yang banyak tu, tapi keadaan LT tu yang buat aku lemas. Dah la panas, aku pulak pakai labcoat lengan panjang, dengan lapar, haus, sakit kaki. Sikit je lagi nak pitam. nasib baik laaaa ada bilik kecik tempat aku berehat. Hehe :P Muka aku pucat ^^

Lunch time, 1.30pm : Singgah Big Bazaar untuk beli carrot (sebab nak masak nasi goreng). Tak ada benda yang menarik untuk di makan kat sana -.-'' I need rice! Hoho. Mula terbayangkan briyani Hot Spot, Udupi. Sedap gila ok :D Pastu hehe cam tau tau je, kawan aku ajak makan Hot Spot. Hurraaay! :D Kitorg pun nak auto 3 orang. :D

Sampai je .................. kedai tutup. Hoho. Hampa. Pegi restoran lain pun tutup gak :( Lupa pulak, diorang solat jumaat ^^ hee. Jadi sebagai ganti, aku makan ais krim je :D

3.00pm : Kelas teori. Aku mengantuk gila tadi. Aku asek terlelap je tadi. Huhu. Doktor tu pulak cam perasan je aku mengantuk sebab dia asek pandang aku je -.-'' Sorry doktor, ngatuk gila. Bukan sebab kelas tu tak best, tapi sebab aku letih sangat. dan LAPAR. 45 minit lepas tu, kitorang pegi LT sebab doktor tu nak demo macam mana nak buat clinical examination. Interesting! :) tapi kitorang tak dapat nak buat sebab ibu mengandung tu cam takut-takut, cam nervous gitu. Hehe. Tak pe, takpe :)

4.30pm : 15 minit je demo. Ingat nak balik dah. tiba-tiba diorang cakap ada labor! NORMAL LABOR! Hohoho. terus la kitorang semua masuk dan tengok. Excited sangat tengok! Kesian tengok ibu tu. Macam dah tak larat je nak push. Tapi dia kena push jugak. Lepas push kejap, dia rehat, pastu sambung push. Yang ada kat situ bagi semangat kat dia ialah sister, PG dan doktor. Hoho. Mana husband dia? :( Masa aku nak deliver nanti, aku nak husband aku kat sebelah sepanjang masa, untuk bagi semangat. Wajib! :D *wink wink*

Nampak rambut

Kepala dah keluar

Bahu dah nampak

tak sampai seminit, baby dah keluar

10 saat kemudian, baby tu pun nangis 

:') 

aww.... masa ni memang bergenang la air mata aku. terharu :) baby dah selamat

Tahniah baby! Sebab berjaya bernafas buat kali pertama!! :D

Ibu dia masih penat-penat lagi. Banyak lagi kena buat. nak keluarkan placenta, nak jahit bahagian yang digunting, nak bersihkan darah semua. :) aku tak tunggu sampai habis. Tunggu sampai placenta keluar je :D dapat tengok fresh placenta weh!! :D

Ok, pukul 5 dah :P Sampai-sampai je rumah terus basuh periuk nasi, masak nasi. Sementara tunggu nasi masak, aku solat, blend bahan tumis, potong sayur. Oh ye, lupa nak cakap, aku nak masak nasi goreng. Hehe. ada usrah pukul 7 malam. 

7 malam. baru siap masak. lapar gila! Makan sikit nasi + coleslaw + nugget. Usrahmate dah sampai, baru nak pegi mandi. Hehe. nasib baik aku jenis mandi kejap je ^^ 

Solat maghrib. Usrah 2 jam. 

Towards the end, aku memang dah tak boleh fokus dah. Letih sangat. Belum baring pun lagi hari ni. Dah tak dengar sangat apa yang diorang cakap. Sakit belakang. Banyak kali menguap pulak tu. Hoho. 

Serve makanan :)
Makanan yang kitorang keluarkan habis. hehe
Gembira rasa hati
Hilang sikit penat :D

And pukul 11 ni la baru aku dapat berehat betul-betul sambil tulis kat blog :)

Dalam banyak-banyak hari, hari ni jugak la yang habis kelas lambat, yang dapat tengok banyak procedure, masak-masak, ada usrah :) Orang kata ni la ujian ^^ Tiba-tiba je hari ni jadi hari paling busy!

