Thursday, March 31, 2011

Hati, cukup-cukup lah :)


"Being nice to someone you dislike,
Doesn't mean you are fake,
It means you are mature enough,
To tolerate your attitude towards them"
(from Productive Muslim facebook page)

:)

Nice!

Manusia ni pelbagai ragam.

Ramai yang buat kita gembira, tak kurang juga yang buat kita sedih.
Pernah tak rasa sedih kat orang lain sampai nak tengok nama dia pun tak boleh?


Haha.
Dahsyat!

Ok ok, tapi sampai bila la nak perangai macam tu. Buat sesak dada, hidup pun tak gembira. Mungkin perlu lakukan perubahan : Belajar memaafkan orang!
Susah ke senang?
Bergantung.
Kadang-kadang susah, kadang-kadang senang :)

Aku Google semalam.
(Aku memang suka Google pun. Senang!)

----------------


Info-info di bawah ni menarik minat aku, sekaligus mengubah sedikit persepsi aku untuk belajar memaafkan orang. Jom baca :)

-Memaafkan tidak bererti kita melupakan apa yang telah terjadi

-Memaafkan tidak mengharuskan anda memberitahu orang lain

-Memaafkan adalah untuk diri anda bukan untuk orang yang telah menyakiti anda

-Memaafkan tidak bererti anda suka pada apa yang telah terjadi

-Memaafkan tidak bererti anda mengabaikan apa yang telah terjadi

-Memaafkan tidak bererti anda suka pada orang yang menyakiti anda

-Memaafkan tidak bererti anda mengizinkan atau membiarkan orang yang menyakiti anda kembali lagi dalam hidup anda

-Memaafkan bererti anda tidak lagi berasa marah, tetapi mungkin anda akan merasa sedih atau kasihan pada orang yang menyakiti anda

-Memaafkan bererti anda memutuskan untuk hidup di saat ini, bukan di masa lalu


Jadi, perlu maafkan atau tidak?


Perlu.
Sekurang-kurangnya untuk diri sendiri.
:)
Kesian kat hati. Cukup-cukup la hati bersedih :)

Saya sayang hati saya!


2 comments:

  1. Mama setuju, inaz..syaitan benci akan kemaafan..dia lebih gemar api kemarahan,permusuhan dan kebencian... Syaitan lebih suka memalingkan perhatian manusia kearah itu..jadi sesiapa yang menyuburkan perasaan itu bermakna sedang berjalan seiringan dgn syaitan ke arah kemusnahan...terpulanglah pada akal untuk menilai dan membuat keputusan....

    ReplyDelete
  2. Betul tu mama :) walaupun susah nak buat, tapi kita kena cuba jugak :) Maafkan orang tak bererti kita kalah, tapi, sebenarnya kita menang, sebab berjaya kawal perasaan kita :) Nak cuba, InsyaAllah :)

    ReplyDelete