Senyuman paling ikhlas dan manis dari seorang patient :)
Semalam, ada seorang pak cik ni. Dia suka sangat senyum. Aku tengok dia, nampak macam leher dia pendek. Rupa-rupanya, dia baru sahaja menjalani pembedahan. Buang larynx. Tau tak larynx tu fungsinya apa? Salah satu fungsi larynx ialah menghasilkan bunyi. So, larynx ni sebenarnya penting bila kita nak bercakap. Jadi, bila buang larynx, apa jadi? Mestilah tak boleh cakap kan?
Kesian pak cik tu. Dah tua dah. Tak boleh cakap. Tapi, dia nampak happy je :) Bila nampak kitorg datang wad, mesti dia senyum. Dari mimik muka dia, dia macam nak berbual dengan kitorg. Tapi tu lah kan, Allah dah tarik nikmat percakapan pak cik tu. Allah bagi pinjam sementara je.
Bila teringat pak cik tu, mesti aku tersenyum. hehe. Tu la senyuman paling ikhlas dan paling manis yang pernah aku tengok dari seorang patient :) Dia tak nampak sedih pun. tapi tak tahu la hati dia macam mana kan :) walaupun dia dah hilang suara, dia tetap bersemangat untuk senyum! :) Tengok, pak cik yang dah hilang suara pun boleh lagi senyum, boleh lagi ada semangat untuk hidup.
Tadi, bila aku masuk wad je, aku terus jalan pegi katil pak cik tu. Dah plan sebelum tidur nak berkenalan dengan pak cik tu melaluli file dia.
: katil kosong :
Ngee. Pak cik dah discharge dah. hee. Tak sempat aku nak baca file dia. hee. Sedih la gak. hoho, baru je nak kenal pak cik tu. Nak tau penyakit apa yang pak cik tu ada sampai larynx dia kene buang.
"Pak cik, semoga pak cik sihat-sihat selalu. Teruskan senyum pak cik :) Bersemangat saya tengok pak cik masih boleh senyum walaupun dah hilang satu nikmat hidup :) Jumpa lagi pak cik "
Bersyukur dengan apa yang Allah dah bagi pada kita. Tak kisah la suara yang kita dapat tu high pitched ke, low pitched ke, garau ke, sumbang ke, merdu ke, KENA JUGAK BERSYUKUR. Sekurang-kurangnya kita masih boleh bercerita, kita masih boleh berkongsi apa kita rasa. Cuba letakkan diri kita dalam pak cik tu. Aku rasa, pak cik tu banyak nak bercerita, banyak nak berkongsi, banyak nak bagi nasihat. Tapi dia dah tak boleh bersuara lagi.... (sedih pulak)
“Jika kamu menghitung-menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak akan dapat menentukan jumlahnya (menghitungnya). Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang.”
QS. An Nahl : 18.
Macam mana nak bersyukur dengan nikmat suara yang Allah bagi kat kita? Senang je :) Jaga pertuturan, jaga bahasa, jaga perkataan. Sebelum kita nak cakap sesuatu pada orang lain, fikir dulu. Adakah apa yang kita cakap tu menyakitkan hati dia? ataupun menggembirakan dia? Cuba bayangkan kalau kita bagi hadiah pada orang lain, kemudian orang tu gunakan hadiah yang kita bagi tu untuk menganiaya orang lain. Sedih tak rasa-rasanya? Sedihkan? Jangan sampai Allah tarik balik nikmat suara kita tu :)
“Hai orang-orang yang beriman, makanlah diantara rezki yang baik-baik yang kami berikan kepadamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika benar-benar hanya kepada-Nyalah kamu menyembah.”
QS. Al Baqarah : 172.
Jom semua kita bersykur dengan nikmat suara yang Allah dah bagi pada kita :)
No comments:
Post a Comment