Sunday, May 8, 2011

Mama :)



Selamat hari ibu, mama :)

Kita menumpang duduk sembilan bulan di dalam perut seorang perempuan. Alam itu digelar Alam 'Rahim'. Alam kasih saynag dan alam belas kasihan (Bercinta Sampai Ke Syurga, 2010)

Terima kasih mama :)

Mama = ibu
Mama = bestfriend
Mama = role model


Rindu nak peluk mama, 
rindu nak teman mama, 
rindu nak makan masakan mama, 
rindu nak jadi vaccum cleaner kat dapur :)

Aku bersyukur kerana masih mempunyai seorang mama. 
Aku bersyukur kerana aku masih lagi ada tempat bermanja dan mengadu.
Aku bersyukur kerana masih dapat merasa kasih sayang dan doa seorang mama.

Tidak dapat sekali-kali ku nafikan, doa mama sangat penting dalam hidup ku.
Semua kejayaan yang aku kecapi hari ini adalah berkat doa Mama dan Abah.
Alhamdulillah
Terima kasih mama dan abah.

-------------

Ya Allah, panjangkan lah umur mama dalam iman, taqwa dan kesihatan yang baik. 
Aku masih memerlukan kasih sayang, doa, petunjuk dan nasihat mama, Ya Allah.
Ya Allah, murahkan lah rezeki mama, permudahkanlah mama mengharungi kehidupan sehariannya.
Ya Allah, janganlah kau bebankan mama dengan sesuatu yang tidak tertanggung olehnya.
Ya Allah, sekiranya kau timpakan ujian dan dugaan buatnya, 
bantulah mama untuk menjadi kuat mengharungi takdirMu itu, Ya Allah
Ya Allah Ya Tuhanku, jauhkanlah mama dari bencana, dari orang yang mempunyai niat yang tidak baik terhadapnya. 
Lindungilah mama setiap masa, Ya Allah.

Ya Allah, jadikan lah kami adik-beradik anak-anak yang sentiasa menyenangkan hati mama dan abah.
Bantulah kami untuk memelihara kata-kata, hati dan perbuatan kami dari menyinggung perasaan mama dan abah. 
Sesungguhnya, kami tidak layak untuk menyakiti mereka, kerana mereka telah banyak berkorban untuk kami adik-beradik.
Ya Allah, kekalkan lah kasih sayang antara kami sekeluarga selama-lamanya.
Bantulah kami semua untuk mengecapai nikmat syurga

Amin Ya Rabbal Alamin

---------


5249 
FOREVER AND ALWAYS

Sekali lagi, jauh di perantauan. Tapi, aku akan balik tak lama lagi, insyaAllah :) 


1 comment:

  1. Terima kasih, anak mama sayang. Terima kasih kerana menghargai mama. Mama bersyukur ke hadrat Ilahi atas kurniaNYA - 3 orang permata hati, penyeri hidup serta penghibur duka mama..Ya ALLAH, peliharalah anak2ku Farah Inaz, Izzat Iskandar dan Alya Nabilah di bawah naungan kasih sayang serta rahmatMu. Sesungguhnya mereka anak-anak yang soleh dan solehah. Aku redha akan mereka dan oleh itu pimpinlah mereka ke arah keredhaanMu. Jauhi mereka dari segala yang tidak baik samada yang nyata atau tidak nyata. Ampuni dosa mereka, Ya ALLAH dan permudahkan rezeki mereka, terangkan hati mereka serta bantulah mereka mencapai cita-cita serta kebahagiaan hidup mereka. Ya ALLAH permudahkan aku untuk menjadi ibu yang baik buat mereka agar aku terus disayangi..Amin Yarabbal'aalamin

    ReplyDelete