Alhamdulillah :) Semoga esok lebih baik dari hari ini ^^ 

*sambil dengar lagu Rabbani - Pergi tak kembali*

Thursday, July 21, 2011

Nak jadi budak kecik balik.

Kenapa? 

Sebab tak perlu fikir pasal duit :) 
Semuanya pasal budak kecik murah-murah je :D
Best kan? :)

Yang tau masa tu hanyalah pergi sekolah, 
main-main dengan kawan-kawan, 
tengok TV, 
buat homework
dah la belajar pun yang senang-senang, senang oo nak score A! 
nak dapat no.1 pun senang gak. hehe :D

Tapi takkan la nak stay jadi budak kecik :)
Kalau tak membesar, 
takkan dapat belajar luar negara
takkan dapat mengembara
takkan dapat faham erti hidup
takkan dapat berkenalan dengan Hang Tuah. (hehe. iklan)

Makin membesar ni, makin banyak perbelanjaan
Nak bayar duit hostel lah
Nak beli buku medic yang tebal dan mahal lah (in case ada yang kena beli kat Malaysia)
Nak beli kereta lah (supaya senang ulang alik, nak balik rumah selalu!) tapinya kalau nak beli kereta, kena fikir pasal minyak kereta, touch n go, haha
Nak beli smartphone lah (haha. sekarang ni zaman smartphone)
Nak errr (yang ni tak leh tulis. hehe)

So, pening tak?
Pening lah!
Nak jadi budak kecik balik :)
RM100 pun rasa banyak, tapi sekarang, RM100 rasa tak cukup

Rindu nak jadi inaz yang kecil :)

Semoga segalanya dipermudahkan :)

p/s : cepat, nak balik Malaysia!

Sunday, July 17, 2011

Berkira.

Hari ni terpanggil untuk menulis sesuatu dalam blog ni :) 

Ada seorang kawan, yang bersemangatnya masak telur salut ayam *err, tak tau nama penuh dia apa* tapi untuk makan sendiri la :) sebab tengah cuba-cuba. Nanti kalau tak jadi, malu je. haha. Jadi lepas masak, dia pun basuh la semua perkakas-perkakas yang dia guna : saucepan, sudu, tupperware, chopping board, pisau. Niatnya supaya dapur kembali bersih selepas dia guna. 

Kan kebersihan tu sebahagian daripada iman :)

Tapi malangnya, ada sebatang sudu kecil yang dia tak dapat nak bersihkan sepenuhnya. Kan kadang-kadang kalau kita guna sudu tu untuk gaul tepung, kan tepung tu melekat kat sudu sikit kan? Lagi-lagi kalau tepung tu mengeras kat situ. Ok, si kawan ni pun tumpang la kejap rendam dalam periuk-yang-terendam-bekas-masak-maggi. haha. Complicated nau ayatnya :P 

Lepas je habis makan, kawan ni pun pergi lah dapur nak cuci pinggan. Tiba-tiba dia ternampak, sudu kecik tu dalam saucepan-terendam (saucepan ni kawan tu rendam dulu sebab nak bagi senang basuh). Kawan pun terdiam kejap. 

Eh, bukan aku letak dalam periuk ke? monolog dalaman

Dia cari periuk tu. Oh, periuk tu dah dibasuh. -.-''

Kawan tu pun tergelak. Dia baru sedar.

Haha. Ok, orang yang basuh periuk ni keluarkan sudu dari periuk yang dia nak basuh supaya aku basuh sendiri. Aku tak la mengharap dia basuhkan tapi, er terkedu la jugak.

Sambung gelak lagi. HAHA. Ade jugak ye orang yang macam ni?

-.-'' 
Hmm.
Tak tau nak komen apa.

