Sunday, May 6, 2012

Saya, ex-group-leader

Assalamualaikum lagi! :D hehe. 

Aku baru lepas Paediatrics posting, dan aku lah group leader. Seronok ke jadi group leader? Seronok sebab tau schedule awal, tak seronok bila ada something wrong dalam group ataupun ada benda yang buat lecturer marah. Yes, itu sangat tak seronok. Tapi alhamdulillah, part yang tak seronok tu tak banyak pun sepanjang aku jadi leader :) Hihi. Groupmates aku ni patuh, dengar cakap, bertolak ansur jugak la sesama sendiri. Yes, ini lah yang captain mahukan. Hehe :D 


Aku JARANG pegang group, TAK PERNAH jadi leader untuk PBL, jarang manage group. Ni lah kelemahan aku. Aku kadang-kadang rimas la jugak bila aku perangai-tak-yakin-tak-yakin ni. Serius. Sangat rimas. Sampai aku rasa macam low self esteem je. :(

Tetapi, setelah aku pegang group aku selama sebulan, aku rasa aku dah nampak perubahan dalam diri aku :D Aku lebih yakin, lebih berani dan sentiasa alert. SUKA! Mana tak alertnya, sebelum start posting dah dengar desas desus yang siapa jadi group leader untuk Paeds ni selalu kena marah la, banyak kerja la, dsb. Haha. Maka, aku pun cabarlah diri sendiri untuk :

Tak kena marah dengan lecturer
Mudahkan groupmates aku untuk faham jadual
Tak menyusahkan orang lain

Evaluation : 95% tercapai. Yeay! 


Sebagai group leader, aku PERLU tau semua benda berkaitan dengan jadual sepanjang posting. Jadi bila orang tanya je, *pap* dapat bagi jawapan on the spot. Cool kan kalau jadi camtu? :D Aku cuba la hari tu untuk fikir awal-awal soalan yang mungkin akan ditanya oleh groupmates, maka aku akan clarify  awal-awal dengan lecturer. Kadang-kadang, tak terfikir la jugak. Nasib baik lecturer-lecturer aku ni jenis yang layan SMS. Senang la nak clarify benda, tak perlu cari mereka kat pejabat * balik dari hospital pun da pukul 5, kadang-kadang pukul 6 baru sampai dari Muar, letih oo*. See, perlu alert sangat! Sampaikan ada sekali tu, sambil tunggu nak naik bas balik KL kat Melaka Central pun aku boleh berusaha nak pahamkan jadual, nak susun orang ikut turn. *punyalah risau tahap maksima, tak tidur okay dalam bas. Segar bugar*

Aku turun berat dalam posting ni. Muehehehe. Yes! *tak perlu minum Herbalife untuk mencapai berat badan yang diimpikan. HAHA*

Percaya atau tidak? Sepanjang kat Manipal dulu, aku tak pernah jadi leader untuk PBL. 


Macam mana entah boleh escape. Sangatlah low self esteem aku ni. Jadi scribe pernah la. Hehe. Tapi since aku jadi leader untuk Paeds, maka secara automatik, aku akan jadi leader jugak untuk salah satu PBL sepanjang posting ni. Yes, tak dinafikan, mula-mula aku rasa cam : Eee, tak mau laaa jadi leader PBL, aku boleh ke nak handle ni?. First round, boleh laa, walaupun macam tak smooth sangat, tapi ok je :) *yela, first time sepanjang MBBS. hehe*. Second round, aku rasa lebih relax sikit, cam best la pulak. :) Alhamdulillah :) Lepas ni kalau nak aku jadi leader untuk PBL, sila sila *haha. mengada. joke joke. saja jeeee*

Sometimes, aku sebagai manusia biasa, rasa letih dan penat *sama je dua-dua tu*. Setiap hari jumaat atau sabtu atau ahad, aku akan post jadual (yang lecturer email) kat group page. Siap highlight apa yang mereka perlu tahu untuk minggu depannya. Dah edit elok-elok baru post. Jadi aku pun rasa macam : 

Haa, senang dah post kat sini, diorang tak yah tanya aku pasal jadual. aku dh siap highlight dh ni. Just download je. *happy*

Tu aku rasa laaa. Tapi tak jugak, ada jugak yang tanya aku hari-hari jadual untuk esoknya -_- Mula-mula aku layankan aja, lama-lama, aku sebagai manusia biasa ni pun penat lah jugak. *dalam hati kata : kan dh bagi jaduaaaaaallllll dah hari tu - perasaan meronta-ronta * Tapi bila fikir balik, tak baik aku ni fikir macam tu. Mana tau diorang tak boleh download ke, tak online ke

Tup tup. Tiba-tiba nampak orang yang tanya aku pasal jadual tu post something kat facebook. Oh. Ok. Fine.  Dia online rupanya -_- tak tau nak kata apa.

Tak suka sebenarnya perasaan macam tu, hee, selalu la pujuk diri sendiri supaya jangan layan perasaan negatif. Tu semua hasutan syaitan yang nak kita ada perasaan yang tak baik dengan kawan. Eee, jahatnya kau syaitan! Aku irritated 5 minit je, pastu ok balik. Cool sudeh, layankan aje semua soalan mereka :D

At the end of the day, aku happy ~

apabila ada orang cakap : Thank you for being our leader for 4 weeks. Good job!
apabila mereka sangat cooperative
apabila mereka tak buat hal yang menyusahkan aku
apabila mereka tak buat hal yang menyebabkan aku kena marah

Hee, terharu okaayy :') 

I may not be the best leader for them, but I tried to be one

And bila ada cakap macam tu, aku rasa terharu :) Hilang terus penat jadi leader. hehe :) Thank you guys for cooperating. Tanpa mereka, semua kerja aku tak akan jadi smooth :)


Thank you Allah for the opportunity. I learnt more than I expected :)


No comments:

Post a Comment