Jam 7 malam
Aku dan mama teringin nak makan di Kareem, Nizamuddin, Delhi. Menurut kawan-kawan aku, makanan yang dihidangkan di restoran tu memang sedap, dan yang paling penting HALAL. Kami dah lama sangat tak makan ayam (3 hari. hehe. lama tuuu). Memang aim aku dan mama nak rasa nasi briyani Utara India. Tak kira lah kambing ke ayam ke. Sejak mula mengembara di Utara India, kami hanya menjamah makanan Veg sahaja. Ye lah, sebab tak yakin yang makanan lain halal. Mujur mama da bawak sambal ikan bilis, kari kambing dan kari ayam dalam tin. Tak la kempunan sangat :)
Syukur, pihak hotel baik hati nak tolong uruskan teksi ke tempat tu. Katanya tempat tu tak jauh dari hotel. Senang nak pergi :) Semangat ni nak makan makanan Halal.
Lebih kurang setengah jam selepas bertolak, kami pun sampai. Tempat tu ramai sangat orang. Macam pasar malam. Dah la tempat yang driver teksi tu suruh turun agak gelap. Ok, dah takut dah. Betul ke tempat ni? Betul ke ada restoran dalam ni? Memang sangat meragukan.
Driver : Mam, after eating, call me, come back at this place ok?
Mama : But, where is the restaurant?
Driver : Inside mam. You go staright.
Ha? Go straight? Straight ke mana? Kami bukannya kenal sangat tempat ni. Nanti tersesat pulak. Memang sangat takut waktu tu. Kami pun turun je la dari kereta. Pegang tangan kuat-kuat. Ramai peminta sedekah datang, tapi maaf pak cik, kami tengah resah sangat ni. Tak tau hala tuju. Lalu dalam kegelapan, dengan ramai orangnya lagi. Nampak macam orang Islam, sebab pakai kopiah, pakai jubah.
Ya Allah, tolonglah selamatkan kami, monolog dalaman.
Memang berserah kepada Allah lah masa tu.
Supaya kami sentiasa dilindungi daripada niat orang jahat.
Sayup-sayup kedengaran zikrullah. Makin dekat dengan bangunan, makin kuat bunyinya. Ya Allah, ni tempat orang Islam rupanya. Bila tahu tu tempat orang Islam, serta merta hati ni terasa lebih tenang. Lebih selamat. Sebab ada orang 'kita'. Orang se-Islam :)
Tapi, kami masih belum lagi jumpa kedai tu. heee.
Aku pun beranikan diri bertanya kepada seorang tuan kedai. Kedai jual CD. Dari kedai tu la sumber zikrullah tadi. Alhamdulillah, pak cik tu baik hati. Straight and turn right, katanya. :) Terima kasih pak cik! Dah makin cerah peluang nak makan di kedai orang Islam. Gembira! Aku dan mama pun jalan terus, dicelah-celah orang ramai tu. Memang ada pasar malam pun malam tu.
Dah sampai ke hujung, tak nampak pun restoran tu.
Hampa.
Sangat.
Patah balik ke tempat tadi. Aku dah hampir putus asa. Tapi aku tak boleh putus asa! Aku beranikan diri balik bertanya kat pak cik tu. Mungkin dia tahu kami sesat, kami tak biasa. Dengan baik hatinya, pak cik tu tolong bawak terus ke kedai tu. Laaa, kami terlepas rupanya. hehe. Mujur ada yang baik hati. Terima kasih banyak-banyak :) Allah tolong realisasikan impian kami untuk makan makanan Halal melalui pak cik-pak cik yang baik hati. Daripada receptionist hotel, pemandu teksi sehinggalah ke pak cik di pasar malam :D
Gembira sangat dapat berada di bawah satu bumbung yang ada orang Islam. Dan yang paling menggembirakan kami ialah, DAPAT JUMPA ORANG MALAYSIA! Kiri kanan, depan belakang ada orang Malaysia. Dengar perbualan orang sekeliling dalam bahasa Melayu. Gembira sangat! Rindu Malaysia. Tak sabar nak balik, jumpa keluarga :)
Puas hati dapat makan makanan Halal. :)
-------------
Nota : Nak cari makanan Halal pun kira berjihad jugak kan. Lagi-lagi di bumi India yang agak asing. Nak cari makanan Halal di Malaysia memang tak mencabar sangat, sebab mudah nak cari. Bila dah mengembara di bumi India, baru la aku faham perasaan tu. Jihad untuk mencari makanan halal. Manis sangat :)
Ini semua ujian kecil dari Allah. Kita kan hamba Allah, memang sangat layak di uji. Jangan buruk sangka terhadap Allah. Allah datangkan kesusahan dahulu. Percayalah, sekiranya kita dapat mengharungi kesusahan tu, kita akan dapat ganjaran yang lebih bermakna. :)
Dalam kes ni : Makanan halal yang sedap! hehe.
Thank You Allah!
Haha...kenangan yg memang mencemaskan...masa tu apa yg ada dlm kepala mama, "Ya ALLAH..dpt ke aku dan inaz keluar dari tempat ni dgn selamat. Dapat ke aku dan inaz jumpa abah, izzat dan nabil lagi..." Hehe..tp makanan kat Restoran Kareem mmg sgt sedap, kan inaz...paling sedap berbanding makanan lain semasa pengembaraan kita di india waktu tu..
ReplyDeletehehe. betul tu ma! :) Mungkin sebab ada extra effort. nak cari makanan halal. tu yang jadi makanan paling sedap sepanjang pengembaraan kita kat india waktu tu :D
ReplyDeleteYang penting selamat.. Inaz, interesting jugak cara Inaz tulis blog.. sampai abah tak boleh stop baca, express je abah baca dari post pertama sampai yg last..
ReplyDeleteInaz, tu abah, tak faham npe jadi camtu lak..
ReplyDeletehehe. thank you abah :D semangat lagi inaz nak share experience inaz kat sini :)
ReplyDeleteaah abah, nasib baik dah selamat :) fiuhh!