Wednesday, June 8, 2011

Psychiatry. Done!


Wad D4
Satu-satunya wad Kasturba Hospital yang berkunci pintu utamanya
Siap ada guard
Bukan seorang, tapi dua orang
Berkunci lagi
Yela, tak nak bagi orang lari
Yang pasti, kena ketuk pintu dulu baru masuk

Langkah masuk je wad tu
Ada bau yang significant
Tak tau nak terangkan bau apa
Wangi ke?
Tak
Busuk ke?
Tak jugak.
Entah la.
Tapi aku tak suka pun bau tu
Selalu tahan nafas.
Nasib baik koridor tu 3 meter je 

Kelas.
Hujung sekali kat wad hujung.
Scary tak?
Kecik je bilik tu
Muat la 20 orang
Kerusi tersusun
Ada sebuah meja untuk doktor.
Nasib baik ada aircond :)
Papan hitam dan kapur.

Pesakit?
Macam-macam ragam.

Ada yang terlalu gembira
suka menyanyi
suka bercerita
tapi kadang-kadang cerita tu aku tak faham pun
bersemangat dia cerita
Sampai nak ajak orang kawen pun ada
" Oops, i'm sorry, i'm eighty, you're twenty"
Haha. tau pun!
Hayh, pak cik pak cik
Rasa nak gelak pun ada

Ada yang terlalu sedih
Rasa nak bunuh diri dia kata
Makan tak nak
Tidur pun tak lena
Keluarga pun terabai
Menangis
Termenung
Sedih muka dia
Kesian pak cik tu :(

Ada jugak yang sentiasa nak cari jalan keluar
Cari tingkap untuk lompat keluar
Cari pintu yang berkunci
Nak cari alcohol rupanya
Dah bertahun alcohol tu jadi penghilang dahaga yang setia
Mana diri tu tak rindu bila terpaksa berpisah
ish ish
Alcohol ni.

Tak suka duduk sini!
Kata dia
Aku tak tau aku sakit apa, aku normal
Kata dia lagi

Mereka sendiri tak faham 
Mereka sendiri tak sedar
Mereka sendiri tak tahu.

Yang pasti, bukan mereka sahaja
Aku juga
Tiada jawapan
Untuk mereka

No comments:

Post a Comment