Saturday, May 14, 2011

MAS vs AirAsia

Tiket balik Malaysia. Selagi tak selesai hal ni, selagi tu la aku tak senang duduk. Selalunya, 3 bulan sebelum tarikh balik, aku dah siap beli tiket dah. Tapi kali ni, aku tak jumpa-jumpa lagi jalan penyelesaiannya. Sekarang ni, aku kena pilih antara dua. MAS atau AirAsia.

Malaysia Airlines


Sebenarnya, aku memang dah menyimpan hasrat dari mula aku jejakkan kaki di India untuk balik Malaysia yang last ni dengan menaiki MAS. Lama tu simpan hasrat. Dua tahun setengah :) Sambil membayangkan yang mama dan abah datang pagi tu kat KLIA. Tak payah la diorg bersengkang mata sementara nak tunggu aku sampai, dengan delay ke apa ke. Memang just nice lah waktu arrival tu. Lagipun masa tu bulan puasa, memang dah bangun awal untuk sahur. Huhu. Sampai mcm tu lah aku dah plan. 

Baggage pulak. Aku cek tiket, dia kata maximum 25 kg dan ada 7 kg untuk hand carry. So, total 32 kg! Banyak la jugak. Hee. Pastu aku dah plan nak hantar kebanyakan barang-barang aku, supaya beg aku tak exceed. Hee. 

Lagi satu point yang aku nak naik MAS ialah, memang dh ada dalam peruntukan perjanjian biasiswa yang JPA akan tanggung tiket balik. So, why not kan? hee. Tapi tu lah, ramai yang nak naik AirAsia :( Haha. Kawan-kawan yang aku menaruh harapan yang tinggi untuk balik sekali semua pilih AirAsia, sebab murah. hee. Ok, tak pe lah, tu pilihan diorg. Takkan la aku nak paksa-paksa pulak. Tu duit diorg pun. 



AIRASIA


Tak ada masalah pun dengan dia ni. Haha. Murah pun murah. Maximum 30 kg lagi tu. Memang sesuai la dengan orang macam aku yang memang terkenal dengan 'Heavy baggage'. Entah apa yang isi dalam tu sampai berat sangat. Padahal dah plan awal-awal nak bawak barang sikit je. hee. Tapi tu lah, sampai tengah malam. Aku kesian kat mama dan abah yang terpaksa pergi LCCT malam-malam buta. Lagi pulak, masa tu bulan puasa, nak bangun sahur lagi. 

Yang tak bestnya, tak ada flight hari sabtu :( Ada hari ahad je. Kalau hari ahad, sampai pagi-pagi buta hari isnin. hari isnin kan hari bekerja. Bulan puasa pulak tu. Kesian mama dan abah :( Tak nak menyusahkan diorg :( 

Kalau tak de orang yang nak naik MAS, maka AirAsia la pilihan kedua aku. Aku ok je, tapi..hee. Seperti yang telah aku terangkan kat atas. Harapan tu, harapan :)

-----------

Ok, adakah impian aku selama 2 tahun setengah akan menjadi kenyataan? ataupun impian itu akan terkubur begitu sahaja?

haha. Mesti orang pelikkan. Sama ja naik MAS ke AirAsia ke. Sampai jugak malaysia. Betul tak? Aku tau, memang sama je, tapi aku dah awal-awal target nak naik MAS sejak mula datang. Cuba bayangkan kalau kita dah harapkan sesuatu, tiba-tiba tak jadi. Mesti frust. haha. Inaz, kapal terbang je kot -.-. Tau, tu kapal terbang je..tau.. (monolog dalaman, payah betul :P)

Kita tengok la perkembangan macam mana nanti ye.


Semoga benda ni cepat selesai. Aku nak beli tiket cepat-cepat.

The end.

1 comment:

  1. inaz,saya naik mas..tp singgah chenai nk jenjalan chennai sehari..sampai msia ari isnn..hee..

    ReplyDelete