Apa pengajaran?
:)

Update! :D

Alahai kesiannya blog ni. Dah lama tak update :)
Buang sawang jap. Sapu sampah jap. Lap habuk jap
Tadaaa. Dah bersih balik :D

OK, sekarang aku posting kat wad kanak-kanak :D 
Aku suka pegi wad ibu-baru-lahirkan-anak
Sebab boleh main-main dengan baby :)
Hari pertama agak kekok (yela, dah lama tak de adik kecik -.-)
Lama-lama dah berani angkat :D
Hihi :)

Baby memang makhluk yang comel
Sukaaa
nak baby!
haha. ok. jangan berangan dulu :p

Update apa lagi eh?
Oh, ada satu lagi. hehe tapi tak nak la tulis sini :)
Rahsia.
Nanti bila patut jadi tak rahsia, baru aku bagitau kat sini ye! :)

Best ke posting kat Karkala?
Ok laa :) Best je.
banyak masa lapang (haha)
OPD pun tak busy (ok yang ni macam tak best, sbb tak de kes yang menarik)
Cuma aku letih travel je la. Tiap-tiap kali pergi, mesti aku tidur dalam perjalanan. 
Dizzy oh!

Dalam bas, aku suka duduk tepi tingkap :)
Suka layan perasaan jap, berangan jap :)
Hehe, tiba-tiba dah tertidur
Yang tak bestnya, setiap kali nak naik bas, mesti kena lari
Sebab, nak chop tempat yang best!
Tempat favourite. Huhu.
Penat la asek kena lari-lari-macam-budak-sekolah
Hayh. Driver tu kata isnin ni nak tukar bas lain yang lebih besar
Baik, kita tengok!
Tempe ni bukan boleh percaya sangat kan :)

Hee, ha tu je update buat masa ni :)

p/s : tadi aku survey harga dan masa tiket bas untuk Melaka-KL-Melaka
kena naik bas ke?
Sebenarnya aku takut nak naik bas :( sebab takut orang yang duduk sebelah aku orang yang pelik, orang jahat. hoho. rasa tak selamat. tapi kalau tu je jalan yang ada, aku kena la naik kan?

*turun lah sebuah kereta myvi dari langit*
Haha. berangan lagi
:P

Sunday, June 26, 2011

turun cepat!

awak,
cepat tau turun harga
:D

hehe
kita dah jatuh cinta dengan awak ni.
hahaha


Wednesday, June 22, 2011

Pillow Talk :)

Walaupun terpisah beribu batu, still boleh buat pillow talk dengan mama :)
Thanks to internet and Facebook!

------------- 

“Never take someone for granted, hold every person close to your
 heart because you might wake up one day and realize that you have 
lost true diamond while you were too busy collecting stones“.


Every once in a while we all are taken for granted. We might not 
notice and we might not care, especially when it is done by people 
close to us. But when it happens on a regular basis it hurts badly

(Mama, 2011)

-------------



Quoted from an article :

How to know that you are taken for granted?
  • You always are there to offer your help, yet when last time you were the one in need everyone you called up was busy.
  • Your friends won’t return any favor
  • You listen to people’s problems but people rarely listen to yours.
  • Your efforts don’t get even a simple thanks
  • No matter how much you contribute people always want you to do more.
  • You feel not cared enough for, not loved enough, ignored, neglected
  • People assume you will always be there and each time you are not is taken as a personal offense.
  • You notice that people forget to tell you things that matter.
  • People don’t care what you do unless they need you to do something for them
You said YES to more than 3 points in the list? That’s a warning sign. Maybe you should think about making yourself noticed and listened to.
--------------
Ya Allah, lindungilah aku dari sifat-sifat yang akan melukakan hati orang lain
Ya Allah, permudahkanlah aku untuk menggembirakan hati orang di sekeliling aku
Amin
:)

Tuesday, June 21, 2011

Words of Wisdom from Productive Muslim

Thank you for posting these reminders :)


Life Is A Gift

Today before you think of saying an unkind word–
think of someone who can’t speak.

Before you complain about the taste of your food–
think of someone who has nothing to eat.

Before you complain about your husband or wife–
think of someone who is crying out to God for a companion.

Today before you complain about life–
think of someone who went too early to heaven.

Before you complain about your children–
think of someone who desires children but they’re barren.

