Monday, August 8, 2011

Happy weekend :)

Second last weekend :)

Semalam dan hari ni hari yang best! Jom aku cerita :)

Sabtu

Posting : err. ok je la. tak de la contribute pada yang best tu. Haha. 

Pukul 2 ptg, aku pegi rumah kawan aku untuk tolong dia masak-masak untuk buka puasa. Tau tak ada 3 menu utama : Ikan 3 rasa, ayam percik, sup daging. pergh! Kenyang habis laa :)

Aku suka pergi rumah tu sebab aku dapat rasakan suasana yang sangat best kat situ :) Riuh rendah dengan kerenah masing-masing. Gelak ketawa. Dapat rasa bonding diorang :) Hee :D Seronok la! Sebab tu la aku sanggup pegi awal-awal tolong diorang masak :) Sepatutnya pukul 5.30 tu ada usrah, tapi memandangkan makanan satu pun tak siap lagi, maka usrah pun di tunda selepas maghrib :)

Time buka puasa pulak, kitorang makan ramai-ramai kat lantai. Buat bulatan senget benget. Hehe. Makan ramai-ramai sambil bersembang-sembang :) Best kan bila ada sekali dalam seminggu, ada gathering macam tu :) Rasa macam berada dalam satu family kecil yang jauh diperantauan :) Entah la, tak tau macam mana nak explain apa yang aku rasa semalam :) Hee.

Bila dah habis makan, dah kenyang, semua orang solat isyak dan tarawih sama-sama :) walaupun ruang dalam rumah tu kecik, tapi muat jugak. Tu yang menambahkan kemanisan gathering semalam :) Usrah 1 jam :) Dah kenyang perut, hati pun kena isi jugak kan :D 

Happy sebab aku ada rasa sense of belonging. :) Yela, cam aku belong to a group of 10 people :) Yang setiap minggu gather kalau tak ada halangan, untuk sentiasa ingat mengingat, untuk bersembang-sembang, untk share-share, untuk bergurau senda. dan yang paling penting, untuk menambah kenalan! Makin luas lah network aku kan :) dan yang menambahkan kebestan gathering tu bila ada diselitkan dengan makan sama-sama, walaupun sesimple keropok goreng :D hehe. 

Alhamdulillah :) Bersyukur sebab ada ukhwah yang membina macam ni :)

* Tapinya, kegembiraan aku tercacat sedikit malam tu sebab ada orang komplen benda yang dia salah faham :( Tak pe lah, aku tak rugi apa-apa pun. Cuma aku sedih je bila ada orang kata macam tu tanpa mengetahui hal sebenar. isk isk isk. Aku punya lah berusaha untuk elakkan isu dengan dia pun boleh jadi isu gak -.-'' nak aku invisable pulak ke lepas ni? haha. Tak pe tak rugi :) I have other nice lovely people around me :) Sabar je lah kan :) Buat macam tak ada apa-apa jadi :) Allah kan tak suka kalau kita bermusuh kan :)

Ahad : Kemas kotak

Setelah mismatch banyak kali, aku akhirnya memerlukan 9 kotak sahaja. Ada extra satu kotak :D Dah masukkan barang-barang, nak estimate banyak mana yang aku perlu potong.Tak boleh isi penuh-penuh sebab nanti berat sangat. Siapa lah pulak nak angkat kotak ni nanti. Huhu. Hang Tuah pun pesan supaya balut kotak elok-elok :) Yelah, Hang Tuah kan pernah handle shipping kan :) Ada experience :D

Dan akhirnya tadi, bekalan yang aku bawak balik setiap kali cuti sem dan di tukar! Thank you mama, abah dan izzat :) Wee :D 

$-$
mata bersinar-sinar sebab rasa kaya
*padahal tak la kaya mana pun. haha*

Dan hari ni, aku rasa tenang sangat :) Aku malas nak fikir pasal cerita * kat atas tu. haha. Buang masa je lah.

Oh aku tau kenapa, sebab aku rasa..

BEBAS! TANPA PERLU SOROKKAN PERASAAN DAN EMOSI! AKU DAPAT JADI DIRI SENDIRI! HAHA. SUPER EXCITED PULAK :D

esok jadi separa diri sendiri balik. hoho. tak best.

