Ni petikan dari satu artikel (http://www.iluvislam.com/tazkirah/dakwah/3102-allah-ajarkan-tentang-konflik.html) yang menenangkan jiwa aku yang sedang berkonflik :)
"Kerana Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang maka kita semua akan diproses dengan berbagai-bagai konflik dalam kehidupan untuk membentuk kita menjadi insan yang hebat, yang sabar, yang jujur, yang kuat, yang bersemangat dan sebagainya.
Dalam kehidupan ini kita akan berhadapan dengan berbagai sikap dan personaliti manusia yang berbeza. Ada personaliti yang membuatkan kita benci sesama kita. Contohnya, ramai kita yang sering berhadapan dengan orang-orang yang kita rasa 'sukar' atau kita term-kan sebagai 'difficult people'. Samada orang yang pemarah, orang yang kedekut, orang yang sombong dan sebagainya. Cuba bayangkan orang itu, saya akan membayangkan salah seorang bos saya yang sangat menyusahkan saya kerana saya merasakan dia seorang yang'perfectionist' dan saya terpaksa mengubah kertas kerja saya hampir lebih 10 - 15 kali!
Sebenarnya Allah ingin memproses kita melalui orang-orang ini, seperti perenang hebat tadi. Bila kita berhadapan dengan orang yang cepat marah, kita sedang diproses untuk menjadi orang yang sabar, bila kita berhadapan dengan orang yang 'perfectionist', kita sedang diproses untuk memberikan hasil kerja yang berkualiti dan sebagainya. Bayangkan kalau orang-orang ini tidak ada di dunia ini? Semua orang baik, bagaimana kita akan diproses? Pasti kita tidak jadi diri kita sekarang bukan?
Nah, mulai sekarang berbahagialah dengan apa saja konflik yang kita hadapi dan senyumlah dalam hati apabila bertemu dengan orang-orang yang berbagai sikap dan personaliti dan katakan di dalam hati, aku sedang diproses. Semoga kita jadi manusia hebat, insya-Allah.
Hanya Allah Yang Maha Mengetahui..."
Bak kata Hang Tuah, aku kena belajar untuk melupakan apa yang orang pernah buat kat aku. Jangan dok pikir-pikir kan lagi. Hee. Buat tak tau je dengan orang tu. Lagi kita fikir, lagi kita yang sakit hati kan? Pastu mula la konflik dalam hati. Sesungguhnya, konflik dalam hati tu sangat la menyeksa diri! Rasa macam nak sembunyi je kat taman bunga. Pernah tak rasa macam tu? Nak tengok muka orang tu pun tak boleh, nak dengar suara dia pun tak boleh. Haha. Lagi-lagi kalau orang tu memang berada dalam komuniti kecil yang hari-hari kita jumpa. Memang tak boleh elak lah kan.
Dah dapat dah penyelesaiannya :) Bila baca artikel tu, hati jadi tenang kembali. Rupa-rupanya, Allah nak proses aku jadi orang yang lebih baik! :) Think positive :) Buat dek je...............
No comments:
Post a Comment