Aku tak tidur lagi. Letih tapi aku nak lepak-lepak dulu dengan laptop ni. hehe. Petang tadi dia buat hal. internet tak nak connect. cis -.-'' dah la masa tu nak terangkan kat Hang Tuah pasal apex beat dan crepetitions. Kesian Hang Tuah.



Minggu ni minggu yang memenatkan, menggembirakan, memuaskan :) penuh drama suka dan duka.
----------
Direct dan Indirect Inguinal Hernia Surgery
Selasa.
Lepas je posting kat Udupi Government Hospital, aku dan 5 orang kawan-kawan aku bergegas ke Dr. TMA Pai Hospital, Udupi. Hari tu turn kitorg nak tengok surgery. Excited! hehe.
Bas berhenti kat belakang hospital, so aku dengan yakinnya bawak la kawan-kawan aku nak masuk ikut gate belakang. Jalan la kami 6 orang tengah panas terik (dengan sakit belakangnya), tiba-tiba sampai je gate tu, KUNCI! OH MY GOD! hohohoho. Penat ok. 300m. Tapi sebab nak tengok sangat surgery tu, tak nak lepaskan peluang, kitorg pun pusing dari gate belakang pergi gate depan sambil berlari-lari anak. Takut surgery dah habis. hee.
Gate belakang
Pusing kawasan hospital
Gate depan
Naik tangga sampai tingkat ENAM
Tercungap-cungap.
Nak minum air, tinggal suku teguk je
Terus tukar baju OT
Ingat senang ke nak dapat pengalaman berharga?
Bersusah-susah dahulu!
Seronok! :) Buat pertama kali aku tengok sendiri surgery, dan aku faham apa yang surgeon tu buat :)
Aku tau apa nak tanya,
Aku tau apa yang surgeon terangkan,
Aku faham kenapa surgeon buat step tu,
Aku faham kenapa kena letak mesh.
hehe. Puas hati! Alhamdulillah :)
Malam tu, tertidur kepenatan. Buku yang baca aku, bukan aku yang baca buku ^^
----------
Belajar tentang manusia
Bukan belajar anatomy.
Belajar tentang perangai 'manusia'
Belajar erti sabar
Kita memang tak mampu nak puaskan hati semua orang yang ada di sekeliling kita. Betul kan? Ada yang tak puas hati, ada yang tak boleh tengok kita senang, ada yang tak boleh tengok kita gembira.
Kenapa ya awak?
Mungkin perlu hide kan orang-orang yang membawa virus kat hati kita tu lah. Hide, simpan elok-elok. Letak padlock. Ikat dengan rantai besi. Simpan dalam stor. Padlock lagi stor tu dengan mangga yang sangat besar. Penting. Supaya hati tak terserempak lagi dengan orang-orang seperti itu. Baik! Perlu buang dalam rubbish bin tak? haha. Simpan dalam stor lah dulu :) Rasa nak letak antivirus jugak lah. heee. Hapuskan!
Sebelum buat sesuatu kat orang, fikir dulu. Kalau benda tu jadi kat kita, apa yang kita rasa?
Hati bagai ditusuk jarum?
ATAU
Tersenyum riang seperti Si Kuning ni :D
Fikir dulu ya :)
Jadi matang.
Jadi pemerhati.
Sentiasa berhati-hati.
Nasib baik aku baru terjumpa sedikit pembawa virus hati ni. hee. Tak mahu terserempak lagi. Jauh jauh. Pergi jauh lagi dari aku. Terima kasih kepada para pewangi hati :) Aku sayang kamu semua!
----------
Kerjasama! Batch 24 MMMC
Alhamdulillah, selesai sudah aktiviti-terakhir-bersama kami sekeluarga :) Keluarga Batch 24. Walaupun ada krisis, ketidak-puasan-hatian pada mulanya, tetapi akhirnya, semuanya berjalan dengan lancar! Krisis itu perlu, kerana krisis membuatkan kita berfikir secara bijak. Krisis mematangkan kita. Aku suka sangat bekerja dengan Batch 24. Walaupun kami tak sama, tapi semangat kami serupa :D
Aku macam biasa jadi AJK makanan. hehe. Memang tak dapat dipisahkan dari makanan la.
Hari pertama rewang : Kupas bawang putih yang halus. (serius sangat halus! bawang putih yang paling kecil kat Malaysia tu la yang paling besar kat sini. Nasib baik la 1 kg je :D hehe.) Kupas bawang merah etc etc. Seronok buat kerja ramai-ramai! :) Aku datang dengan sepasang sandal pink iPANEMA. Aku balik dengan sebelah sandal pink iPANEMA -.-'' Anjing curi sandal akuuuuuu! Sedihnyaaaa :( Aku suka sandal tu :'(
Ni la sandal aku yang jadi mangsa rampasan si anjing-pencuri tu.
Hari kedua rewang : Jadi bibik ayam dan daging. hehe. tau tak! sampai-sampai je aku kat rumah tu, aku nampak sandal pink yang hilang tu kat atas bukit -.-'' dah berhabuk. Agaknya anjing tu main-main, pastu tinggal kat situ je. Tak guna betul la anjing ni. Aku tak ambil pun sandal aku. Tangan aku nak capai, hati aku tak benarkan. hee. Kena samak dulu. Lagipun takut ada bakteria merbahaya yang melekat kat gigi anjing tu, ada kat sandal aku. Dah la anjing tak reti gosok gigi. EEEWWW! Habis je rewang, aku nak balik, aku tinjau bukit tu, sandal pink dah hilang semula -.-. Hayh. Memang tak ada rezeki aku nampaknya.
Hari ketiga rewang : Kerja-kerja penghabisan. Basuh beras, tengok orang masak, lap dulang etc :) Hari ketiga ni la hari kemuncak. Letih, tapi perlu gagahkan diri. Alhamdulillah, semuanya beres. 4 kali aku mandi hari ni. haha. Berpeluh-peluh buat kerja. Semangat! :)
Gembira bila dengar ramai yang puas hati dengan majlis, dengan makanan :) Hilang sikit penat lelah membanting tulang untuk menjayakan majlis. Terima kasih semua :)
Well done, Batch 24! :) Memang terbaik lah :) Tak sabar nak tunggu photographer upload gambar dalam facebook :D Kerjasama tu yang penting. Bila ada aktiviti bersama ni, baru la ada aktiviti lain sikit dari bukak-buku-medic. Yang penting, semua gembira, semua berjalan dengan lancar :)
---------------
Mood : Satisfied :) Setiap hari kena belajar sesuatu tentang hidup.
Malam ni tidur puas-puas. Esok kena start revise! End Posting exam lagi 4 HARI!
p/s : Sekarang ni aku dah mula baca buku baru yang aku beli waktu cuti kat Malaysia hari tu ; Bercinta Sampai Ke Syurga :) Best sangat! Buku motivasi. hehe :) Persediaan untuk masa depan. Kena sedar diri yang dah 21 tahun. Dah besar dah tu :D *wink wink*
2.28 pagi. Out.
No comments:
Post a Comment