Sabda Rasulullah SAW :
" Tiga jenis doa mustajab yang tidak diragukan keajaibannya adalah doa orang tua untuk anaknya, doa orang musafir dan doa orang yang dizalimi "
( Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
" Doa orang tua untuk anaknya bagaikan doa nabi untuk umatnya "
(Hadis riwayat ad-Dailimi)
Aku terjumpa hadith ni dalam internet tadi :) Sungguh! mustajab sangat doa ibu bapa untuk anak-anak mereka. Alhamdulillah :)
Dah lepas 3 subjek utama, iaitu Pathology, Pharmacology dan Microbiology. Dah 3 paper aku perhatikan, soalan yang keluar tu mesti berkaitan dengan apa yang aku baca last minute sama ada pagi-pagi lepas solat Subuh, ataupun sebelum masuk dewan. hee :) Allah gerakkan hati aku. Syukur :) Ni mesti berkat doa mama, abah dan semua yang sentiasa tak jemu-jemu mendoakan aku, terima kasih banyak-banyak :) Sayang semua banyak-banyak!
Contohnya macam paper Microb tadi. Malam semalam, Ya Allah, memang tak keruan sangat. Risau sangat-sangat! Sebab terlampau banyak benda nk baca :( memang la dah pernah baca sebelum ni tapi aku suka tengok balik nota-nota tu, kata orang, nk refresh kan. dan akan boostkan confidence! Disebabkan banyak sangat topik, jadi aku terpaksa beranikan diri untuk pilih topik yang aku nk baca. huhu. Risau jugak takut topik yang tak baca tu yang keluar. hee. Satu hari tachycardia, nervous gila. rasa nak pakai telekung setiap masa je sbb bila akupakai telekung, aku rasa tenang :) hee. (tp takkan la nk pakai telekung setiap masa kan. hehe :P ) Sampai satu tahap dah tak tahan, nangis sambil baca Microb. wuhuhuhuhuhuhu :'( Nangis senyap-senyap la, tak de orang nampak. teeehee. Sambil study tu pun tak putus-putus berdoa kat Allah supaya mudahkan :(
Masa ni tiba-tiba rasa insaf. Kerdilnya kita sebagai manusia ni. Lemah. Allah yang Maha Berkuasa. Allah yang tentukan segalanya. Kita sebagai hamba kena sentiasa berdoa kepada Allah tanpa berputus asa.
Magicnya, masa aku sedih gila tu la, mama online kat facebook :) ape lagi, terus chat ngn mama, cakap kat mama yang aku risau sangat-sangat. (sambil chat pun nangis-nangis) heee. Mungkin mama risau, mama pun terus bacakan yaasin untuk aku dan nabil yang nak exam jugak hari ni. hee :) Alhamdulillah, tenang sikit lepas tu, berkat doa mama :)
Leganya dah lepas subjek-subjek ngeri tu (err. over sangat ke ayat ni?hee), cuma harapan sekarang, supaya lecturer semua baik hati, nak hadiahkan markah banyak-banyak untuk aku :D hehe. Walaupun sedih la jugak sebab ada yg aku tersilap tulis :( , tapi Alhamdulillah, ada juga yang betul :) macam quote ni cakap "See the glass as half full, not the half empty ". Betul tak? Nk sedih pun tak guna jugak, dah lepas dah, yang penting sekarang, doa banyak-banyak supaya apa yang ditulis kat kertas tu diterima dan lulus dengan jayanya. InsyaAllah :) Semoga Allah permudahkan urusan dan kabulkan doa aku untuk balik Malaysia bulan 8 ni :)
Tiba-tiba takut. huhuhu
Nak doa banyak-banyak lagi lah kat Allah. Nk doa bersungguh-sungguh :)
Ada satu lagi paper teori yang perlu diusahakan : FORENSIC MEDICINE, the subject of the dead people. muehehe :P
BERUNTUNGNYA JADI SEORANG ISLAM, SENTIASA ADA ALLAH :)
kakak, aja doakan kakak sukses selalu. :)
ReplyDelete<3 you kakak, jgn sedih2 tau!
kakak boleh, yakin dgn aja.
kalau kakak x boleh, mcm mana nak rawat aja?
:(
aja kan migraine. :'(