Selamat hari ibu, mama! hari-hari hari ibu :) mama the best bestfriend inaz! :)
mama ingat lagi tak peristiwa 23/4/2002. hee. inaz tertinggal ape eh? sudu garpu ke pencil box? inaz pun confuse. heee. sebenarnya kan ma, inaz saje je nak mama datang sekolah. hehe. budak form 1 yg mengada-ngada. yela, nak jumpa mama. lama sgt nk tgu hari sabtu ahad tu. hee. walaupun mama dan abah penat balik dr pejabat, mama abah dtg jugak kan :) sebab nak melayan budak mengada ni. hee. siap bawak 2 biji burger lagi. satu ayam, satu daging. bestnya! boleh ke inaz buat mcm tu sekarang? tibe2 mama dtg bwk burger kat inaz kat manipal ni. haha. inaz, jgn mengada-ngada (okey2. hehe)
inaz ingat lagi masa inaz sekolah rendah, mama duduk sebelah inaz, tgk inaz belajar hari-hari. masa cuti sekolah akhir tahun darjah tiga, mama siap buat kelas tambahan utk inaz n syairah (walaupun mama banyak kerja). sebab nak ajar sains darjah 4. hee. sebab inaz lompat :) senang la nanti. dah ada basic untuk belajar sains darjah 5. rajin kan mama :)
inaz ingat lagi, satu malam tu, inaz kene practise main recorder. inaz tak reti sgt main. not pun tak hafal. tiup pun tak pandai. bunyi dia pelik! rasa nak nangis je sebab esoknya ada audition untuk masuk persembahan band :) malam tu, mama duduk dengan inaz depan tv, dan mama ajar inaz sebab mama pandai main piano, sampai lewat malam. masa tu mama banyak kerja, tp mama ajar inaz jugak. sebab mama tak nak inaz sedih keesokan harinya, tak nak inaz malu dengan kawan-kawan sbb tak pandai main :) tq mama :) inaz dapat buat persembahan jugak :D
inaz selalu teringat masakan mama :) sebab mama masak sedap sangat! nk tunggu lagi 3 bulan, lama sgt lagi, inaz cuba lah buat sendiri sambil bayangkan bau dan rasa lauk yg inaz rindu tu. walaupun inaz dah buat sama macam mama buat, tapi rasa dia tak sama jugak, ma :) bila inaz tanya mama kenapa tak sama, mama akan cakap : sebab tak de special ingredient dalam tu :) mama's love! hee. setiap kali inaz telefon rumah atau chat dengan mama, mesti inaz akan tanya "mama masak ape hari ni?" hehe. sebab inaz rindu mama masak :) dpt bayangkan pun jadi la. nk rasa mcm inaz makan benda yg sama jugak hari tu :) ( ma, inaz dah turun berat 1kg. haha ) thank u mama masak sedap2 untuk inaz. setiap masa sedap. tak pernah pun sekali tak sedap! hee.
mama lah org paling risau kalau inaz sakit. hee. mama pastikan inaz makan ubat ikut waktu. (yela kalau harapkan inaz buat sendiri, memang tak jalan kot. hehe. nk mama jugak yg suapkan ubat :D ). inaz suka demam kat rumah. sebab! mama akan masakkan SUP AYAM! hehe. sedapppp :D sebelum inaz datang india setahun lepas, mama bawak inaz pergi farmasi beli ubat. banyak sangat! ubat batuk, ubat selsema, ubat sakit perut, ubat demam, dsb. mama kata, nanti senang la inaz kat sana, tak payah susah2 cari ubat. semua dah ada dalam bilik. hee. mama ni :) inaz tau, mama tak nak anak mama sakit. nanti mama risau kan?
mama mula terbuka hati untuk beli hanphone pd tahun 2002. sebab inaz jugak. hehehehe. mama kate, senang la nanti mama nak angkat call. hahaha. yela. inaz selalu sgt telefon mama. 10 kali sehari! (haysyh. budak form 1 mengada-ngada ni!) bgn tidur, balik sekolah, balik prep, sebelum dinner. hihihi. sebab tu la mama KENE JUGAK beli handphone. ha! nak memudahkan kerja, mama beli apron yg ada poket. senang nak letak fon kat situ. senang sikit nak angkat bila inaz call. hehe. mama :)
inaz ingat lagi. mama tolong inaz isi borang utk apply universiti kat australia. setiap borang dia, mesti ada soalan kene jawab. kalau tak soalan, kene tulis essay. huhu. yela, kan apply medic. inaz pun pening2 masa tu. banyak sangat. sampai pagi mama tolong inaz. inaz kesian kat mama sebab mama ngantuk sangat dah. tapi inaz memang buntu masa tu. sape suruh buat last minute! huhu. sampai terlelap mama tunggu inaz siapkan borang tu :) kesian mama. hee. untung inaz dapat mama yg penyabar ni. inaz sayang mama!
mama ada sixth sense ke? sebab mama selalu je tau kalau ade benda tak kena dengan inaz. hee. naluri ibu yang sangat kuat :) naluri mama jugak la yg membantu inaz utk buat keputusan yang tepat, bantu inaz utk betulkan diri inaz :) inaz sentiasa perlukan mama dalam hidup inaz :) terima kasih mama sebab mama sentiasa berada dengan inaz, tak kira waktu susah, waktu senang. semua situasi mama ada :) mama duduk sebelah inaz eh ma! heee
oh mama, mama kene minum susu anlene setiap hari :) kene ma. sebab hari tu, selama 9 bulan, inaz curi sikit calcium dr tulang mama. hehe. so kene ganti balik ma. mama minum eh ma :D
hee. inaz sayang mama sangat-sangat! mama jaga diri mama baik2, jangan risau sangat, mama kene rileks :D hee. inaz ok kat sini ma, berkat doa mama abah dan semua org :) kalau mama penat, mama rehat. izzat ade. suruh je dia buat keje selagi dia ada kat rumah tu. hehe.
mama, terima kasih ma sentiasa doakan inaz :) inaz perlukan doa mama dalam hidup inaz. terima kasih ma selalu buat solat hajat utk inaz terutamanya menjelang peperiksaan. terima kasih ma sebab bacakan yaasin mengiringi inaz setiap kali jawab soalan :) terima kasih mama :) inaz bersyukur Allah kurniakan mama sebagai ibu inaz :)
yang paling penting, TERIMA KASIH MAMA SEBAB SAYANG INAZ SEPENUH HATI MAMA :)
hug hug hug hug hug hug hug hug hug hug hug hug hug hug hug hug hug hug hug.
rindu hug mama :) tak sabar nak hug mama lagi!
love u mama, you are the best mama in the world! mama idola inaz :) satu hari nanti, inaz nak jadi mama macam mama jugak :) hehe
LOVE, inaz
9 MEI 2010
No comments:
Post a Comment