:D Ok, time to sleep! :) Good night everyone :)

p/s : Kalau rasa helpless, kalau rasa macam telah di betrayed, kalau rasa macam tak menang tangan, kalau rasa sedih, cepat-cepat mengadu kat Allah :) nanti Allah bagi la jalan penyelesaian :) Allah bagi ujian untuk proses diri kita jadi orang yang lebih baik :D Yeay, saya suka!!

Sunday, August 7, 2011

Common sense.

Sedih kan bila orang tak tau hal sebenar pastu main tuduh-tuduh je orang lain ?
Aku yang dipersalahkan sebab aku buat sesuatu yang aku selalu buat.
Padahal, apa yang aku selalu buat tu berlaku setelah perkara yang dijadikan isu itu telah menjadi tidak baik untuk digunakan lagi.
Jadi, aku juga yang dipersalahkan?
Sedih sedih
:(

Sabar inaz, sabar. 13 hari lagi je nak keluar dari Manipal. hee. Kejap je lagi. Kejap je.

Thursday, August 4, 2011

Karkala lagi sekali.

First day OBG Karkala.

Cuba bayangkan. Hanya 30 minit kelas waktu pagi, dan 30 minit kelas waktu petang -.-''

Pergi balik Karkala pun dah 80 minit! Aaaaaa. Lagi lama dari belajar kat sana. Tekanan perasaan jap.

Mungkin sebab ni hari pertama kot. sebab tu lah macam free semacam je. lagipun tadi, ada sorang je specialist. Dan dia BUSY. hee. Takpe, kita tengok esok macam mana :)

Penat travel pg karkala. Masa otw pegi sana, jalan cam teruk la pulak. Hoho. dah la duduk kat kerusi yang aircond dia kuat gila! wuhuhu. Aku cuba tido tapi tak berjaya. Tido-tido ayam je laaaa....Mungkin sebab dah segar sangat kot tadi. heheh :D

:D

Wokeh! Dah siap masak sup ayam untuk sahur :) Aku decide nak buat sup ayam sebab sedap ooo makan sup panas-panas masa musim monsoon cam ni :D Nikmatnyaa! Dengan bawang goreng lagi. Pergh! :D Semangat nak bangun sahur esok! Yippie :D

Ok, jom tido! :) Good night sayang :)



Wednesday, August 3, 2011

Kenapa dalam hidup kita banyak konflik

Ni petikan dari satu artikel (http://www.iluvislam.com/tazkirah/dakwah/3102-allah-ajarkan-tentang-konflik.html) yang menenangkan jiwa aku yang sedang berkonflik :) 


"Kerana Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang maka kita semua akan diproses dengan berbagai-bagai konflik dalam kehidupan untuk membentuk kita menjadi insan yang hebat, yang sabar, yang jujur, yang kuat, yang bersemangat dan sebagainya.
Dalam kehidupan ini kita akan berhadapan dengan berbagai sikap dan personaliti manusia yang berbeza. Ada personaliti yang membuatkan kita benci sesama kita. Contohnya, ramai kita yang sering berhadapan dengan orang-orang yang kita rasa 'sukar' atau kita term-kan sebagai 'difficult people'. Samada orang yang pemarah, orang yang kedekut, orang yang sombong dan sebagainya. Cuba bayangkan orang itu, saya akan membayangkan salah seorang bos saya yang sangat menyusahkan saya kerana saya merasakan dia seorang yang'perfectionist' dan saya terpaksa mengubah kertas kerja saya hampir lebih 10 - 15 kali!
Sebenarnya Allah ingin memproses kita melalui orang-orang ini, seperti perenang hebat tadi. Bila kita berhadapan dengan orang yang cepat marah, kita sedang diproses untuk menjadi orang yang sabar, bila kita berhadapan dengan orang yang 'perfectionist', kita sedang diproses untuk memberikan hasil kerja yang berkualiti dan sebagainya. Bayangkan kalau orang-orang ini tidak ada di dunia ini? Semua orang baik, bagaimana kita akan diproses? Pasti kita tidak jadi diri kita sekarang bukan?
Nah, mulai sekarang berbahagialah dengan apa saja konflik yang kita hadapi dan senyumlah dalam hati apabila bertemu dengan orang-orang yang berbagai sikap dan personaliti dan katakan di dalam hati, aku sedang diproses. Semoga kita jadi manusia hebat, insya-Allah.
Hanya Allah Yang Maha Mengetahui..."

