Tuesday, May 3, 2011

Medicine : Sneak Peak ^^

Minggu kedua posting dalam department yang paling sibuk, iaitu MEDICINE. :)

Memang sibuk. Bukan sebab ramai orang tapi sebab doktor yang sibuk buat rounds. 

Something about this department. Actually, kalau tak ada masalah komunikasi, memang enjoy sangat posting ni! Tapi tu la, bahasa tak sama. Aku selalu nak je sembang-sembang dengan mak cik- mak cik yang sakit kat wad tu, tapi tak boleh.


Mak cik dah makan dah?
Selesa tak duduk sini?
Mak cik apa khabar hari ni?
Mak cik ada berapa orang cucu?

Haha. Tak de pulak dialog tu dalam kertas Bahasa Kannada tu. Cis. Kecewa -.-


Blouse, slacks, lab coat, skin socks, kasut-hitam-skema, stethoscope, pen, pen torch, note book.

Aktiviti kat Wad tingkat 5, Dr TMA Pai Hospital, Udupi :

 - 9.45 pagi : Sampai hospital. Terus je bergerak pegi kat wad. Tak melencong beli cold chocolate yang sedap tu. hehe. Tahan tahan. Sampai-sampai je wad, kene clerk case. Siapa yang kene buat presentation lah yang kena buat. Sapa yang tak kena tu, boleh la duduk diam-diam kat bilik menunggu tu. Selalunya kitorg akan sembang-sembang, baca text book. Mula-mula memang best lah kan sebab tak cuak-cuak nak present case, tapi kalau setiap hari macam tu, memang TAK BEST. fullstop. Bila rasa tak best sembang-sembang, aku pegi la wad dan practise amek BP atau pun tengok file patient.

 - 11.30 pagi : Sepatutnya ada doktor datang untuk dengar orang present case. Kalau kurang bernasib baik, doktor akan datang lewat dari tu. Kena faham, doktor banyak kerja. hee. Pesakit diberi keutamaan, bukan pelajar perubatan. Jadi kalau doktor datang lambat, tak boleh merungut. Senyum je :D 

 - 12.30 tengahari : Lunchtime! Kalau bernasib baik la (lagi sekali). Paling lewat setakat ni, keluar wad pukul 1 tengahari. haha. Tak pe la, latih diri tahan perut, tahan mulut, tahan mimik muka. Kena cool :D Balik Manipal.

 - 2.30 petang : Naik bas ke Udupi semula. Aku suka sangat naik bas sebab ni lah satu-satunya sumber aircond yang aku boleh dapat selain lecture hall. GEMBIRA DAN BAHAGIA.

 - 3.00 petang : Mula presentation. Setiap orang kene present satu topik. Setiap hari satu topik. Nasib baik la buat dalam kumpulan. Tapi yang sedihnya, group B tak dapat bilik aircond tu :( sebab bilik tu department lain yang dapat. Sedih :( Terpaksa la duduk kat bilik oven-yang-macam-tak-ada-pengudaraan-langsung. haha. Serius. Aku kurang fokus dengar orang present sebab tak selesa. Tapi aku cuba la bagi sepenuh perhatian! Kena laa, kesian kat diorang dah prepare awal-awal kan :) Kena la adil kat diorg :)

 - 4.15 petang : Balik! yeah! Penat, perlukan rehat sambil buat revision. Restore energy dengan dinner (kadang-kadang lunch + dinner. hehe. Letih sangat nak makan lunch tengahari tu. Terpaksa postpone ke dinner).

The end. 

Hehe. Tak la busy sangat kan. macam ade banyak masa lapang je. :) Busy menunggu je banyak. Tapi kalau pandai guna masa, tak la rasa membazir masa kan :D 


Secara jujurnya, aku tak sabar nak habiskan posting ni ^^ 


Nota untuk hari ini :

Demi masa!
Sesungguhnya manusia dalam kerugian,
Kecuali orang-orang yang percaya, dan membuat kerja-kerja kebaikan,
dan saling berwasiat pada yang benar, dan saling berwasiat untuk bersabar.
(103:1-3)

Gunakan masa yang ada ni sebaiknya. Masa yang pergi takkan kembali lagi :) Jadi, sementara ada peluang untuk belajar di hospital luar negara, kena la gunakan betul-betul! Sebab kita tak tahu sama ada kita akan dapat ke tak pengalaman yang sama di Malaysia nanti.

KENA SEMANGAT!

p/s : rasa macam nak kena sore throat je -.-''

1 comment:

  1. Inaz..yg aktiviti pukul 9.45 tu mama setuju kalau inaz rajin2 and selalu2 ambik Bp atau tgk file patient. Practice makes perfect kan? Kalau sembang lama2 pun bukan gain apa2..tp kalau sembang ttg medicine, x pe..

    ReplyDelete