Hari ni terpanggil untuk menulis sesuatu dalam blog ni :)
Ada seorang kawan, yang bersemangatnya masak telur salut ayam *err, tak tau nama penuh dia apa* tapi untuk makan sendiri la :) sebab tengah cuba-cuba. Nanti kalau tak jadi, malu je. haha. Jadi lepas masak, dia pun basuh la semua perkakas-perkakas yang dia guna : saucepan, sudu, tupperware, chopping board, pisau. Niatnya supaya dapur kembali bersih selepas dia guna.
Kan kebersihan tu sebahagian daripada iman :)
Tapi malangnya, ada sebatang sudu kecil yang dia tak dapat nak bersihkan sepenuhnya. Kan kadang-kadang kalau kita guna sudu tu untuk gaul tepung, kan tepung tu melekat kat sudu sikit kan? Lagi-lagi kalau tepung tu mengeras kat situ. Ok, si kawan ni pun tumpang la kejap rendam dalam periuk-yang-terendam-bekas-masak-maggi. haha. Complicated nau ayatnya :P
Lepas je habis makan, kawan ni pun pergi lah dapur nak cuci pinggan. Tiba-tiba dia ternampak, sudu kecik tu dalam saucepan-terendam (saucepan ni kawan tu rendam dulu sebab nak bagi senang basuh). Kawan pun terdiam kejap.
Eh, bukan aku letak dalam periuk ke? monolog dalaman
Dia cari periuk tu. Oh, periuk tu dah dibasuh. -.-''
Kawan tu pun tergelak. Dia baru sedar.
Haha. Ok, orang yang basuh periuk ni keluarkan sudu dari periuk yang dia nak basuh supaya aku basuh sendiri. Aku tak la mengharap dia basuhkan tapi, er terkedu la jugak.
Sambung gelak lagi. HAHA. Ade jugak ye orang yang macam ni?
-.-''
Hmm.
Tak tau nak komen apa.
Apa pengajaran?
:)
No comments:
Post a Comment