"Dan sungguh, Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya"
(50 : 16)
Sedar tak yang sebenarnya Allah sangat dekat dengan kita.
Allah dah pun sebut dalam ayat di atas ni yang Allah lebih dekat dari urat lehernya (carotid artery).
Kalau siapa yang dah pernah belajar guna cadaver, mesti tau betapa dalamnya carotid artery tu.
Allah lebih dekat lagi dari carotid artery.
Perumpamaan :)
Dalam kan? Dekat kan?
:)
Allah tahu apa yang kita nak, tapi selagi kita tak minta iaitu dengan berdoa, Allah tak akan bagi :)
Jadi, berdoalah dengan bersungguh-sungguh dengan penuh rasa rendah diri. Kita ni hamba yang lemah.
Semuanya Allah yang tentukan.
"Sesungguhnya urusanNya apabila dia mengkehendaki sesuatu Dia hanya berkata kepadanya, "Jadilah!" Maka jadilah sesuatu itu."
(36 : 82)
Contohnya, kita nak masak tom yam. Tomyam kan banyak isi. sayur lah (kubis, carrot, tomato, bawang potong epal), tumbuk serai, bersihkan ayam. agak mengambil masa la kalau buat sorang-sorang. Lagi-lagi masa tu lagi sejam nak buka puasa. Kelam kabut tak? Masa tu kawan kita tiba-tiba masuk dapur. Dia nampak kita tengah sediakan bahan. tapi dia tak tau yang masa tu kita tengah kelam kabut. Kalau kita diam je, memang dia tak tolong kita sebab dia ingatkan kita boleh cope sorang-sorang. Tapi, kalau kita mintak tolong dia, haa, baru lah dia akan tolong, mesti dengan rela hati (insyaAllah) sebab dia rasa dia diperlukan :)
Ha, sama lah kalau kita nak mintak tolong kat Allah :)
Tunjukkan kepada Allah yang kita betul-betul serius dengan apa yang kita nak tu. InsyaAllah, tiba masanya nanti, Allah akan mudahkan jalan untuk kita mencapai apa yang kita impikan :)
Ha, sama lah kalau kita nak mintak tolong kat Allah :)
Tunjukkan kepada Allah yang kita betul-betul serius dengan apa yang kita nak tu. InsyaAllah, tiba masanya nanti, Allah akan mudahkan jalan untuk kita mencapai apa yang kita impikan :)
No comments:
Post a Comment