Before you argue about your dirty house, someone didn’t clean or sweep–
think of the people who are living in the streets.

Before whining about the distance you drive–
think of someone who walks the same distance with their feet.

And when you are tired and complain about your job–
think of the unemployed, the disabled and those who wished they had your job.

But before you think of pointing the finger or condemning another–
remember that not one of us are without sin and we all answer to one maker.

And when depressing thoughts seem to get you down–
put a smile on your face and thank God you’re alive and still around.

Life is a gift – Live it, Enjoy it, Celebrate it, and Fulfill it.



Take Control



Nobody trips over mountains....its the small pebble that causes you to stumble.....pass all the pebbles in your path and you will find you have crossed the mountain!!!

Obstacles will always be there....but they cant stop someone who is determined to achieve!!!


Risk


To laugh is to risk appearing the fool.
To weep is to risk appearing sentimental.
To reach out is to risk involvement,
To expose feelings is to risk exposing your true self.
To place your ideas and dreams before a crowd is to risk their loss.
To love is to risk not being loved in return,
To live is to risk dying,
To hope is to risk despair,
To try is to risk failure.

But risks must be taken because the greatest hazard in life is to risk nothing.

The person who risks nothing, does nothing, has nothing, is nothing.



I-love-these-quotes


To speak ill of others is a dishonest way of praising ourselves
When we give others a "Piece of our mind," we have no "peace of mind" left
- People will forget what you said, and people will forget what you did, but people will never forget how you   made them feel.
- Success in marriage does not come merely through finding the right mate, but through being the right mate.
“A little lamp can do which the big sun can’t do ,
   it gives light at night.
   No one is superior by size, But by purpose”

Speak only when you think your words are better than your silence.
The goal in marriage is not to think alike, but to think together
"It is a matter of shame that in the morning the birds is awake earlier than you" Abu Bakr (RA)

I will keep on adding :)

Alasan.

"If you really want to do it, you do it. There are no excuses."

Hobi aku bila aku perlukan motivasi ialah : google :D So, perkataan yang aku google hari ni ialah excuses. Kenapa aku nak cari pasal perkataan ni? Hehe. Banyak sebab :) Sedar tak sedar setiap hari dalam kehidupan kita, mesti ada punyalah satu detik yang kita bagi excuse kat orang lain. Sekali sekala boleh la, kalau selalu sangat macam errr tak best je kan? :)

Definition of excuse :
1. An explanation offered to justify or obtain forgiveness.
2. A reason or grounds for excusing
3. The act of excusing.
4. A note explaining an absence.


Sometimes, excuses are important, but at other times, excuses are not accepted at all.


Apa excuse yang orang selalu bagi kalau dia tak dapat nak (sebenarnya tak nak) buat satu-satu benda yang jadi tanggungjawab dia? Cuba teka :D

Tak ada masa lah
Aku sibuk la sekarang 
Mana sempat dengan nak pegi kelas lagi, posting lagi, assignment lagi. Balik dah petang, penat.
Malas. (Haha. ok. Yang ni memang nk kena sepuk ni)

Daripada terus bagi excuses, baik kita cuba buat apa yang kita selalu excuse-kan tu :) Cuba cabar diri sendiri dulu, then kalau tak boleh, baru la berhenti buat :)

Dalam masa 6 bulan ni, aku tengah cabar diri aku untuk something. hehe :D Nak cuba nak cuba :) Dan setakat yang aku cuba ni, aku rasa best je :D Boleh je pun. Jangan jadikan sibuk dengan posting sebagai alasan :) Ni baru posting lepak-lepak kat India, nanti bila dah kerja macam mana? Haa, lagi sibuk!

Nak jadi macam mama. Walau sesibuk manapun mama dengan kerja mama (memang sibuk gila ok, sape duduk satu rumah dengan mama mesti tau sibuk dia macam mana), mama still utamakan family :) Mama still masak dinner untuk kitorg, tak pernah abaikan kitorg, perut kitorg selalu kenyang, ajar kitorg, tolong buat homework :D Hihi. :D

Mama kata :
Kerja, kerja juga
Family pun kena juga jaga
:)

Orang kata, practice makes perfect :) Yup, aku nak practice sekarang sebelum tiba waktunya nanti. Barulah tak kekok dan senang nak plan. InsyaAllah :) Whatever it is, family first, career second :) Kalau family terabai, tapi career mantap, macam tak puas jugak kan? Dua-dua kena seiring, baru la kita gembira :)

Hee, thank you mama :)


Sunday, June 19, 2011

the LOVE story.


