Kedai ikan X
ikan tenggiri fresh
Nenek tua : Ikan tenggiri, elok ke? boleh tengok insangnya?
Mak tauke ikan : manyak baik oooo. mahu angkat ka? (sambil tunjuk insang. Merah. Nampak segar)
Nenek tua : (panggil-panggil anaknya) Ani nak berapa?
(pandang tauke ikan) Berapa ni?
Mak tauke ikan : satu kg, RM22, mahu ka? potong ka?
Nenek tua : boleh boleh :)
Si tauke ikan pun muncul dari belakang kedai. Mungkin nenek tua ni nak beramah mesra, nenek tua pun bertanya
Nenek tua : Ayah kamu di mana? (yela, nenek ni kan dah lama tak pergi pasar ni. nenek ni tinggal di negeri lain)
Tauke ikan : (muka masam, muka malas jawab soalan) Kamu sudah lama tak datang kedai, mana mahu ingat
Nenek tua : Ayah kamu di mana? (mungkin nenek tua ingat tauke ikan tidak faham soalannya)
Tauke ikan : (muka masam, menyampah) kamu sudah lama tidak datang kedai, mana mahu ingat
Cucu nenek : (aik, apehal tauke ni. Nenek aku tanya mana ayah dia je, bukan nye ape pun. yang dia emo kitorg dah lama tak singgah kedai dia ni nape lak. eh)
Patut la ramai orang tak datang beli ikan kat kedai dia. Dah kurang sopan, kurang beradab dengan pelanggan, mestilah ramai yang lari. Jangan la marah kalau ramai lari. Ada lagi tauke kedai ikan yang lebih mesra pelanggan. Baru la senang hati si pelanggan nak berjual beli. :) kan?
Geleng-geleng kepala
Kedai ikan opposite kedai tu berjuta-juta lemon lagi best!
(tapi sbb ikan tenggiri dia hari ni tak berapa best, tak dapat la nak beli dari dia)
----------------
Note : Pasar pun boleh jadi tempat belajar sesuatu untuk diri sendiri. Bukan takat kenal jenis ikan ke, sayur ke, tapi boleh belajar bende-bende cam ni lah :)
That's my girl...pengalaman hidup boleh ditimba di mana2...yg baik dijadikan teladan, yg buruk sebagai sempadan..
ReplyDelete:) betul betul :) mana-mana pun boleh belajar :) jalan pergi kedai naik auto pun boleh bejar kan ma :)
ReplyDelete