3 minggu posting surgery, memang best! banyak pengalaman suka duka pahit manis :) Tadi, end posting exam. Ada 30 multiple choice questions dan viva. Alhamdulillah, all is well !
Good, good
You are extremely good
You seem to know everything
Hehe. Ayat-ayat lecturer aku masa viva ni tadi made my day! :)
Aku student biasa-biasa je,
tapi bila lecturer kata macam tu,
semangat semakin memuncak! hehehe.
Thank you, doctor :)
---------------
Lepas ni dah tak jejakkan kaki kat Udupi Government Hospital dah. Hospital ni khas untuk rakyat India yang kurang mampu dari segi wang. Selalunya orang susah je yang dapatkan khidmat doktor kat sini. Memang serba kekurangan la jugak. hee. Kitorg selalu masuk wad untuk orang baru lepas surgery (dah nama pun posting surgery, wahai inaz. ok ok).
Wad perempuan kira boleh diterima lagi la, bau pun ok lagi la. Tapi, wad lelaki, ada bau semacam. Bau ulcer, bau luka, memang sangat berbau. heee. Memang kena biasakan bau-bau macam ni kat hospital, kan? Doktor mana boleh nak pilih nak masuk wad wangi je. haha. Tu bukan hospital namanya. Tu HOTEL! :) Takpe, kena latih hidung supaya immune.
Tiap-tiap kali masuk wad lelaki tu, mesti aku akan bersin. Mungkin banyak sangat Staphylococcus aureus, sampai diorg terbang-terbang masuk dalam hidung aku. Dan! Ade a few acnes muncul kat muka aku. Mesti sebab Staphylococcus yang hinggap ni -.-'' Sampai hati awak, Staph!
----------
Teringat satu kisah! Hari pertama jejak kan kaki kat hospital tu, aku dah jadi patient. haha. Aku dah merasa la baring kat katil diorg selama 20 minit. Jom aku cerita :D
Wad yang kami lawat hari tu ialah wad perempuan.Selepas lecturer pilih patient yang kami nak interview, kami pun dipanggil masuk. Kipas kat kawasan tu tak bukak rupanya. Mungkin patient rasa kurang selesa dengan kipas.
"Ya Allah, panasnya. Takpe inaz, tahan tahan! Ingat, doktor kena ada kaki macam kuda. Kaki yang kuat! " monolog dalaman.
Mula-mula, aku berdiri betul-betul sebelah doktor, sebab aku nak dengar apa dia cakap. Masuk terus dalam telinga! Sejam lepas tu aku rasa seram sejuk. Tingling sensation. Oh oh. Tolong jangan nak buat scene kat sini, inaz. Seram sejuk tu makin ketara. Tak boleh jadi ni. Aku terus bergerak nak berdiri kat belakang kawan-kawan.
"Doctor? Are you feeling giddy?" oopps! haha. Lecturer perasan.
Aku angguk-angguk jela. Aku memang rasa lain macam dah. Aku perlukan kerusi. Lecturer bawak aku pergi bilik sisters. Aku pun duduk la situ sekejap.
5 minit lepas tu,
Aku rasa nak pergi balik kat tempat patient tu. Yela, aku tak nak la miss apa-apa yang lecturer ajar. Aku datang hospital bukan untuk duduk, tapi untuk belajar. Cuba diri. Rasa cam ok je. So aku dengan yakinnya (konon-kononnya kuat) berjalan balik pergi kat tempat kawan-kawan aku berkumpul tu. Hooyeah! Semangat!
10 minit berdiri.
Seram sejuk datang balik. Kali ni lebih intense. Aku nak cuba bertahan, cuba tak nak layan seram sejuk tu. Tapi, seram sejuk tu makin mengganas. Aku mula nampak bintang-bintang. O oh. Aku perlukan kerusi tu balik. Aku pandang pintu bilik tu. 50 meter dari tempat aku berdiri. Sempat tak aku nak sampai? Kena jalan laju-laju ni, monolog dalaman. Ok, memang tak tahan. Aku mulakan langkah menuju ke bilik tu.
Bintang
Bintang
Kelabu
Hitam
Gedebuk!
Rasa macam ada orang pegang aku. Samar-samar, macam sisters yang papah aku. Ngee.
AKU BLACKOUT RUPANYA TADI.
-.-''
Terus sisters bagi aku katil, letak betul-betul bawah kipas. Aku berehat kat situ selama 20 minit.
Haha. ape la! Boleh pulak nak pitam kat wad. Aku memang mudah pitam kalau aku letih, kalau aku panas, kalau aku tak makan, kalau aku tak sihat, kalau aku tak cukup tidur.Tapi dalam kes ni, aku cukup makan, cukup tidur. Mungkin sebab letih berdiri dan panas. Lagipun aku memang ada tekanan darah rendah. Memang keturunan. Hari tu check, 76/50 je. Memang LOW.
Jadi, setiap kali sebelum pergi wad, aku akan pastikan yang aku makan, aku tidur awal, aku minum air banyak-banyak. Tak dilupakan, minum GATHORATE! ( Semua ni atas nasihat mama. hehe. Mama risau kot!)
Tu lah, buat scene lagi. Sampai sister pun dah kenal aku. Muka budak nak pitam -.-
Inaz ni sebijik mcm mama...mama dulu pun asyik gedebuk sana gedebuk sini..sana-sini nampak bintang. Tp masa tu je inaz..lama2 dh ok..inaz pun mcm tu. Pastikan byk minum air especially masa panas, supaya blood volume cukup. Bila blood volume cukup, pressure pun cukup, walaupun ada vasodilation..bila blood pressure cukup..driving force cukup, blood circulation ke semua organ termasuk otak pun cukup..
ReplyDeletehehe. ok mama! nak posting medicine ni pun kene kuat jugak. sebab lagi BANYAK BERDIRI :D hee. takpe. inaz cuba! :)
ReplyDeleteAlhamdulillah, Inaz dah berjaya melepasi 1 posting! Banyak lagi tuh, tp aunty yakin Inaz akan berjaya menghadapinya.
ReplyDeleteCakap pasal pitam, pengalaman aunty pengsan dalam mortuary tak dapat dilupakan. Siap kawan2 bacakan yasin lagi( of all the place, kat situ pulak nak pitam/ pensannya...)bukannya takut, tapi lebih pada terkejut_ dah tu tarik2 body frezeer body tu hancur sebelah badannya. Itu adalah antara perkara yang Inaz kena anticipate masa posting forensic_ jumpa mayat yang tak sempurna dan kadang2 dalam keadaan yang uzur.Sentiasa peringatkan diri untuk menghormati mayat tersebut tak kiralah dalam keadaan apa sekali pun. I wish you all the very(very2) best dear. Aunty akan sentiasa mendoakan dari jauh.
Thank you shikin...inaz akn kerap update blog ni dgn pengalaman2 dia...berilah pandangan, teguran, saranan, apa saje yg shikin rasa perlu ya...mama dia bukan doktor so..nasihat biasa2 saje la..
ReplyDeleteThank you aunty shikin :) hehe. interestingnya pengalaman aunty. inaz tak de posting forensic kat india. tapi inaz pernah tengok autopsy. 4 kali :) terima kasih atas doa aunty :)
ReplyDelete