----------
Update blog sambil makan dinner :) Seronok bila ada housemate yang masakkan dinner. hehe. Walaupun sesimple nasi putih ke nasi goreng ke, aku sangat happy sebab tak perlu fikir nak order apa :) Terima kasih housemate yang sudi masakkan :D KENYANG! hehe. Sebenarnya, aku dah tak tau nak order apa kat Manipal ni. ngeee. Jadi, kena la masak! :) Rasa macam kat rumah ^^
----------
Hari ni aku sedih.
Sebab, handphone casing aku hilang :( Tak sedar kat mana dia tercicir, tak sedar pun dia hilang sehinggalah bas ke Udupi dah masuk gear. Sedih sangat-sangat! :( Casing tu beli kat PPUM, dan isu paling penting di sini ialah mama yang belikan casing tu -.-'' lagi la aku rasa terkilan. Tak pe, esok kena teruskan pencarian. After posting petang tadi aku dah cari kat foodcourt, tapi malangnya tak ada pun. Sigh. Teruskan mencari!
Cari dulu esok...mana tau masih ada rezeki inaz, jumpa balik (Mama, 2011)
Bace surah al-insyirah..n sbenarnye ada doa specific utk mencari brg yg hilang..iA jumpe :) (Nisa, 2011)
Innalillah... mungkin Allah nak ganti dgn sstu yg lebih baik ^_^ (Amie, 2011)
:) Semua yang terjadi ada hikmah. Bila hilangnya sesuatu benda yang kita sayang, apa kita rasa? Mestilah sedih sangat kan. Lagi-lagi bila benda yang hilang tu hadiah dari orang yang kita sayang. Walaupun hadiah tu simple, tapi sangat bermakna :) Tapi nak buat macam mana, dah hilang hari ni. (Mana tau esok jumpa ke. hehe. Confident sikit. hehe). Aku ada buat salah ke kat sesiapa sampai casing aku ditakdirkan hilang pagi tadi? hee. :( MUNGKIN........
Jangan bersedih inaz, bersyukur lah sebab bukan handphone yang hilang :) Jangan pandang pada yang tiada, pandang lah pada apa yang masih ada :) Mungkin yang tu yang terbaik buat kita :)
p/s : Casing-sayang, esok saya cari awak lagi, Kalau awak memang kepunyaan saya, esok kita berjumpa lagi ya! :)
Hari ni aku terlalai selama 30 saat.
Ya Allah, aku bersyukur sangat sebab aku lalai 30 saat je! Tadi aku withdraw duit kat ICICI ATM ( dah tiba masanya untuk bayar sewa rumah 2 bulan. ngee). ATM kat sini ada dua jenis. Satu, yang ala-ala swipe card, satu lagi yang masukkan card. Selalunya aku guna ATM yang swipe card tu. Lepas swipe terus masukkan dalam purse. Tapi hari ni, aku guna ATM yang masukkan card. (ok, faham ke? cam berbelit je ayat ni. hihi) Bila dah dapat duit yang aku nak, aku terus laambil resit dan dengan yakinnya jalan keluar dari pondok ATM tu. Tapikan, aku macam terdengar-dengar yang ATM tu berbunyi.
Tit tit tit tit tit tit tit
Kenapa dia bunyi tu? Aku tertinggal apa-apa ke? Duit dah simpan, resit dah simpan.......
OH
MY
GOD
!
KAD ATM !!!!!!!!
Hoho, terus je patah balik. Nasib baik pondok ATM tu kosong, tak ada orang. Entah tengah day-dream pasal apa la masa tu sampai terlupa nak ambil kad ATM tu balik. Nasib baik bas belum gerak pergi Udupi. Nasib baik aku teringat hanya selepas 30 saat. Syukur sangat-sangat! Kalau lah Allah tak gerakkan hati aku, mungkin sekarang ni aku bad mood sebab kad ATM hilang. :) Thank You Allah!
Tolonglah inaz jangan careless lagi!
Hari ni aku lega.
Hehe. Presentation! Approach to a patient with epigastric pain. Ok ok je. Tak lah perfect sangat :) Ada soalan yang aku tak dapat jawab. Aku tak kisah pun :D Bagus jugak doktor tu bagi soalan banyak-banyak. Sekurang-kurangnya, aku tahu topik apa yang perlu aku fokus, topik apa yang penting dalam klinikal. Kan kan kan? :D heheh. Lega sebab dah habis!!! :) Tapi cuak sikit sebab esok kena present case. Dan, esok lecturer yang err strict -.-'' Kene buat betul-betul esok. Tak nak kena marah. Wuhuhuhu.
Kalau tak diuji, kita tak mungkin akan tahu apa ertinya sabar.
Kalau lecturer tak tanya soalan, kita tak mungkin akan tahu betapa pentingnya topik tu :D he he
------------
Ok! Sambung baca Talley O'Connor! :)
: Serius BEST buku ni. Thank you Pak lang sebab hadiahkan :
Ok! Sambung baca Talley O'Connor! :)
: Serius BEST buku ni. Thank you Pak lang sebab hadiahkan :
No comments:
Post a Comment