Once upon a time, there was an island where all the feelings lived: Happiness, Sadness, Knowledge, and all of the others, including Love. 

One day it was announced to the feelings that the island would sink, 
so all constructed boats and left. Except for Love.

Love was the only one who stayed. Love wanted to hold out until the last possible moment.
When the island had almost sunk, Love decided to ask for help.

Richness was passing by Love in a grand boat. 
Love said,
"Richness, can you take me with you?"
Richness answered, "No, I can't. There is a lot of gold and silver in my boat. There is no place here for you."

Love decided to ask Vanity who was also passing by in a beautiful vessel. 
"Vanity, please help me!"
"I can't help you, Love. You are all wet and might damage my boat," Vanity answered.

Sadness was close by so Love asked, "Sadness, let me go with you."
"Oh . . . Love, I am so sad that I need to be by myself!"

Happiness passed by Love, too, 
but she was so happy that she did not even hear when Love called her.

Suddenly, there was a voice, "Come, Love, I will take you." 
It was an elder. So blessed and overjoyed, Love even forgot to ask the elder where they were going. 
When they arrived at dry land, the elder went her own way. 

Realizing how much was owed the elder,
Love asked Knowledge, another elder, "Who Helped me?"
"It was Time," Knowledge answered.
"Time?" asked Love. "But why did Time help me?"
Knowledge smiled with deep wisdom and answered, 
"Because only Time is capable of understanding how valuable Love is.


Life is an echo


A son and his father were walking in the mountains. Suddenly,his son falls, hurts himself and screams: "AAAhhhhhhhhhhh!!!"

To his surprise, hears the voice repeating, somewhere in the mountain: "AAAhhhhhhhhhhh!!!"
Curious, he yells: "Who are you?" He receives the answer: "Who are you?" Angered at the response, he screams: "Coward!"
He receives the answer: "Coward!"

He looks to his father and asks: "What's going on?" The father smiles and says: "My son, pay attention." And then he screams to the mountain: "I admire you!" The voice answers: "I admire you!" Again the man screams: "You are a champion!" The voice answers: "You are a champion!"

The boy is surprised, but does not understand. Then the father explains: "People call this echo, but really this is life. It gives you back everything you say or do. Our life is simply a reflection of our actions.

If you want more love in the world, create more love in your heart. If you want more competence in your team, improve your competence. This relationship applies to everything,in all aspects of life; life will give you back everything you have given to it."

-----------

Senyum :)
Kesimpulannya, kalau tak nak sesuatu tu jadi kat kita, jangan buat benda tu kat orang lain

19 Jun- Happy father's day!

Ni abah saya :)

Happy Father's day abah!
You have been a wonderful Abah for 21 years :) and forever will be :)
Thank you for your patience, love, care, guidance :)
Thank you for always protecting us 5249 :)
Thank you for always being there as the head of the family :)
Thank you abah, for everything :)
(banyak sangat :) )

Inaz doakan supaya Abah panjang umur, sentiasa berada dibawah lindungan Allah, sentiasa berada di bawah rahmat Allah, sentiasa diberikan pertolongan oleh Allah, sentiasa dimurahkan rezeki dan sentiasa diberikan kesihatan yang baik. Semoga Abah sentiasa terpilih dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Semoga segalanya dipermudahkan untuk abah :)

Inaz sayang abah! :)

Thank you abah sebab sayang mama, inaz, izzat dan nabil :)


Dekat sangat :)

"Dan sungguh, Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya"
 (50 : 16)

Sedar tak yang sebenarnya Allah sangat dekat dengan kita. 
Allah dah pun sebut dalam ayat di atas ni yang Allah lebih dekat dari urat lehernya (carotid artery). 
Kalau siapa yang dah pernah belajar guna cadaver, mesti tau betapa dalamnya carotid artery tu. 
Allah lebih dekat lagi dari carotid artery. 
Perumpamaan :) 
Dalam kan? Dekat kan?
:)

Allah tahu apa yang kita nak, tapi selagi kita tak minta iaitu dengan berdoa, Allah tak akan bagi :)
Jadi, berdoalah dengan bersungguh-sungguh dengan penuh rasa rendah diri. Kita ni hamba yang lemah. 
Semuanya Allah yang tentukan.