Bak kata Hang Tuah, aku kena belajar untuk melupakan apa yang orang pernah buat kat aku. Jangan dok pikir-pikir kan lagi. Hee. Buat tak tau je dengan orang tu. Lagi kita fikir, lagi kita yang sakit hati kan? Pastu mula la konflik dalam hati. Sesungguhnya, konflik dalam hati tu sangat la menyeksa diri! Rasa macam nak sembunyi je kat taman bunga. Pernah tak rasa macam tu? Nak tengok muka orang tu pun tak boleh, nak dengar suara dia pun tak boleh. Haha. Lagi-lagi kalau orang tu memang berada dalam komuniti kecil yang hari-hari kita jumpa. Memang tak boleh elak lah kan.
Dah dapat dah penyelesaiannya :) Bila baca artikel tu, hati jadi tenang kembali. Rupa-rupanya, Allah nak proses aku jadi orang yang lebih baik! :) Think positive :) Buat dek je...............

Monday, August 1, 2011

Sedih :(

Aku baru realize yang aku hanya ada 20 hari sahaja lagi di Manipal :(


20 sahaja.
Tak sampai sebulan pun.
Akan cepat je masa berlalu
5 hari posting berlalu cam kilat je nanti
Tiba-tiba dah weekend

:(
Aku akan datang sini balik ke?
Aku pun tak sure.
Bila lagi nak dapat peluang ni?


Kuning - happy sebab nak jumpa family
Hijau - Err, nape muka cam tu eh? sebab nervous nak mula clinicals kat Melaka
Merah - Sad..sebab nak tinggal kan Manipal

Ye, walaupun kadang-kadang tempe buat aku marah dan sakit hati, tapi banyak kenangan aku di sini 

Checklist tentang apa yang aku nak buat dalam masa 20 hari :
- tangkap gambar banyak-banyak 
- video otw pegi hospital. *hehe* Udupi je la kot. Karkala cam lama sangat je. Aku nak tido :P
- Nak tengok Manipal puas-puas
- Nak naik auto puas-puas
- Amek gambar dengan lecturer *mentor esp*

Ok, ni je yang aku dapat fikirkan setakat ni :)
Moga-moga aku dapat manfaatkan saki baki 20 hari aku di sini!

Selamat menyambut Ramadhan semua!
Semoga kita sentiasa mendapat berkat dari Allah :)

20 hari lagi.

Hari ni ahad ketiga terakhir kat Manipal. HAHA. Nak jugak buat ayat touching kat sini. Ceh! :P Ok, tadi ada tautan hati :) yang merupakan program senior muslimah anjurkan untuk junior muslimah kat sini. Memang sangat best lah aktiviti tadi! Walaupun aku tak join sangat, aku tetap rasa best! Tengok diorang berlari, bergelak ketawa :) Seronok rasa bila junior gembira :D makanan pun sedap woo! Paling suka karipap tu. Fuh! Rasa nak makan banyak-banyak. Kulit dia lembut, isi dia padat. :D Aku jarang suka karipap tapi karipap tadi memang membuka selera aku :)

nak gak cakap ayat ni : TAUTAN HATI PALING BEST SEPANJANG AKU ADA KAT SINI :D

Malam ni bermulanya 1 Ramadhan :) Pijar tangan aku ni sebab tadi aku buat sardin untuk sahur :D Oh kenapa pijar? Sebab tadi aku gunting cili dan rebus dia -.-'' Rasa nak garu-garu je kulit tangan ni aaaaaaa. Ok ok berbalik kepada sahur. hehe *tersasar pulak* Sahur mesti makan sedap-sedap. Perlukan tenaga untuk posting siang tu. Kalau tak sahur nanti pengsan pulak. Cam tak biasa kan Inaz? Hehe. *budak senang nak pitam. haysh. bila nak berubah entah* 

Ok, nak tidur lah :D supaya boleh bangun awal esok!

p/s : Yeay! Ada turn untuk masak untuk sahur :) 

---------------------------------------

20 hari lagi untuk :
- Capture as many moments as i can here :)
- Tinggalkan Manipal
- Naik MAS
- Transit kat 3 airport India buat kali terakhir *sob sob*
- Jumpa 5249
- Menghirup udara Malaysia
- Beli Galaxy S2? ha ha ha ha