3 Jun 2011, secara rasmi berakhirnya musim panas dan bermulanya musim hujan di Manipal. Rasa macam baru minggu lepas je kipas kat ruang tamu ni dok pusing-pusing angin panas, dan malam ni, sejuuukkk sangaattt :))
Fakta-fakta penting tentang musim hujan 24-jam-tanpa-henti ni :D
- Setiap kali keluar rumah, kena BAWA PAYUNG PINK (tak semestinya warna pink, hehe. Tapi memandangkan pink je yang aku ada sekarang, maka pink la )
- Jangan tertipu dengan cuaca pada masa tu, sebab ia boleh berubah dalam masa 5 minit. hoho. Scary betul.
- Musim hujan maknanya selalu akan ada fluctuation of power supply -.- ni part yang paling kurang aku gemari. Hoho. Sebab bila tak ada elektrik, iron, air panas semua tak boleh guna! ngee -.- Jadi, bila ada elektrik tu, jangan malas-malas gosok baju ye. Takut bila bangun pagi-pagi nanti tak de baju yang dah iron, terpaksa pakai baju kedut-kedut pegi sekolah. Haha.
- Jangan sidai baju yang dah basuh kat ampaian kat balkoni. Sebabnya, sampai minggu depan pun takkan kering. Berdasarkan pengalaman. Jadi, ruang makan kat rumah aku ni jadi tempat sangkut baju. Macam kat hostel pulak. hoho. Sangkut baju kat tingkap, kat almari, kat kerusi, kat pintu, kat railing langsir. Pokoknya, mana-mana tempat yang boleh sangkut supaya kena angin kipas, dan AKHIRNYA KERING-SEJUK-SEJUK.
- Kalau nak pakai kasut, make sure kasut tak berlubang walaupun sekecil lubang semut. Sebab air still boleh masuk jugak. Nanti basah, kepam la kasut tu. Tak selesa! Pernah sekali tu aku pakai kasut kain (bijak sangat waktu ni), habis basah kaki, menggigil-gigil kesejukan dalam lecture hall selama 2 jam -.- Selalunya waktu ni, ramai yang pakai crocs, selipar dan pelbagai jenis kasut yang kalis air. Kalau rajin + sayang kaki, pakai la boot :D
- Semua benda dalam rumah akan jadi lembap. Lantai, sofa, katil, bantal. Agak kurang selesa la jugak. Tapi, terpaksa la :) Pandai-pandai la handle. Aku suka biarkan kipas on kalau aku ada rumah, supaya udara bergerak. Tak la rasa kepam sangat.
- Beware! KULAT. Boleh je tumbuh kat mana-mana dia suka. Almari, meja study, perabot kayu. Kasut pun boleh -.- Sebab tu kalau kasut basah, kene cepat-cepat keringkan. Kalau tak, bersedia lah dengan kehadiran kawan-kawan baru bernama SITI KULAT warna putih atas dan dalam kasut. eewwhh -.-'' pernah jadi kat aku. tak selera nak pakai kasut tu. Tapi sebab sayang, aku jemur kasut tu waktu summer. SEBULAN. haha. pastu rendam, basuh dan akhirnya pakai balik. hikhik.
- Oh, kalau boleh, elakkan pijak lopak air. Tau tak kenapa? Meh nak bisik sikit. Tempe kan, diorang suka meludah. (kadang-kadang warna merah, kadang-kadang warna putih) Tak kira la kat mana-mana pun. Tu satu. Lembu pulak, suka membuang merata-rata tempat jugak. Lagi satu, tempat buang sampah kat tepi jalan je. Ok, so bila hujan, campuran ludah + tahi lembu + air sampah akan mengalir dan akhirnya bertakung jadi lopak air. Sanggup ke nak pijak? -.- TAK.
Ni musim hujan terakhir kat Manipal :) Nak suka lah musim hujan kali ni, walaupun lembap-lembap sikt. Haha. Nanti mesti rinduuuuuuu :) *ni pun dah sebak sikit*
Dulu kan, kat INTEC, aku berangan nak ada winter coat sendiri :)
Suka yang panjang cam ni
Yang berbulu-bulu ni pun cantik gak :)
Haha. Suka! Tengok orang korea pakai cam cantikkk je :)
Kita hanya boleh merancang, Allah yang tentukan segalanya.
Aku telah ditakdirkan untuk beli coat lain.
Coat jugak
Bukan Winter coat seperti dalam angan-angan aku
tapi
RAIN COAT!
Lebih kurang macam ni la raincoat aku.
Warna grey.
Ada topi
Panjang smpi lutut.
Boleh muat bag sekali bawah raincoat tu.
Aku nak beli warna pink! Tapi, yang warna pink tu besar nau -.-
Nanti nampak cam pakai jubah pulak.
>.<
Enjoy the last 78 days of monsoon!
No comments:
Post a Comment