"Sesungguhnya urusanNya apabila dia mengkehendaki sesuatu Dia hanya berkata kepadanya, "Jadilah!" Maka jadilah sesuatu itu."
 (36 : 82)

Contohnya, kita nak masak tom yam. Tomyam kan banyak isi. sayur lah (kubis, carrot, tomato, bawang potong epal), tumbuk serai, bersihkan ayam. agak mengambil masa la kalau buat sorang-sorang. Lagi-lagi masa tu lagi sejam nak buka puasa. Kelam kabut tak? Masa tu kawan kita tiba-tiba masuk dapur. Dia nampak kita tengah sediakan bahan. tapi dia tak tau yang masa tu kita tengah kelam kabut. Kalau kita diam je, memang dia tak tolong kita sebab dia ingatkan kita boleh cope sorang-sorang. Tapi, kalau kita mintak tolong dia, haa, baru lah dia akan tolong, mesti dengan rela hati (insyaAllah) sebab dia rasa dia diperlukan :)

Ha, sama lah kalau kita nak mintak tolong kat Allah :)

Tunjukkan kepada Allah yang kita betul-betul serius dengan apa yang kita nak tu. InsyaAllah, tiba masanya nanti, Allah akan mudahkan jalan untuk kita mencapai apa yang kita impikan :)


Saturday, June 18, 2011

Semut hitam.

Setelah seminggu tak order makanan dari kedai-yang-tempe-masak, aku pun dengan semangat berkobar-kobar dan riang ria pun order lah mi kari dari Chef Inn. Teringin nak makan kari ayam sebenarnya, tapi tak rasa macam nak masak hari ni. Nak tolong lakukan business tempe sekali-sekala :D *ok, alasan je ni*

Setengah jam, tak sampai-sampai lagi
Terus call Chef Inn

Aku : Hello, I'm calling from 444, MP Park
CI : Yes mam, already sent your food
Aku : Already sent?
CI : Yes mam.
Aku : Ok, thank you

10 minit kemudian, ting tong! hehe :D Excited ni. Dah lama tak makan makanan kedai. Makan pun cam berselera habis la. Walaupun agak manis kari dia -.-'' tapi makan je la. Kate lapa. hehe. Habis licin semua mi aku makan, yang tinggal hanyalah si kacang buncis yang warna hijau tu. Hee. sorry kacang, aku tak rasa macam nak makan kau hari ni. Hihi.

Suddenly, aku ternampak seekor semut hitam besar yang dah mati terapung kat dalam kari!!!! Bila dah habis makan baru nampak, haysh. Terus mati selera aku. Fine. Masak sendiri lagi bagus. Tak nak order lagi seminggu ni.

Sedih dengan makanan tempe -.-

Nak kakak boleh?

Best tak ada kakak? 
:)

Aku teringin sangat nak ada kakak
Kakak yang selalu bagi nasihat (baik-baik eh)
Kakak yang sentiasa ada untuk bagi pandangan dia
Kakak yang selalu ada untuk share problem remaja (haha)
Kakak yang aku boleh cerita apa saja
Kakak yang boleh bagi jawapan bagi soalan remeh-temeh aku
Kakak yang suka bercerita :D suka dengar orang bercerita esp tentang pengalaman diorg
Kakak semua-semua laaa :)

Best tengok orang ada kakak
:D

Yela, selama ni aku lah kakak :)
Best bila adik kat Malaysia sms just untuk share problems dia dengan aku yang kat India
Best bila dapat bagi nasihat kat adik
Best bila dapat buat adik senyum
Best bila dapat buat adik lega 

:D

Nak kakak jugak boleh?
:)

Tuesday, June 14, 2011

what should i do?

