Monday, June 6, 2011

Quick update : Glass

Is your glass half full or half empty? 


It depends on how you look at it, right? Different people have different view and perception.

My answer : The glass is half full.

xxxxxx

Ni antara input yang aku dapat tadi masa usrah. Apa analogi yang nak ditunjukkan dari gelas ni? Kenapa ada orang pilih 'half full'? Kenapa ada juga yang pilih 'half empty' ? Ni semua bergantung kepada apa yang kita fikir. Manusia lebih mudah nampak apa yang dia tiada berbanding dengan apa yang kita ada. Betul tak? Bila tengok ada orang dapat lebih, mula la hati berkata-kata , "Ala, kenapa dia dapat? kenapa aku tak dapat? Aku tak layak ke?". Semua orang mesti pernah terlintas benda tu kan?

Tadi aku terfikir, kenapa kita selalu nampak apa yang kita tiada? Adakah apa yang kita ada ni tak cukup? Tak cukup sempurna ke? :)

Bersyukur dengan apa yang ada dengan kita sekarang. Sedar tak sedar, apa yang ada di sekeliling kita sekarang yang banyak mempengaruhi kehidupan seharian kita, yang banyak membantu kita, yang banyak menceriakan kita. Semua tu, selalu orang tak nampak. Kenapa? Sebab kita selalu tak sedar apa yang ada depan mata kita. Kita selalu mencari apa yang kita tak dapat. Kita selalu nak apa yang orang lain tak mampu buat untuk kita.

Contoh 1 :

Akka datang bersihkan rumah, tapi kerja bersih-bersih dia tak lah perfect macam yang kita nak. 

Perlu ke kita merungut, " Haysh akka ni, orang bayar gaji mahal-mahal sebulan, sapu pun tak bersih". 


Macam tak je kan? Nasib baik ada akka yang sanggup datang nak bersihkan rumah. Dah la kita busy study. Kita sendiri pun mungkin takkan sempat nak bersihkan rumah kita. Sekurang-kurangnya, ada jugak yang tolong bersihkan-bersihkan rumah. Selesa la sikit kita nak belajar :)

Contoh 2 :

Ada housemate yang rajin nak tolong masakkan dinner. Tapi termasin pulak hari tu. Masa letak garam tu dia mengelamun kot, hehe.

Perlu ke kita merungut, " Masin la weh. Ayam ko goreng ni tak cukup masak la. Ko tumis dulu tak? kalau aku, aku tumis dulu bawang ni" (sambil buat muka tak puas hati, yang mungkin akan mengecilkan hati si kawan yang masak tu)

Nasib baik ada orang yang nak masak. Sekurang-kurangnya, terisi la jugak perut tu kan. Lena sikit tidur. Tak la kebulur. Senang nak study. Besar hati orang yang nak masak tu, dia nak tengok kawan-kawan dia kenyang. Kalau tak suka sangat, masak sendiri. ( ha ha, aik, emo lak )


Hargai orang dan usaha mereka yang sentiasa ada disekeliling kita. Semua sekali. Tak semua yang sempurna. Tak semua yang dapat memenuhi permintaan kita. Tak semua yang menepati ciri-ciri pilihan kita. Tapi, orang-orang yang tak sempurna ni lah yang sedikit sebanyak menyempurnakan kehidupan kita. :) 

"Our imperfections make us complementary to each other"
Right?
:)

Tak ada manusia yang sempurna. Hanya Allah yang sempurna :)
Namun, kita sentiasa boleh berusaha ke arah kesempurnaan. Tak salah :) malah, sangat-sangat dialu-alukan :) Tapi jangan sampai membinasakan diri pulak dah la. Rileks sudeh :D

Jangan cari kesempurnaan dalam diri seseorang, tapi jadikan ke-tidak-sempurnaan seseorang itu sesuatu yang istimewa dalam hidup kita :) Barulah kita akan sentiasa gembira! :D *macam complicated je ayat ni*

Terima kasih semua yang sentiasa menyempurnakan hidup saya :) :) Sayang semuanya!

1 comment:

  1. Mama setuju dgn apa yg inaz kongsikan di sini. Mmg lumrah manusia, lebih cenderung utk melihat pd apa yg tiada..jadi kita mesti sentiasa memantau sikap kita, kita mesti selalu peka utk mengingatkan diri kita agar mensyukuri apa yg kita ada/perolehi....kita mesti ingatkan diri kita bahawa semua yg berlaku, semua yg kita perolehi adalah atas keizinan ALLAH...apa yg kita ada, apa yg kita tiada/tidak perolehi...semua atas keizinan ALLAH. Jadi kita mesti yakin bahawa apa yg kita ada, apa yg kita perolehi itulah yg selayaknya buat kita pada masa tu. Walau bersyukur dgn apa yg ada, tidak sepatutnya membantutkan usaha kita untuk mencapai yg lebih baik/sempurna/cemerlang...,... jika ALLAH izin, maka kita akan perolehi apa yg kita usahakan. Jika tidak...maka kita mesti redha..

    ReplyDelete