Sakit tau bila bibir kering. Nak senyum pagi-pagi pun susah. hee terseksa. kadang-kadang sampai berdarah. nasib baik tak pitam hehe :D sebab pernah sekali tu, bibir aku berdarah sampai aku pitam :P (hehe. mungkin sebab terkejut sebab bangun-bangun nk solat subuh je tengok ade darah. hehe)
Ok, kenapa bibir boleh kering dan pecah? Untuk kes aku ni, sebab perubahan cuaca. Sekarang dah masuk summer semula. Panas terik! Ya Allah, sabar je lah. Berkerut je dahi aku kalau keluar rumah waktu tengahari -.-'' maka oleh itu, aku seboleh-bolehnya tak nak keluar rumah waktu tengahari :D
Ada sebab lain juga, iaitu :
- Kurang makan buah dan sayur ( -.-'' ok terasa.)
- Merokok. (ni aku tak pernah buat, hehe)
- Kurang minum air ( aku rasa aku dah banyak minum air dah, bila botol kosong je terus tambah air, sebelum tidur minum air, bila bangun tidur lepas gosok gigi pun minum air. )
- Minum kopi atau alkohol (er. tak suka kopi dan tak pernah minum alkohol. DOSA! )
- Menggunakan kosmetik yang bahan kimianya terlalu keras (hehe, tak pakai kosmetik kat bibir)
- Ubat gigi yang mengandungi banyak detergen ( aku guna brand Himalaya. macam tak ada detergen tu )
- Makanan terlalu masam dan masin ( oh! baru tahu, baiklah :) )
- Stress ( ahaaa! mungkin ni juga salah satu penyumbang! :P sebab sekarang kan musim UNIS. hehe. ceh UNIS, sampai hati buat aku macam ni. )
Jadi, sampai bila nak menanggung kesakitan disebabkan oleh bibir kering? Tak nak tak nak. Tadi aku pun search la kat internet cara-cara nak mencegah serta merawat bibir yang kering :)
- Minum air 8 gelas sehari (lebih kurang 2 liter sehari. hehe, banyak tu! kene bawak botol air besar mana-mana la ni)
- Jangan jilat bibir ( ye, selalunya, tindakan refleks seseorang, bila rasa bibir kering je, terus nk basahkan. tapi sebenranya, cara tu salah! nak tahu tak? air liur kan mengandungi enzyme yang membantu untuk menghancurkan makanan, jadi, kesan yang sama akan berlaku pada bibir kita! tidak tidak! kesian bibir kita kan. huhu. ok lepas ni akan cuba untuk tak jilat bibir)
- Jangan gatal-gatal nak gigit bibir tu (huhu. ok terasa jugak! haha. rimas ada benda kering-kering kat bibir, rasa nak cabut je. lepas tu menyesal, sebab pedih -.-'' )
- Pakai lipbalm! :)
- Makan sayur dan buah (baiklah :D)
- Jauhkan diri dari merokok dan minum alkohol ( semestinya! )
- Pilih lipstik yang sesuai dan mengandungi pelembap. jangan lupa bersihkan kosmetik di bibir sebelum tidur :D
Have a nice day!
No comments:
Post a Comment