It is really hard, when you really want to say something, but you can't say it.
It is also really hard when you want to explode but you just can't do it.

Why?
Truth will hurt sometimes.

But, if i keep it to myself, that incident will keep on repeating
And each time it happens, i'll be frustrated.
And i'll start 'membebel' to my living-diary

What should i do?
Should i keep quiet?
:(

I thought its common sense
Everyone should know
Hmmpphh

Please be considerate.
It is our responsibility, not mine alone.

The best multiracial housemates :)

Note of the day :


Please please please 
Sila pastikan sisa makanan tak bertaburan dalam sink :)
Cam tak best la pulak kan.
Tak comel la sink tu
Nanti tersumbat la pulak dia. (dah tersumbat pun. -.-) 
Orang lain pun tak selesa 
^^
--------------

Ok, enough membebel :)

Peristiwa sink tadi membuatkan aku teringat kat ex-housemates aku kat INTEC dulu. Hee. The best multiracial housemates ever!

Kenapa multiracial? Sebab ada 1 indian, 1 chinese dan 2 Malay 
Mula-mula aku macam tak biasa dan tak selesa ada non malay as housemate aku. 
Yela, selama ni kat asrama, semua malay je kan. 
But! I have no regrets!
Tak menyesal langsung ada housemate macam diorang
The best housemates :)
And i miss them very very much :)

Ya, cam ni la rupa meja aku bila aku balik rumah setiap weekend. -.-''
Aku tak bersalah. Aku tak buat.
Haha 

Aktiviti hias t-shirt rumah!! So cool :)

Tapak tangan sweet homers :D
Cuba teka mana tangan aku?

Tempat letak makanan.
Ni rumah first kitorg. Kat ground floor. Agak horror la jugak rumah ni but we survived for 6 months!
:D
Sampai dapur pun tak de.
Sedih je.


Hehe. comel :)
Siap ada biodata lagi :D

Outing : Midvalley!

Konon-konon study

hehe :)
Miss you guys!

Girls in Yukata!
Actually, kitorg 4 orang pakai benda ni. Tapi gambar diorang je lah boleh tunjuk. hehe :D 

-------------------


Sweet home members :

1) Along
Nur Hafizza Harmizi
UIA Kuantan
Pharmacy

2) Angah
Melissa Tan Ai Lin
Monash University, Melbourne
Medicine

3) Alang
Subhashini Adharma Satru
Curtin University of Technology, Perth
Pharmacy

4) Adik
Farah Inaz Khairuzzaman
Melaka Manipal Medical College, Manipal and Melaka (soon!)
Medicine

--------

Sweet tak kitorang? 
Hehe. Memang sweet pun :)

Dekat-dekat nak SSABSA study sama-sama
Bila sakit, diorang teman pegi klinik
Very caring towards each other
Tengok cerita hindustan sama-sama
Tengok video clip hindustan sama-sama : Dhoom! haha :P
Shopping kat Ole-Ole (am i right?) sama-sama
Masak sama-sama (remember subha's birthday celebration? :) fiza & melissa masak spagetti, inaz trick subha. muehehe )
Birthday celebrations :)
Melaram sama-sama (Yukata Girls!)
Usik-mengusik sama-sama ( melissa- inaz : selalu jadi budak baik , subha-fiza : selalu gaduh. haha)
Tolong hapuskan lipas -.-'' (superhero award goes to : fiza and melissa! inaz and subha? berdiri atas meja. penakut!)
Sembang-sembang, lepak-lepak dalam bilik :)
Sebelum tido  : tengok melissa tengok anime, subha dah tido awal-awal, fiza dekat laptop
Bangun tido : Subha dah bangun, Melissa baru tido (kot!. hehe), fiza tido lagi
Share problems together
Ponteng meeting block sama-sama (malas nak pegi), menyorok kat McD, dapat surat amaran. haha
(i still keep the letter ^^)

:D
Can i cry now? 
:')